Bilamana kau sedar dalam diri kau ada serupa daya graviti yang menarik negativiti, apa tindakan yang paling wajar patut kau buat untuk diri sendiri?
Dimasa yang sama kau tahu, berharap, bergantung dan berpaut pada yang lain memang tak membantu, membuatkan kau nampak lebih ketara macam beban dan tak diperlu.
Apa kau pilih untuk dibuang atau kau lagi rela lontar diri? mesti masa tu kau rasa nak tolak yang di depan, belakang, atas, bawah, kanan dan kiri.
Serasa lebih senang nak faham, bila kau pilih untuk "mati". Dan "mati" bukan pada jasad dan fizikal, mungkin hanya pada hati.
Kerana kau sedar, banyak hati yang telah kau lukakan. Seolah hati kau sendiri, tidak punya perasaan. Padahal hakikatnya, saat luka dihati mereka kau tinggalkan, dihati kau sendiri turut merasakan kesakitan.
Semua itu hanya kau yang "nampak". Bagitahu yang lain, tidak tahu mereka percaya atau tak. Mungkin mentah-mentah mereka tolak. Kerana kau, tidak kelihatan "rabak". Sebab pada mereka, kau tampak berlagak.
Kau tak perlukan mereka untuk percaya. Cukup sekadar artikel ini, mereka baca dan terima. Mereka sendiri boleh terjemah, 1001 makna. Tak perlu pun kau keluarkan suara.
"Perkara yang bisa dan boleh terjadi, akan jadi juga suatu saat nanti..."