Khamis, 28 Ogos 2014
Siti oh Siti...
Diluah mati mak,
Ditelan mati bapak,
Mana aku dengar pepatah tersebut eyh? aku tak ingat. Aku kutip jer dari kabinet dalam kepala hotak aku. Macam betul pepatah tersebut, atau terbalik? mohon betulkan eh siapa yang rasa ada kesilapan. Honestly aku tak tahu makna sebenar erti pepatah tersebut akan tetapi berdasarkan pemahaman aku, rasanya pepatah tersebut nak menggambarkan perasaan serba salah yang seseorang rasa. Haa.. macam kes aku sekarang ni. Yer, betul-betul macam apa yang aku rasa-in (slang indon jap, pinjam bahasa eh).
2014 nie memberi cabaran yang agak tough jugak untuk aku. 3 tahun beb, 3 tahun dah bersama, tup tup macam nie pulak jadinya. Aku tak pernah minta semua ini terjadi (ayat common drama citer melayu) tqpi apakan daya.. jodoh dan takdir ditangan Tuhan. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. Sejak 2011, bermulanya perhubungan yang tak dirancang. Aku, selaku jejaka tak berdosa, ibarat disambar petir untuk kedua kalinya bagaikan didalam dilema dikala itu. Bagaikan beruk terkena belacan pun ada. Aku harap imaginasi engkorang tinggi dan cukup rasional untuk memahami isi dan erti yang ingin aku sampaikan disini. *sobs sobs* Namun begitu, hari takkan selalu cerah, hujan ditengahari dan hilang line Digi dikala malam hari adalah ketentuan-Nya. Itu lumrah. Bukan aku nak salahkan takdir, aku cuma shock dan tak dapat nak menerima. Aku cuba perlahan-lahan memahami erti realiti, qada' dan qadar, pasrah, redha dan cinggey (ini jer aku maseh tak paham sebab aku tak tengok citer.. citer ape tu? alaaa, aku lupe arr). Pokoknya (pinjam lagii) pointnya, makanya aku nak bagitahu bahawa dia mula meragam setelah 3 tahun kami bersama. Segala rasa, masa, uang (lagi-lagi pinjam), keringat, doa yang aku curah bagaikan nasi yang keras (nasi semalam) ditabur dan diberi makan kepada ayam kampong. Dipersia-siakan begitu sahaja (adakah?). Sungguh aku tak sangka Siti... mengapa engkau menjadi begini... tsk.. tsk.. *menangis tanpa ayir mata*
Dah lah. Aku nak gerak dulu. Nak masuk opis dah nie. Bye~ ciao~ till next time~ tata..
Psst: Siti tu moto aku laa, CT 100. Banyak problem, mintak tuka itulah inilah, haduii~ (senang tak aku explain dalam satu ayat? mudah bukan).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan