Memaparkan catatan dengan label twitter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label twitter. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

Gara-gara secebis gambar

Kalau sebelum ni aku ada kongsi mengenai seramshit (baca SINI), ada lagi satu akaun twitter yang wajar untuk engkorang ikut kalau engkorang jenis yang gemarkan baca mengenai kes-kes atau kisah yang rare (kisah yang famous pun ada). Nama akaun tersebut adalah @twt_asasi. Sama seperti seramshit, twt_asasi pun jenis akaun yang bertukar-tukar curator. Cuma bezanya twt_asasi bertukar curator seminggu sekali. Jadi setiap curator akan curate akaun tersebut selama seminggu. Kebanyakkan curator adalah dari kalangan pelajar jurusan undang-undang. Jangan tanya kenapa. Kalau engkorang masih curious, sila tanya mereka.

Aku tertarik dengan kes yang dikongsi semalam. Mungkin ramai yang tahu pasal kes ni tapi yang pastinya aku antara sebilangan manusia yang tak tahu menahu langsung mengenai kes tersebut hinggalah twt_asasi kongsikan semalam. Ianya adalah mengenai satu kes yang dikategorikan dibawah kes jenayah siber. Kes Amanda Todd.

Kenal Amanda Todd?


Mengenai latar belakang Amanda Todd, tak banyak yang diceritakan. Pendek kata, Amanda hanyalah seorang pelajar normal seperti pelajar-pelajar yang lain. Kes ni bermula dengan sebuah perbualan kosong diruangan chat. Dalam ruangan tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali mula menyapa Amanda. Lelaki itu jenis yang memang pandai, bijak dan manis mulut. Setelah agak lama "berchatting", lelaki tersebut mula minta sesuatu. Dia minta Amanda tunjukkan buah dadanya (betulkan aku kalau aku silap). Amanda ni pula termakan la pujuk rayu lelaki tersebut. Dia pun bagi la tanpa memikirkan consequence yang bakal berlaku.

Ingatkan semuanya tamat disitu, namun ternyata tidak. Beberapa hari selepas tu, dia datang lagi kacau Amanda. Kali ni dia minta Amanda berdiri didepan kamera tanpa seurat benang pun. Tapi bukan untuk ambil gambar tetapi hanya untuk tayangan secara langsung sahaja. Webcam purpose only. Rasa macam pelik, Amanda tolak la permintaan lelaki tu. Macam aku kata tadi, lelaki tu bijak, dia gunakan gambar Amanda tempohari sebagai alasan untuk mengugut Amanda. Disebabkan takut gambar tempohari tersebar, Amanda terpaksa akur. Pun begitu, dasar memang lelaki jenis pembelit, dia tu tetap sebarkan gambar itu.

Sejak gambar buah dadanya tersebar, Amanda jadi tertekan. Ini kerana perkara ni dah sampai ke pengetahuan ahli keluarga Amanda serta rakan-rakannya satu sekolah. Disebabkan peristiwa tu, Amanda mula di-bash dikalangan budak-budak sekolahnya dan sering dilemparkan dengan panggilan nama-nama yang kurang menyenangkan, dicaci dan dihina. Bukan setakat disekolah, malah diruangan maya pun Amanda turut kena bash.

Terdesak dan rasa tertekan, Amanda cuba hubungi bekas teman lelakinya. Semua benda dia cerita. Dari A-Z. Malangnya buat Amanda, bekas teman lelakinya itu pun dua kali lima dengan lelaki yang sebarkan gambar buah dadanya. Bekas teman lelakinya cuba mengambil kesempatan diatas masalah Amanda. Dia minta Amanda untuk melakukan hubungan seks. Perkara ni bukan sekali dua. Mungkin lebih dari itu. Tahu mengenai hal ni, ibu bapa Amanda bawa dia pergi berjumpa pakar terapi (atau pakar kaunseling, aku lupa). Akhirnya selepas beberapa pertemuan, mereka disarankan untuk pindah dari situ dengan harapan supaya Amanda boleh menjalani hidupnya tanpa perlu berdepan dengan pelajar-pelajar sekolahnya sekaligus mengurangkan sedikit tekanannya.

Menjalani hidup ditempat baru, semuanya bagaikan kembali seperti sedia kala. Amanda tak lagi tertekan dan dia dapat bersosial tanpa diganggu oleh masalahnya sebelum ini. Tapi, rupanya masalah tersebut muncul sekali lagi. Lelaki yang mengugut Amanda dapat kesan lokasinya yang terkini. Kalau tak silap, dia cari menerusi rakan-rakan persekolah Amanda. Entah macam mana, perkara yang terjadi sebelum ni terjadi lagi sekali. Amanda mula dipulau dan disisihkan. Dicaci, dihina sekali lagi. Dia kembali tertekan.

Dipendekkan cerita, Amanda bertindak untuk bunuh diri. Tetapi sebelum itu, dia sempat rakam satu video berdurasi lebih kurang 9 minit, menceritakan bagaimana semuanya berlaku. Enkorang boleh cari di youtube. Rasanya video tersebut masih ada. Boleh juga guna wiki. Ada diceritakan mengenai kes Amanda ni. Amanda akhirnya menggantung dirinya sendiri dirumah kediaman mereka. 

Sadis, kan? jadi kepada engkorang yang suka sangat nak nganjing-nganjing, trolling dan bash orang kat internet, boleh jadikan kes Amanda ni sebagai teladan. Berpada-pada la kalau iya pun. Engkorang kena ingat, apa yang kita buat kat orang lain suatu hari nanti akan jadi menimpa kita sendiri.

"What goes around, comes around..." right?


Selasa, 23 Julai 2013

Suka cerita seram

Takut? penakut? heh. Sejujurnya dalam diri guwa ni ada sekelumit  sifat penakut. Ianya dah built in dalam diri guwa sejak sekian lama. Takut hantu tu memang ada cuma levelnya tak sama la waktu sekarang ni dengan tatkala guwa masih berusia 10 tahun suatu ketika dahulu. Guwa even pernah berlari masuk bilik bila guwa tengok satu video clip Metallica (guwa dah tak ingat apa nama lagu tu) sebab dalam video clip tu ada nenek dan dia keep on nyanyi "na.. na.. na.." dalam versi yang agak creepy. Serius guwa cuak. Masa tu guwa kecik lagi. Kakak saudara guwa la yang gemar bukak channel MTV tuh. Tup.. tup.. lagu tu pulak main.

Sekarang ni pun sama. Kadang-kadang kecuakkan boleh melanda tanpa guwa sedari. Nak kata guwa berpengalaman dengan makhluk paranormal a.k.a makhluk halus/hantu ni, takde lah sangat. Tapi selama guwa hidup diatas muka bumi ni, tipu la kalau guwa kata guwa tak pernah kena kacau. Guwa pernah kena kacau dekat rumah guwa sendiri. Betul, serius guwa tak tipu. Ini memang betul-betul dan bukannya rekaan. Tapi bukan pasal tu guwa nak cerita sekarang nih. Maybe next time okay.


Walaubagaimanapun, guwa gemar membaca atau mendengar kisah-kisah hantu/seram. Normal lah kan? kita suka benda-benda yang thrill. Kalau takut hantu, baca kisah hantu. Kalau takut degree spec naik, pergi tenung monitor lama-lama tak pun membaca dalam gelap. Kalau takut sakit, pergi merokok takpun tak payah makan ubat. Itu lah guwa. So, haritu, guwa ada follow satu account dekat twitter dengan tweethandle bernama @seramshit. Kalau korang ada account twitter dan gemarkan kisah seram, guwa sarankan korang follow account tersebut. Guwa dapat tahu pasal ni pun dari Miss S. Dia selalu cerita dekat guwa cerita-cerita yang seramshit tu kongsikan.

Kalau tak silap guwa, setiap malam akan ada curator yang berbeza-beza handle account tersebut. Dengan itu, kisah yang diceritakan akan berbeza-beza dan sentiasa akan ada kisah yang nak dikongsikan. Serius, cerita yang dieorang ceritakan tu ada antaranya adalah dari pengalaman diri sendiri, mind you okay. Dan ada antaranya hanyalah cerita-cerita dari mulut ke mulut orang lain. Jadi, ada la tokok tambah disitu dan kesahihan agak diragukan. Bagi guwa, guwa lebih suka baca kisah yang berkisarkan pengalaman sendiri. Sebab kisah tu jarang didengari dan kita boleh tahu directly dari orang itu sendiri. Kalau yang dicerita oleh ramai orang, mesti cerita tu dah femes (siap ada  filem lagi) so kurang sikit thrill unless guwa tak pernah dengar/baca/tengok filem tu sendiri.

Guwa tahu, sekarang bulan puasa. Ramai yang tahu atau fikir semua syaitan dan jin diikat. Korang pasti ker? kalau dieorang kena ikat pun, adakah korang tak akan kena kacau? seramshit ada kisah dieorang tersendiri.

Oh ya, biasanya dieorang akan update waktu tetengah malam. Guwa sarankan korang baca dekat timeline dan jangan baca dekat page profile dieorang kat twitter kalau tak nak... err.. ikut korang lah. Heheh.

Jumaat, 21 Jun 2013

#15FactsAboutMe (secara random)


Haritu guwa layan twitter dan guwa ada ternampak hashtag #15FactsAboutMe. Disebabkan guwa kesempitan masa, guwa tak berkesempatan nak layan hashtag tersebut. Akan tetapi, hashtag tersebut masih menghantui guwa hingga kini. Jadi, memandangkan guwa seorang blogger dan blog guwa pun dah lama tak apdet, guwa terasa alangkah baiknya jika guwa kongsikannya disini. Kan kan kan?

Guwa main list down jer keyh. Takut nanti korang rasa pening dan loya kalau guwa buat karangan lima muka surat kat sini. Akan tetapi, guwa akan try elaborate la sikit point tu.


15 fakta (random) tentang guwa:

1) Guwa tampak serius tapi sebenarnya guwa seorang yang ceria dan mempunyai nilai humor dalam diri. Guwa suka tengok orang happy dan guwa suka happykan orang lain. Sies! lu tak caye ker?

2) Guwa seorang yang sensitif (mungkin sekarang dah kurang sikit) dan guwa cepat terasa. Walaubagaimanapun, biasanya guwa tak akan cepat melatah atau over-react. Kalau guwa makan hati, guwa diam jer. Asal jangan tekan guwa. Kalau tak...

3) Mata guwa sebelah kiri ada tahi lalat. Guwa tak tahu apa tujuan lalat berak kat situ. Korang tahu tak apa maksudnya?

4) Tapak tangan dan kaki guwa kerap berpeluh (excessive sweat). Sebab tu guwa selalu fail bila thumb print scan. Peluh punya pasal. -.-"

5) Gigi kacip guwa dibahagian bawah tak lurus dan sejajar. Kalau guwa senyum hanya menampakkan gigi atas, korang tak akan perasan dan expect guwa seekor model ubat gigi yang tengah promote barang jualan.

6) Guwa seorang perokok. Dalam seminggu, guwa mungkin membelanjakan ~RM10 untuk membakar kertas dan merosakkan paru-paru guwa. Guwa nasihatkan korang jangan nasihatkan guwa supaya berhenti. Guwa tak makan nasihat tu.

7) Guwa agak tepat (mungkin 90%) dalam mengecam wajah seseorang. Even guwa baru berselisih dengan orang tersebut dalam toilet. Guwa bukan nak membangga, tapi ini la yang guwa perasan selama guwa hidup ni. Guwa selalu gaduh dengan Miss S, dan guwa selalu betul. Tak caya tanya Miss S.

8) Guwa gemar melukis sejak guwa mengenali pensel dan kertas. Tak sangka bila dah besar (besar ker?) kerjaya guwa pun ada kaitan dengan lukisan. Adakah ini..? cinta?

9) Guwa seorang yang pendiam. Ini memang betul dan tepat. Guwa hanya menjadi liar dikalangan circle guwa jer. Seliar mana guwa? hanya dieorang jer tau.

10) Guwa juga seorang yang pemalu. Macam kes diatas, guwa hilang kemaluan dengan member-member guwa jer. Tak caya tanya dieorang. :)

11) Guwa pemalas dan suka buat kerja last minute. Err.. ni rasanya guwa tak perlu nak terangkan. Semua paham kott.

12) Guwa suka melambat-lambatkan kerja. Ni guwa tak tau nak explain macam mana. Lu orang paham la sendiri.

13) Guwa tak hensem. Tapi ramai yang kata guwa cute. Entah aa, guwa tak pasti akan kebenaran fakta ni. Ada yang menyamakan guwa dengan Nabil Rajalawak dan tak kurang juga yang confuse guwa dengan Ally Iskandar. Peh!

14) Guwa rabun. Guwa pakai spec sejak guwa darjah 3. Masa tu spec guwa adalah sangat typical dan guwa nampak macam Harry Potter.

15) Guwa masih single dan belum berkahwin. Tapi guwa dah ada Miss S. :$

Oklah. Cukup la fakta tentang guwa yang tak berapa nak fakta sangat. Kalau buat segmen ni mesti best, kan? korang kalau ada buat entri serupa ni, tolong pastekan link dekat ruangan komen. Teringin jugak guwa nak baca fakta pasal korang. Huu~

Guwa nak blah dulu. Nak temankan cacing guwa gi jogging. Babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...