Khamis, 10 September 2015

Nganjing member

Mesti korang pernah buat macam ni, kan?

Aritu, aku nak mintak copy something dari ade laa sorang member nie. Then again lepas copy, dia pass pendrive dekat aku dengan muka yang blunt dan pretty straightforward. As a side note, member aku nie memang gila-gila sikit kepala dia. Nasib baik tak fully gila. Ada laa brain damage sikit, hahah. Takde ah, gurau jer.

Nak dijadikan cerita, aku paste laa dalam laptop aku. Pastu aku try bukak aa directly. Then, aku jumpa bunch of folders. Sayur kangkong punya member. Die ingat aku ada masa ker nak main-main? *sambil try buat muka serius*


Bayangkan dalam tu ada 5 folder (kalau tak silap). Aku try aa yang no. 5. Kebetulan, dia simpan dalam folder yang kelima tu so nasib aku aa dapat track balik file yang dia hantar.So tadi dia pulak yang mintak copy something dari aku...

Boleh agak tak apa aku buat..? *senyum keji*

AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAH

Kali nie aku buat 3 layer punya deep. Dalam folder, ada lagi folder. Lepas tu, ada lagi folder. Hahah. Nasib baik aku tak jahat sangat sampai 15juta layer deep. Heh!

Psst: Tak cukup dengan tu, lepas copy paste files, aku screenshot gambar desktop dia dan save dalam format "png". Then aku bukak fullscreen dan biarkan macam tu jer. Bayangkan kesungguhan dia klik-klik skrin. Hahah. xD

Rabu, 9 September 2015

Discontinuation of discontinuation

How I wished that is true

Minta maaf, semenjak dua menjak tiga menjak nie, bahasa orang putey lebih kerap aku gunakan dalam rutin harian. Mohon abaikan kesilapan tatabahasa dan penggunaan terma yang tidak betul. Kami budak baru belajar laa katakan. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? haa.. aku pun tak pasti apa yang aku betul-betul nak sampaikan nie sebenarnya. Bila jari jemari terasa ringan nak menaip entri, mula laa merapu seperenggan dan semuka surat dua.

Aku harap korang boleh selami dan hayati kisah tragis aku kali ini dengan penuh penghayatan. Last week aku dapat satu berita buruk. Berita buruk yang memberi impak maksima kepada aku. Hingga ke hari ini, hatta saat ini aku masih lagi terkejut. Trauma mungkin. Aku rasa mungkin berita tersebut terlalu sukar untuk aku telan (apatahlagi hadam). Bilamana kau letakkan suatu pengharapan yang menggunung tinggi, in the end kau dikecewakan. Bagaikan runtuh bertaburan gunung-gunung tersebut sehinggakan jadi debu-debu pasir dipadang tandus, segersang pemikiran hati, pengorbanan... ehh?? ini macam lagu dah nie. Ah sudahhhh. Aku mula merapu kembali.

On second thoughts, aku rasa tak payah laa korang nak selami perasaan aku sekarang nie. Jari aku dah lenguh, sebab lama tak "menari" atas papan kekunci. Aku saja nak update entri, sebab saban hari ada saja seorang dua insan yang like post aku dekat Facebook. Sehubungan dengan itu, aku rasa ada baik dan wajarnya kalau aku update entri. Biarpun sebulan sekali. Dah macam majalah laa pulak, issued once in a month. Pehh~ ada yang dua tiga isu keluar dalam tempoh sebulan, aku mampu update sebulan sekali jer, kan? nampak tak, nampak tak betapa kesiannya kehidupanku kini?

Dah lah, lain kali update lagi. Bye~

*sorry kalau tajuk tak relate dengan entri. Macam aku kata, bila jari dah menari...

See?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...