Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Jumaat, 9 November 2012

Hanya di radio...

Salam Jumaat semua, penghulu segala hari

Tak perlu tanya kenapa jarang apdet. Berukband masih lagi down dan tak sedarkan diri. Aku dah try tampar, kencing, ludah tapi masih jugak tak bangun2. Mintak tolong korang semua doakan kesejahteraan berukband aku. Doa doakan dia cepat sembuh. Kalau tak, jarang laa aku nak apdet blog lepas nie. Huu~ T^T

Korang tau tak, lately nie aku dah mula nak menjinak-jinak kan diri mendengar radio. Entah macam mana boleh jadi macam nie. Padahal aku nie bukan jenis yang gemar mendengar radio. Memule tu aku layan Hot fm tapi sekarang nie dah tak dah. Aku prefer layan Era fm. Aku tak tahu kenapa tapi the most probably reason sebab aku nak dengar JoHaRa kott. Sies, layan gelak2 sorang2 depan pc macam orang gila, itu la rutin aku sekarang.

JoHaRa - Trio yang best! layannn~

Lepas tu, yang aku perasan sejak aku dah mula dengan hobi baru nie aku dah makin kerap download lagu. Asal dengar lagu best jer aku download. Lagu best jer aku download, lagu download jer, aku best. Eh? ape2 jer lah.

Ok lah, nak layan ERA_fm jap. Babai~ ;)

Ahad, 14 Oktober 2012

Hobi lama...

Entri sebelum nie, aku ada cerita mengenai novel yang aku layan kan? dan sekarang, membaca novel merupakan hobi terkini aku. Oh ya, aku dah habis baca Kasino. Endingnya membuatkan aku rasa macam "Damn! menyesal aku tahan kentut dari semalam...". Tak nak cerita, korang nilaikan sendiri. Tahniah Saifullizan! novel tu memang menarik. Mohd Narcissus Yussof, nama pun dah bunyi macam narcissism. Ya, dia memang narcissism. Bahkan sebenarnya aku meluat dengan karekteristiknya. Serius! tapi dia hebat, pandai menawan wanita. Bila aku kata menawan, ianya sememangnya bermaksud 'menawan', literally.

Tak nak cerita panjang, korang bacalah sendiri. Nanti tak pasal-pasal aku spoil pulak. By the way, Ajewan minta aku review. Hurm. tengoklah nanti brada. Kalau aku rajin. Heheh. Aku tak janji ok. Sebab bila aku review, aku susah untuk tak menspoilkan cerita tersebut. Dengan kata lain, feel korang dah dicabul, tak virgin lagi. Korang nak ker? fikir-fikirkan lah.

Oh, sambil aku membaca novel tersebut aku juga buat kerja lain. Calling bersama Miss S, bermain The Sims 3 Supernatural (serius banyak lagi yang aku nak explore) dan melukis. Melukis? ya, melukis. Bukan melukis plan bangunan walaupun aku seorang draughtsman. Err... bakal draughtsman I must say. Besok aku mula kerja baru. Tempat yang sama tapi persekitaran baru. Eh, lupakan pasal itu. Bukan itu yang aku nak cerita.

Aku kata tadi aku melukiskan? ya, melukis nie sebenarnya merupakan hobi lama aku. Kalau dulu, pantang jumpa kertas puteh, aku akan cari pen atau pensel untuk aku lukis. Biasanya aku akan lukis muka orang. Orang mana? orang yang aku tak kenal laa. Mula-mula dulu, lukisan aku banyak dipengaruhi oleh karekter animasi Dragon Ball. Dari situ aku minat melukis. Even dari satu garisan yang random, aku boleh buat masterpiece. Masterpiece yang aku maksudkan adalah untuk level aku masa tu laa.

Lebih kurang macam nie laa sketch aku duluuu...

Aku ingat lagi dulu aku ada sebijik buku (buku latihan yang sederhana tebal) dan didalamnya penuh dengan sketch dan lukisan-lukisan aku. Dalam buku tu, boleh dikatakan hampir semua lukisan adalah karya masterpiece. Untuk pengetahuan korang, kualiti lukisan aku ada beberapa jenis. Jenis yang pertama, jenis buang boring. Yang nie biasanya lukisan agak huduh dan tak mementingan ketelitian. Janji aku gembira dan have fun, itulah motto yang aku pegang. Jenis yang kedua adalah lukisan yang orang minta aku lukis. Untuk jenis nie bercampur laa depend dengan apa yang dieorang minta. Kalau yang aku minat or suka, maka senang laa nak lukis. Tapi kalau benda yang remeh, leceh jadi huduh jugak sebab aku malas. Yes aku malas. The only reason why aku tak jadi pelukis profesional atau mangaka.

Nak jadi macam beliau, boleh? 

Jenis yang ketiga pula adalah jenis ditangan kanan aku ada pen @ pensel dan aku jatuh 'cinta' dengan pen tersebut. Perasaan kagum dan obsesi terhadap pen tersebut akhirnya mendorong aku melahirkan masterpiece. Jatuh cinta itu depend, sama ada dengan perasaan memegang pen @ pensel itu atau kualiti pen @ pensel tersebut. Kalau 'feel' itu datang, maka get ready lah. Masterpiece boleh aku hasilkan dimana-mana. Diatas kertas, permukaan meja sains, dinding kelas, buku teks mahupun dibalik kertas ujian. Semuanya boleh selagi pen @ pensel itu mampu mengukir garisan.

Sampai dinding pun aku kerjakan. Huh!

Tapi itu dulu... sekarang masih lagi aku gemar melukis namun agak jarang laa. Sebab tu masa aku layan Kasino, entah macam mana aku boleh terpegang pen. Nasib baik bukan buku Kasino yang menjadi tempat aku melunaskan nafsu. Kepala aku ligat mencari kertas, mataku juga meliar sama. Akhirnya kertas yang paling dekat aku rampas dan mula menconteng ibarat kuda kegersangan dan dah lama tak melampiaskan nafsunya.

Aku tak tahu sampai bila habit ini akan berakhir...

Ok lah, aku nak gi berak jap sambil membawa pen. Hopefully aku dapat conteng dinding jamban. Kalau tak, aku conteng atas tahi sendiri. Bye~

Ads : Plan yang menguntungkan?

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hobi kebelakangan ini...

Hai semua!

Wow, sangat the very jarang ok aku nak greet korang. Biasanya aku akan terjun terus masuk intro tanpa membaca basmallah lagi. Ya, itu bukan typo dan aku rasa ramai yang tahu kot apa itu basmallah. Ianya bukan ilmu baru, tapi dah lama. Ada antara kita yang tak tahu jer. Basmallah tu adalah merujuk kepada perbuatan membaca bismillah. Bismillah itu adalah bacaannya sahaja. Macam menjerit, menjerit tu adalah nama perbuatan manakala "Aaarghh!!" itu adalah bacaannya. Takkan bila korang menjerit, korang sebut "menjeritttt!!!" kan? tak ker pelik serupa aneh namanya tu. Alamak aih, dah macam ustad laa pulak. Macam pakar motivasi pun ada. Eh?

Oh ya, mesti korang perasan yang aku jarang mengupdate dalam 2~3 hari nie kan. Maksud aku, korang yang follow up perkembangan blog nie laa. Kalau tak follow up, for sure lah tak tahu. Sebenarnya, aku bukan sengaja tak nak update. Bukan jugak sebab aku kering idea. Nak kata kering tu, tak laa sangat. Cuma lately nie aku lebih fokuskan masa aku untuk membaca novel berbanding update entri blog. Ya, aku baca novel so what? salah kerr aku nak baca novel. Wait wait wait, sebelum tu aku nak clearkan kat sini yang aku tak baca novel ombak ghindu, adam & hawa mahupun Twilight. Aku baca novel ringan jer, tak berat. Tak sampai pun 3 kilo kalau ditimbang pakai penimbang elektronik.


Sebenarnya minat nie bermula sejak tahun lepas namun terkubur macam tu jer lepas aku apply broadband. Kiranya lepas ada broadband, hobi nie tersadai ditepian pantai laa. Novel yang aku layan sekarang nie kira seken novel yang aku baca. Sebelum nie aku baca novel Pecah, karya Khairulnizam Bakeri dan serius aku rasa novel tu memang berbaloi untuk dimiliki. Plot penceritaannya sungguh menarik. Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Cuma yang aku tak berapa nak suka pasal kejap imbas kembali, kejap ke susur masa sebenar tu laa. Sebab tu aku tak boleh putus baca. Kalau tak aku akan tertinggal beberapa keypoint penting dan ini sedikit sebanyak mencacatkan feel pembacaan novel tersebut. Novel tu dah lama keluar, macam aku kata tadi dalam tahun lepas rasanya.


Sekarang nie, aku sedang melayan Kasino. Juga dari syarikat penerbitan yang sama iaitu FIXI. Sudah tentu penulis yang berbeza. Kasino nie ditulis oleh Saifullizan Tahir dan terus terang aku kata, bila aku baca Kasino nie seolah-olah membuka minda aku ke ruangan dimensi yang berbeza. Bukan dimensi sebenarnya, tapi perspektif yang berbeza. Aku dah baca hampir separuh dan aku mula baca dari malam khamis lepas. Aku target dalam minggu nie aku dah habis baca. Dalam minggu depan, aku kira nak angkat satu lagi novel keluaran FIXI. Dalam kepala aku, aku target nak beli Zombiejaya. Tajuk pun macam best. Mengenai serangan zombie di Malaysia, mungkin.


Ok lah. Nak sambung baca novel balik. Aku dah getting hang on it. Tak nak lepas dari buku nie buat masa nie. Leave us alone. Aku nak memadu asmara bersama novel nie. Auww~

p/s : I'm sorry Miss S sebab terpaksa 'curang' denganmu. Huhu~

Iklan : Gatsby 5th Dance Competition
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...