Memaparkan catatan dengan label takde makne. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takde makne. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Julai 2017

Tertekan, menekan atau apa yang sebenarnya ingin ditekan disini?

Jika tekanan angin/udara dan juga air/cecair didalam sesuatu bekas boleh diukur, bagaimana pula dengan tekanan perasaan? apakah unit SI nya?

Adakah seperti ini :-

"Hari ini aku sungguh tertekan, kurang lebih dalam 40² KRk (kerunsingan kepala) begitulah, Ali.." kata si Abu kepada Ahmad (juga dikenali sebagai Pak Mat Ali, mohon tidak keliru).

Atau...

"Weyh, gila lah weyh!" kata Ranjit kepada teman buskingnya, Shariff. Kemudian Ranjit berkata "..hari nie kepala aku bagai nak pecah, bayangkan dalam 43,501 p/PsRs^-1 (Pressure per Pyschological Reaction x seconds)...". Shariff, yang terkenal dengan "kekebalannya" dari segala jenis serangan yang pernah dilontar kepada beliau (serangan fizikal, emosi, seksual, batin dan apa lagi yang kamurang tahu sila tambah disini, you say it, he's gonna endure it) malangnya didapati koma dan meletup jerawat muda  diwajahnya 15 saat setelah mendengar keluhan teman buskingnya (juga selaku teman sepermainan sewaktu sekolah menengah) dilokasi kejadian, yakni "tempat melepak kegemaran mereka dizaman 60-an" lalu digegaskan ke hospital.

Maaf jikalau contoh kedua tampak lebih agresif dan bagai tidak mengenal titik kecil persis tahi lalat yang wujud dalam suatu ayat penuh atau yang biasa kita kenali dengan panggilan "nok-tah".

Secara kesimpulannya, entri ini berbentuk kenyataan bertujuan untuk "memberitahu" atau "memberitakan" kepada para pembaca. Sekadar memberitahu. Cukup bagi saya jika entri ini dibaca dari mula hingga ke perenggan ini. Saya tidak merayu untuk didermakan rasa simpati, empati mahupun pati ayam akan tetapi tidak juga saya menghalang para pembaca dari berlaku demikian. Terpulanglah kepada diri individu masing-masing.

Sekadar nota selingan, ini merupakan perenggan terakhir yang saya sunting untuk kali ini. Maaf dipinta jika terdapat banyak kekurangan (ataupun jika keseluruhan entri ini mencabar serta menjatuhkan daya IQ para pembaca), sesungguhnya saya hanyalah insan biasa. Apa saya tulis sampai ke perkataan dan huruf ini pun kelihatan samar-samar tujuan serta maksudnya biar pun dari potongan konteks ayat mahupun keseluruhan artikel. Saya tiada faham. Anda juga mungkin begitu. Oleh itu, hingga berjumpa lagi. Salam alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Terima kasih.

~_~

Isnin, 30 Mei 2016

Apa boleh jadi, akan terjadi

Bilamana kau sedar dalam diri kau ada serupa daya graviti yang menarik negativiti, apa tindakan yang paling wajar patut kau buat untuk diri sendiri?

Dimasa yang sama kau tahu, berharap, bergantung dan berpaut pada yang lain memang tak membantu, membuatkan kau nampak lebih ketara macam beban dan tak diperlu.

Apa kau pilih untuk dibuang atau kau lagi rela lontar diri? mesti masa tu kau rasa nak tolak yang di depan, belakang, atas, bawah, kanan dan kiri.

Serasa lebih senang nak faham, bila kau pilih untuk "mati". Dan "mati" bukan pada jasad dan fizikal, mungkin hanya pada hati.

Kerana kau sedar, banyak hati yang telah kau lukakan. Seolah hati kau sendiri, tidak punya perasaan. Padahal hakikatnya, saat luka dihati mereka kau tinggalkan, dihati kau sendiri turut merasakan kesakitan.

Semua itu hanya kau yang "nampak". Bagitahu yang lain, tidak tahu mereka percaya atau tak. Mungkin mentah-mentah mereka tolak. Kerana kau, tidak kelihatan "rabak". Sebab pada mereka, kau tampak berlagak.

Kau tak perlukan mereka untuk percaya. Cukup sekadar artikel ini, mereka baca dan terima. Mereka sendiri boleh terjemah, 1001 makna. Tak perlu pun kau keluarkan suara.

"Perkara yang bisa dan boleh terjadi, akan jadi juga suatu saat nanti..."

Selasa, 1 Disember 2015

Tak gembira...

Harini aku tak mampu nak apdet panjang-panjang. Iya hari ini 1hb Disember. Kepada yang wish sempena ulang tahun hari lahir, terima kasih aku ucapkan.

Malangnya... sekarang aku tak gembira. Aku tak suka nak macam nie sebenarnya tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa down. Mood aku hilang. Aku keliru.

Sorry, aku tak dapat nak carry on lagi. Aku benti setakat nie. Maaf!

Rabu, 9 September 2015

Discontinuation of discontinuation

How I wished that is true

Minta maaf, semenjak dua menjak tiga menjak nie, bahasa orang putey lebih kerap aku gunakan dalam rutin harian. Mohon abaikan kesilapan tatabahasa dan penggunaan terma yang tidak betul. Kami budak baru belajar laa katakan. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? haa.. aku pun tak pasti apa yang aku betul-betul nak sampaikan nie sebenarnya. Bila jari jemari terasa ringan nak menaip entri, mula laa merapu seperenggan dan semuka surat dua.

Aku harap korang boleh selami dan hayati kisah tragis aku kali ini dengan penuh penghayatan. Last week aku dapat satu berita buruk. Berita buruk yang memberi impak maksima kepada aku. Hingga ke hari ini, hatta saat ini aku masih lagi terkejut. Trauma mungkin. Aku rasa mungkin berita tersebut terlalu sukar untuk aku telan (apatahlagi hadam). Bilamana kau letakkan suatu pengharapan yang menggunung tinggi, in the end kau dikecewakan. Bagaikan runtuh bertaburan gunung-gunung tersebut sehinggakan jadi debu-debu pasir dipadang tandus, segersang pemikiran hati, pengorbanan... ehh?? ini macam lagu dah nie. Ah sudahhhh. Aku mula merapu kembali.

On second thoughts, aku rasa tak payah laa korang nak selami perasaan aku sekarang nie. Jari aku dah lenguh, sebab lama tak "menari" atas papan kekunci. Aku saja nak update entri, sebab saban hari ada saja seorang dua insan yang like post aku dekat Facebook. Sehubungan dengan itu, aku rasa ada baik dan wajarnya kalau aku update entri. Biarpun sebulan sekali. Dah macam majalah laa pulak, issued once in a month. Pehh~ ada yang dua tiga isu keluar dalam tempoh sebulan, aku mampu update sebulan sekali jer, kan? nampak tak, nampak tak betapa kesiannya kehidupanku kini?

Dah lah, lain kali update lagi. Bye~

*sorry kalau tajuk tak relate dengan entri. Macam aku kata, bila jari dah menari...

See?

Rabu, 15 April 2015

Mengantukness tahap cipanness

Semua benda serba tak kena

Aku tak tahu dimana silapnya. Sejak semalam lagi aku dilanda mengantuk yang serba dashyat. Kelopak mata asyik berkelip. Aku cuba tahan dan lawan perasaan ni. Walau ada sekali dua aku hanyut gara-gara aku membaringkan diri, namun aku gagahi jua. Nasib baik aku belum sampai ke tahap duduk pun boleh tertidur. Itu lagi kritikal rasanya.

Sekarang pun, aku masih mengantuk lagi. Semalam (dan malam sebelumnya) aku rasa aku dah masuk tidur awal dari biasa sebenarnya. Adakah silapnya kerana aku tidur lebih awal? kalau aku tidur akhir boleh pulak aku bangun awal. Ini tak. Tidur awal ingatkan boleh bangun awal, tapi tidur awal, bangun lagi lambat dari biasa. Badak air pun tak berperangai sebinatang ini. Arghhhh!!

Jadi, tadi aku dah teguk sebotol kecik Livita Honey. Macam ada kesan, tapi macam tak lama jer. Sebab sekarang aku dah mula mengantuk lagi. Pagi ni saja aku dah bakar 3 puntung RAVE. Ni nak kena bakar puntung yang ke-empat ker macam mana? aiyo maa~

Dah. Aku cadang nak lepak pantri kejap. Cari ilham dn ketenangan. Harap tak tertidur dalam pantri. Naya kegiatan macam ni.

Aku cilok dari Google. Kami sama. 
P/S: Bukak webcam tengok muka sendiri. Hensem. Part mata tu... tu yang spoil. :/

Sabtu, 4 April 2015

Good Friday & Un-Holi(day) Saturday

Gotcha! pun intended!

Semalam Baik@Bagus Jumaat dan cuti satu hari tanpa mengira rupa, kasta serta agama. Bagi aku, semua Jumaat adalah baik (yang terbaik of the week sebab masa lebih singkat). Akan tetapi halnya sekarang, hari ini Sabtu dan tertakluk kepada undang-undang (heh! undang-undang lah sangattt!!) bahawa kitorang kerja hari ni. Sebab tu aku letak tajuk "Un-Holi(day)" (dalam erti kata aku nak maksudkan tak-cuti) which is sebenarnya tak berapa nak proper tapi kalau aku letak "Un-holy" takut nanti orang salah faham,ye dok? dari semalam, aku tanya staff member yang lain samada harini kerja atau tak, tapi tak seorang pun yang pasti. Pada aku, dieorang pun kurang lebih aku gak, kemalasan nak turun. Hahah. Kantoi disitu.

Walaubagaimanapun, memandangkan kerja hari Sabtu half-day, dan aku terlebih handsome harini (tunggu korang nak puji, lambat lagi) jadi aku decide untuk turun kerja. Lagipula, ada update(s) dalam laptop ni yang aku kena run. Di rumah takde kemudahan internet selain data peranti Digi dengan jumlah kuota yang terhad, jadi disinilah (pejabat) tempat aku untuk mendownload, mengupdate serta meng-online heavenly. Miahahahahah!!

Sekarang aku tengah update apa yang patut dan sambil tu scan certain folder. Now aku boring, tak tahu nak buat apa. Engkorang ada cadangan? nak buat housekeeping, office nie tak la seteruk mana pun. Wajar tak aku pergi mengeteh dan biarkan laptop mengemaskini dan menyemak virus?

Jawab YA atau TIDAK sahaja. Tak susah pun.

Okaylah, lama laa tunggu jawapan korang. Aku gerak dulu. Huhu~

Ciao!

Jumaat, 3 April 2015

Bosan tahap Cipan...

Banyak kali aku tenung dinding dan siling. Sekali sekala aku jeling pintu. Seolah-olah aku tak pernah lihat sebelum ni. Apakah ini... cinta..? tidak! ini lah yang dinamakan bosan. Aku dah sampai suatu tahap yang mana aku sendiri tak tahu nak buat apa.

Aku setup laptop. Pasang. Buka winamp. Cari folder "Music". Speaker terpasang, menanti lagu yang aku bakal mainkan. Dengan cekal dan tabah, aku mainkan lagu. Dengan hadirnya Minilyric, aku rasa sungguh terharu. Tanpanya, aku hanya mampu miming sahaja. Tak tahu nak sebut apa sebab tiada lirik. Tapi tak lagi. Terima kaseh Minilyric. Terima kasih!! *kesat hingus*

Disebabkan aku luangkan satu jam, menyalak bagai anjing kurap dalam bilik, bersendirian. Aku dah pun keletihan. Peluh jantan memenuhi belakang badan aku. Fewh~ rasa macam exercise pun ada. Tapi masalahnya tekak mengering mengalahkan parit diluar rumah. Jaoh lebih kering dari itu. Bermakna, sekarang aku haus. Air kat mana? air air kat mana? dah, aku nak pergi cari air. Maaf sebab buang masa korang baca entri nie. *senyum kambing dipaparkan dengan indah*

ciao!

Rabu, 1 April 2015

April Pertama & GST

Aku nak kata apa? sana sini sinun, semua orang dah bercerita

Tajuk memang level attention seeker. Mencari publisiti murahan dengan gred cap hangat-hangat tahi ayam memang menjadi hobi aku. Ingat aku nie ape bende nak tau semue bende? kau bukak cerita GST dengan aku, memang aku akan jadi 80% pendengar-tak-berapa-nak-setia. Tak banyak yang aku tau dan kebanyakkan yang aku tau pasal GST semuanya dari media massa, media sosial serta borak kosong sambil mengeteh yang telah "disuap" ke dalam minda bawah sedar. Betul atau tak, mitos atau lagenda, aku tak pasti. "Rubbish!" bahasa penjajah yang mudah untuk menerangkan pemahaman aku pasal GST. Aku bukan kata GST itu sampah, tapi aku kata pemahaman aku mengenai GST itu yang sampah sebenarnya (sila fahamkan ini, jangan nak saman mengkhinzir buta). Ya, itu kelemahan aku.

Bukan aku tak berminat nak ambil tahu, atau tak ada keinginan nak tahu, tapi disebabkan terlalu banyak input sampai kepala aku kusut tak sempat nak susun lagi yang mana fakta dan yang mana auta. Apa nak jadi, jadilah. Mohon engkorang yang baca entri nie jangan ikut jejak langkah aku, sebab ini salah satu contoh penyumbang kepada pemikiran yang kurang matang. Sedikit sebanyak boleh menjatuhkan ekonomi negara sebenarnya (sembang kencang beb~).

Dah lah. Aku saja ja nak kemaskini entri. Kalau dibiar tak dikemaskini, tak meriah lah blog aku. Hambar. Tak laku. Roti nan cheese yang dijual oleh Mak Cik Biha (bukan nama dalam IC) lagi laku dari blog aku. Oleh itu, bersama-samalah kita menaikkan jumlah pelawat unik datang ke blog ini. Tak susah mana, hanya load page dan buang la barang semenet dua untuk baca entri (mudah bukan?)

Akhirul kalam, dengan lafaz taufik dan hidayah aku mengakhiri entri aku kali ini. Wa Assalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Adios bebeh! caw cin caw! babai. Yom cikedd!! okay, dah dah. Ciao!

Selasa, 13 Januari 2015

Cepatnya masa...

*supposely ini update untuk 10-01-2015 yang lalu*
**Imma noob**

"Masa berlalu, usia dah semakin senja..", "masa tak akan menunggu kita..", "masa itu emas.."

Semuanya tentang masa. Apa masa-alahnya nie sebenarnya?

Aku merenung wajah di chermin. Aku tersenyum bangga. Tampan juga aku ini sebenarnya. Sekadar perasan atau perasaan? sekali aku imbas, ada iras-iras Keanu Reeves. Pandang sekali lagi, aku nampak Izzue Islam. Kali ketiga, macam Pekin Ibrahim pun ada. Sekali pakai spek, alahai... nak taip pun tak sanggup. Baru aku sedar aku, tahap ketampanan aku berada di level mana.

*bunyi efek hujan lebat dimainkan*

Rabu, 31 Disember 2014

"Happy" New Year?

20 minit lagi 2014 pergi, 2015 ganti. Bunyi bunga api dari tadi tak henti-henti. Semua orang dalam mood bergembira dan happy. Aku pulak dalam bilik, sorang-sorang sambil buat entri.

Serious, aku tak ada mood. Apa lagi nak happy, semua rasa macam ke laut. Time-time macam nie, mudah jer nak mencarut. I'm sorry, I know, this is not good.

Aku tak tahu kenapa jadi macam nie, apa puncanya. Apa yang aku tahu, mood swing tak menentu dan rasa tak suka semua perkara. Aku tak expect akan semua nie, aku tak sangka. Aku cuma hanya nampak semua benda kecik besar, kecik besar sahaja.

Jam sekarang dah 11:59. Dari tadi aku taip, belum jugak habis apa yang aku karangkan. Serasa nak give up, tapi aku cuba lawan. Nampak gayanya, terpaksa la aku publish tahun hadapan. 2015 la yang aku maksudkan. Kalau kau rasa tak faham, cuba baca balik dari mula, aku dah malas nak terangkan.

**sampai perenggan nie, aku dah malas nak fikir. Apa-apa pun, selamat tahun baru 2015 buat engkorang semua. Semoga engkorang lebih sukses tak kira la dalam apa jua bidang yang engkorang ceburi. Agak-agak kalau azam last year tak tercapai, sambung la tahun nie. Tak apa la renew azam, janji engkorang serasa macam ada motivasi so boleh la achieve apa matlamat yang engkorang cuba nak capai tu. Dah lah, aku pun malas nak panjangkan lagi, aku berhenti setakat nie.

Bye!

Rabu, 12 Mac 2014

Ingat nak kurangkan stress, tapi..

Terasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Nak cakap dengan dinding, dinding pun tak lalu nak layan aku. Cakap dengan handphone, tak ada respon. Kebetulan, anak mata terpandang kotak PS2 kat atas meja. "Eh, layan PS2 pun okay gak nih..." monolog ku sendirian.

Ternyata, kehebatan aku masih lagi ditahap yang memberangsangkan dengan bukti Kane mampu merampas title dari Randy Orton dalam perlawanan "First Blood Match". Ingatkan dah lama tak main, diri terasa kekok dan tak sehebat dulu. Ternyata anggapan ku silap. Lama-lama, bosan pulak layan WWE Smack Down vs Raw. Aku tukar CD. Layan Tekken 5 pulak.

Alang-alang dah terpasang memory card, ada baiknya aku layan story mode. Dapat jugak unlock karekter baru. Idea tersebut mula terlintas difikiran. Aku pilih karekter Paul Pheonix, pakar Judo. Dulu antara karekter favourite aku sebab dia ada teknik "one-blow fist" dimana satu tumbukan tu mampu melenyapkan lebih dari separuh "nyawa" pihak lawan. Infact, aku rasa semua karekter pun ada skill yang lebih kurang sama, cuma dengan Paul ni kebarangkalian teknik tu nak keluar, agak tinggi. Semakin tinggi stage, perlawanan terasa semakin sukar. Masuk stage 4, jumpa Kuma (ini storyline untuk Paul). Berjaya beat Kuma, ada sedikit cinematic dimainkan. Kuma minta tolong Paul selamatkan Zaibatsu (Who the hell Zaibatsu? aku pun lagging, cuba untuk recall siapa itu Zaibatsu). Sedangkan Paul sibuk nak jadi yang terhebat dialam semesta (the best fighter in the universe) dan tak berapa nak endah akan permintaan Kuma. Diawal story mode (untuk Paul), kononnya perlawanan sebelum ini dia dikalahkan oleh Kuma dan terlantar diatas lantai (K.O mungkin) dan timeline untuk story line Tekken 5 adalah dua bulan selepas insiden itu. Jadi, tak hairan la kenapa Paul terkinja-kinja melompat kegirangan bila berjaya beat Kuma walhal baru jer stage 4 masa tu.

Perlawanan diteruskan sampailah ke stage 9 (dimention kat screen stage 9 ni adalah final stage). Lawan dengan Jinpachi. Wait wait, Jinpachi ni siapa? alter-ego untuk Heihachi kah? (seperti Devil's Jin yang menjadi alter-ego kepada Jin Kazama, cucu Heihachi Mishima). Seriously, aku tak layan Tekken 4, tapi Tekken 3 (PS1) aku ada layan. Biasanya stage 9 memang akan jumpa Heihachi dan next stage jumpa Ogre (betulkan aku kalau silap). Tapi, who the "F" is this Jinpachi??

"It's okay, my Paul gonna beat anyone. Just anyone (even Kuma and Devil's Jin got beaten by him)..". Namun... sekali lagi aku silap. Prasangka aku dan over-confident yang ditaruhkan menyaksikan Paul berkali-kali dikalahkan dengan mudah oleh Jinpachi. Akhirnya aku mengalah. Paul tak mungkin dapat kalahkan Jinpachi, atleast bukan waktu itu. Aku masih lagi geram, nak kalahkan Jinpachi. Aku tukar karekter. Kali ini aku pilih Hwoarang sebab Hwoarang ada chance nak build up combo (plus, banyak gerakkan Hwoarang hanya melibatkan kaki; menendang dan menyepak; Tae Kwon Do la katakan). Sekejap jer aku sampai stage 9 (even storyline pun aku tak kisah sangat). Oh, storyline Hwoarang adalah untuk kalahkan Jin Kazama pada stage ke 8 (stage 7 ada susah sikit bila jumpa Kazuya Mishima). Stage ke 9, guess who? yup, masih lagi Jinpachi. Still, aku tak dapat nak beat Jinpachi (dah lima kali aku try). Last-last, aku give up. Letih, morale turun, tak bermaya, aku off PS2 dan tv. Mood aku sendiri dah hilang. F!!

P/S: Eh, siapa itu Jinpachi daa? malasnya aku nak Wiki. Haishhh!! :/

Jumaat, 6 Disember 2013

Sidangkan lilah lagi tegigit...

Ouch!

Penah denga itu pepatah "sidangkan lilah lagi tegigit, inikan pula suami isteli" kah? haiyahh~ guwa bukan mau cakap pasal itu suami isteli. Guwa mana boleh ada suami. Guwa belum lagi beristeli. Guwa mau cakap pasal itu lidah yang tegigit. Siapa belum penah melasainya pun kegigitan lidah? aiyoo~ manyak sakit oww. Pelit bukan main wa kasi tau lu.

Itu sakit apa macam mau cakap ah? aiyaa~ wa pun tale tau apa macam mau celita. Kalau lu mau tau, lu kasi gigit lu punya lidah sekalang. Ya, sikalanggg!! wa mau tengok lu punya muka tuka itu kelabu, bilu atau hijau. Lu jangan gigit telalu kuat. Nanti putus itu lidah, padan muke lu. Tale spey pat jual kedai maa. Mau jait balik itu lidah yang kejatuhan diatas tanah, begugulan bagaikan daun kekelingan.

Disampin itu (waa~ wa punye bahasa, sudah implove woa~), bukan sahaje lidah, itu dinding pipi sana pun telase sakit kalau digigit. Sama dengan wa punya condition sikalang. Wa punya gigi paling belakang sebelah kanan, itu cikgu sain wa dulu panggil gigi gelaham, kuat jahat woa~ dia kasi gigit wa punya pipi punya dinding. Itu pasal wa makan cuwing gam. Supaye gigi wa kunyah-kunyah lepas itu wa kasi simpan dekat itu gigi. Macam kusyen laa. Kasi itu gigi landing slow-slow. Selalu dia kasi hentam kuat, kissing sama gigi gelaham atas. Kalau mau belomen, jangan menyusahkan pihak lain nye pun tale pe. Ini sangat menyukarkan dinding pipi wa yang tak besalah untuk hidup. Haiyaaa~ itu laa olang selalu kata, cinta itu buta, tale nampak olang lain, hanye nampak cinta hati saja.

P/S: Wa cinta sama itu Miss S. Aww~ ;'$

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 28 November 2013

28th Novemba

Remember remember the 28th of November~

Bulan November menyaksikan beberapa sorotan perkara yang signifikan berlaku dalam hidup guwa. Yang bestnya $$$ masyuk dan paling bererti sekali, 2 tahun lepas guwa mula berkenalan Miss S. Tak sangka dari sebuah perkenalsn itu, timbulnya perasaan yang sukar untuk guwa ungkapkan. Perasaan itu sangat... urghh~ hinggakan bila engkorang dapat rasa perasaan tu, engkorang akan ber-monologue sendiri dengan dialog "adakah ini... cinta?" sambil tangan menekap dada.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru kenal. Bila guwa cuba paksa minda guwa mengingati saat-saat kejadian itu, mesti pipi guwa kemerah-merah jambuan blushing berwarna pink. Perghhh!! tak gangster ah ceni. Ahh!! gangster tak gangster, yang penting dalam hati ada hutan.

Okay okay. Dah dah. Guwa mula melalut. Ada baiknya guwa berhenti takat ni dulu. Ada masa guwa "goreng" entri lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 24 November 2013

Kuota baru

Yes! sekarang internet handphone dah re-new. Jadi, kuota dah reload balik jadi 1GB. Boleh update blog through handphone. Nampaknya masalah aku regarding kuota internet recently, dah settle. Tak perlu pening kepala kenapa tak boleh connect blog. Semuanya masalah kuota Digi yang sebenarnya agak kecik kalau compare dengan produk telekomunikasi yang lain. Tapi tak apa, yang penting dah boleh update. Kalau engkorang boleh baca entri nie, maknanya dah okay lah tu. Hee~

Saja ja nak update nie. Nak testing senanya. Miss S, now dah okay dah. Chills~

P/S: sekarang dah boleh mula kira-kira bila agaknya 1GB nie nak habis. :D

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 17 Julai 2013

Apa ni???

Harini rasanya kemalasan guwa up naik satu level lagi. Guwa malas nak update. Tapi guwa update kat sini bagitau yang guwa malas nak update. Adakah ini dikira satu update walau pada mulanya guwa tak berniat nak update apa-apa pun? terupdate kah entri guwa yang tak membawa apa-apa erti ini?

Guwa bosan dowh. Tengah tunggu masa nak balik sebenarnya ni. Huu~

Sabtu, 13 Julai 2013

Nak jugak update...

Hari keempat bangun sahur. Hampir terbabas. Ada belen dalam 7 menet lagi nak imsak. Guwa sempat jamah kuih batik jawa 2 bijik, kurma sebijik dan rokok setengah batang. Dan segelas air teh. Dengan harapan semoga guwa mampu bertahan sampai ke petang berbekalkan iman guwa yang tak berapa nak teguh ni.

Mata guwa dah mengantuk nih. Skrin yang guwa tatap ibarat memerli guwa. Mouse yang guwa pegang dah macam tak termampu nak klik. Keyboard pun asyik typo memanjang. Dah bermacam-macam kaedah dah guwa pakai demi memastikan mata guwa bertahan, namun macam sia-sia sahaja.

Jam dah menunjukkan pukul 10:42 pagi. Yes! ada 18 menet lagi nak lunch time. Memandangkan guwa puasa, guwa nak manfaatkan masa yang ada untuk tidur. z..Z..z..Z..z..Z..z..Z

Isnin, 8 Julai 2013

Bo bo bo bo bosannn...

Kebosanan melanda. Takde keje. Tak tahu nak buat apa. Production zero. Dari pagi tadi asyik buat wayang jer. Tengok member sebelah-sebelah, muke ngantowk jer. Hmph! takde keje jugak lettew~ bukak browser tutup browser, fesbuk, twitter pastu baca artikel yang dishare kat fesbuk. Letih aa.

Don't get me wrong. Guwa bukan pekerja cemerlang. Malah bukan juga seorang pekerja yang beretika. Guwa lagi suka tak buat apa-apa tapi gaji guwa jalan. Tapi kan, kalau guwa dok rumah layan DoTA, guwa rasa masa guwa lagi bermanfaat dan lebih terisi. Kan kan kan?

Lusa dah start puasa bro. Huu~ guwa ingat nak angkat PSP satu aa. Boring boring boleh gak layan game. Heheh. What say you?

Pergh! awek ni layan DoTA bro~ 

Isnin, 24 Jun 2013

Sebenarnya Saya Boyfriend Dia

Whats up bro & ho sekalian. Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pergh! jarang sekali guwa nak buat pembukaan entri dengan greet diatas. Guwa tampak macam poyo jer. Amacam tajuk entri guwa? rasa nak patah tak bulu hidung korang membaca tajuk tersebut? jikalau begitu, guwa sarankan korang semua amek beg plastik sampah dan sumbat ke dalam mulut. Insya-Allah boleh membantu sistem pernafasan korang dan mengurangkan kejadian-kejadian pematahan bulu hidung dikalangan masyarakat.

Sebenarnya guwa nak buat entri pasal "SSID" atau dalam bahasa saintifiknya "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Alaa, drama tv3 yang sedang hangat sekarang ni. Ibarat mee goreng mamak yang baru siap dimasak lah kira hangatnya. Guwa ada gak dengar pasal ni tapi guwa tak nak amek port sangat. Almaklum la guwa mana boleh layan sangat drama-drama romantis ni. Mudah sangat guwa nak lekat.


First time guwa tahu pasal drama ni adalah apabila Miss S macam meroyan tatkala kitorang jalan-jalan. Guwa ingat apa, rupanya dia ternampak novel SSID ni. Guwa kehairanan, apa yang signifikannya novel tersebut sehingga mencetuskan aura yang agak hebat. Lepas tu Miss S mula cerita pasal drama SSID tersebut. Masa tu normal la, guwa menguap tanpa sengaja. Tandanya... err.. korang paham la kan. Guwa malas sebenarnya nak layan cerita-cerita jiwang ni. Walaupun guwa tahu yang dalam hati guwa ada taman bunga. Guwa boleh jadi seromantis Firash tau tak. Peh!

2 minggu lepas, first time guwa tonton drama tersebut. Bagi guwa drama tu tak kurang ibarat drama-drama lain yang disajikan oleh tv3. Ada seorang lelaki kacak lepas tu seorang awek innocent. Lepas tu ada awek jahat yang cuba merosakkan hubungan orang lain. Jenis yang tak boleh nak tengok orang bahagia. Heh!

Percaya atau tak, apa yang menarik guwa lekat didepan tv masa tu adalah sebab Firash. Guwa macam tak pernah tengok pelakon tersebut melakonkan mana-mana watak didalam tv. Bila dikaji selidik, rupanya lelaki tersebut la Izzue Islam yang nama nya kerap digembar gemburkan dalam alam maya. Dalam twitter, asyik nama dia jer yang keluar dekat timeline. Masa tu, baru la guwa tahu kenapa dia menjadi daya tarikan awek-awek dekat timeline. Nasib baik guwa tak gay dan nasib baik guwa dah ada Miss S.

Bila guwa tengok Syaf a.k.a Tiz Zaqyah, suddenly guwa teringat dengan Nur yang juga dilakonkan oleh beliau. Nampak cute sebenarnya bila beliau bertudung. Member guwa siap layan Nur Kasih sebab beliau. Tapi member guwa frust tahap cipan bila tengok gambar beliau mengenakan pakaian yang tak mungkin Nur akan pakai. Tipu la kalau guwa kata guwa tak kecewa. Ada la jugak rasa kecewa tu walau sekelumit jua.

Sebenarnyakan, sehingga perenggan ni, guwa blurr dan guwa tak tahu nak cerita apa. Jadi guwa putuskan untuk berhenti disini buat kali ini. Guwa nak layan muvee seram thai ni. Tajuk muvee tu Long Weekend. Korang dah tengok? kalau dah baik korang diam. Guwa nak layan muvee ni. Ok? dah dah, guwa nak blah dulu.

Ciao! bye~

Assalamualaikum!

Rabu, 23 Januari 2013

Semangat diawal pagi

Kali pertama sampai pejabat lebih awal dari biasa. Rasa segan pula nak masuk. Kelihatan mesin punch card senyum menyambut kedatanganku. Selalunya mukanya masam mencuka tetapi bukan pagi ini. Sinaran mentari mula memancar menembusi ruangan pejabat yang sebesar kangkang kera gergasi. Dua tiga ekor lipas sedang mencuba sedaya upaya menyembunyikan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Penyaman udara bersuhu 16 darjah celcius juga agak terasa tatkala aku memijakkan kaki ke dalam pejabat. Urat kentut aku kesejukkan lantas membantutkan niatku untuk kentut setelah sampai dipejabat. Tidak mengapa, aku redha.

Aku berjalan menuju ke mejaku. Ku letakkan bag diatas meja dan mula menari gangnam style. Terasa bersemangat sahaja bila sampai awal seperti ini. Setelah badan mula berpeluh dan terasa beberapa titik peluh mula membasahi seluar dalam, aku berhenti. Aku dapatkan kunci drawer dan buka laci. Aku capai gelas percuma, hadiah pembelian Milo 65 pek dan sebatang sudu. Kemudian aku cari teh susu 15 dalam 1. Seperti biasa, mulakan hari dengan sarapan. Kita minum dulu!

Diluar kelihatan beberapa kumpulan pekerja sedang berkumpul dengan muka yang serius tak kira la bangla, indon mahupun warga tempatan  Oh, mungkin mereka masih mengantuk rasanya. Milo yang aku bancuh tadi mula mengeluarkan aroma terapinya. Sekali aku sedut, hmph! menusuk ke dalam kalbu. Setiap bulu hidung ku bergetar kemalu maluan dek penangan aroma tersebut.

Aku dapatkan kerusi lantas aku duduk bersila. Dengan penuh lemah gemalai, air milo itu aku kacau. Sekali sekala aku sedut dengan rakus. Aahh~ nikmatnya. Aku buka komputer didepanku, masukkan kata laluan dan buka blog.

Kemudian...


Hahah. Aku apdet blog aa. Saje jer nak bagitau arini aku turun awal. Sampai opis terus apdet. Tapi baru publish. Huhu~ ok lah. Nak singgah jamban jap. Cuci apa yang patut. Huhu~ lalalalalala~

Sabtu, 19 Januari 2013

Apekebende...?!?

[INI ENTRI SEMALAM]

1,2,3,15!

15 ekor tapir bermain diatas kelopak mataku. Bernyanyi lagu "Bara bara bara, ceret beret beret" sambil menari rumba. Jiwaku kental, cuba melawan. Namun, ibarat kata pepatah, "apa gunanya mulut kalau tak pandai senyum?" aku tersungkur. Telah ku kerah semua tenaga yang ada, fizikal mahupun batin mental. Tapi gegaran yang dirasai hasil getaran partikel-partikel halus daripada tarian rumba tapir tersebut masih mengganggugugat batinku.

AARGHH!!! ronta mataku. "Tinggalkan aku bersama dia, jangan ganggu kami..." kata mata kanan kepada Sepul, ketua tapir sambil menunjukkan ke arah mata kiri. "Apa salah kami?" tangis mata kiri sambil mengesat hingusss (ehh??).

"Aku tak peduli!! kami nak menari rumba, sampai kami pengsann!! muahahahahaktuih!" jawab tapir dengan nada menghina diiringi hilai tawa dan juga suara latar tapir yang berdekah-dekah.

Aku masih kaku. Anak mata melihat kedepan, menembusi lapisan paparan cecair kristal, menembusi papan mak (motherboard daa...) dan menembusi wayar-wayar yang berselirat seolah-olah aku ini adalah superman. Namun, bila beberapa ujian dilakukan, aku masih sejenis manusia biasa. Aku masih belum memakai seluar dalam diluar. Aku tiada biceps dan 6 pack yang awesome. Sah! aku bukan superman!

CUTT!!


Ok. ok.. sebenarnya aku mengantowk. Takde pa pe yang special sebenarnya. Saje jer nak apdet. Ngee~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...