Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Pokemon Go or Not to GO..?

**Gotta catch em' all!!**

<p>Guwa dah donlod dowh Pokemon GO. Syiok gilerr guwa cakap sama lu. Bapak besttt game nihh. Semua Pokemon guwa ada 15 bigik dah sekarang semuanya guwa dapat dalam bilik jer. Ha'ah, guwa jalan dari katil, singgah jap sebelah almari, chill sesame. Lepas tu guwa jalan ke pintu bilik, guwa tatap sebarang duwa sawang yang ada. Kot-kot lah ada Pokemon sedang berasmara disana. Bila dah penat, guwa balik ke katil guwa. Itulah secara ringkasnya perjalanan guwa sebagai sebuah Pokemon Trainer yang pemalas.

<p>Hek eleyyy~ Pokemon jerr punn. Guwa malas laa nak jalan-jalan keluar, tatap fon lepas tu kantoi main Pokemon GO. Nanti tak pasal-pasal guwa kene ceramah, Pokemon GO tu haram lah, memudaratkanlah, guwa malas beb. Guwa pun tak hendak kena lenyek barang se-pickup (mahupun selori) dua bila khusyuk sangat mencari Pokemon ditepian jalan. Tu belum ambik kira jelingan maut masyarakat bila dapat tau guwa layan Pokemon GO sebab dieorang tahu game tu haram dimainkan. Panas dowhh. Macam kena laser beam Superman. Kau penah rasa? tak penah rasa, tak payah lah tahu. Dok diam sudah.

<p>Nak dijadikan cerita, bekalan bebola Pocket guwa semakin berkurangan. Guwa sikit lagi (ada dalam satu inci) nak tercirit kemarahan sebab kena beli bebola tu dengan ringgit Malaysia. Mende nie weyh?? guwa download free per. Nak kene bayar pulak beli bebola tu. Baek guwa beli bebola daging supermarket, tak gitoo? tapi senanya.. itu laa yang dikatakan istilahnya "in-apps purchases..".. seb baek guwa belum mengamok lagi, kalau tak mane guwa nak hantar muka guwa yang tebal menanggong kemaluan itu. Gara-gara bengeng sangat tak membaca (kalau baca pun, tiadanya nak difahami) sejurus sebelum menyentuh skrin tanda setuju nak donlod. Pun begitu, guwa dapat tahu bebola tu jugak boleh dapat free dengan syarat kene pergi ke hentian Pocket lah. Atau lebih mesranya dipanggil Poke Stop (ini terjemahan lah weyhh).

<p>Guwa skang nie nak tanya pendapat korang laa sebab guwa tengah bunting (eh, buntu lah). Pecahan wajar atau tidak wajar kiranya kalau guwa menyinggah di hentian Pocket tuh? kalau wajar, berapa hentiankah yang guwa harus pergi? adakah ianya 7 Perhentian? soalannya... kirakan jarak dari rumah guwa ke hentian tersebut (Hahah. Ini guwa gurau jer. Harap tiada yang meroyan).

<p>Guwa nak kena gerak dulu sebab sekarang line tengah clear. Tiada pengguna sedamg menggunakan tandas so ada chance guwa nak mandi malam nie. Doakan guwa berjaya iya kawan-kawan. Sehingga berjumpa lagi (dihentian Pocket?) byeeeeeee~

Khamis, 26 November 2015

Bukanku pinta jadi begini...

Menjadi lumrah kehidupan, bilamana kita memiliki sesuatu tetapi takkan pernah untuk menghargainya (sepenuhnya). Dan bilamana ianya hilang ataupun tak seperti dulu lagi, barulah kita terhegeh-hegeh nak mencari. Tak perlulah nak tuding jari mahupun menegakkan benang yang basah, cermin sahaja diri sendiri, mesti pernah alaminya punyalah. Bahasa apa aku gunapakai ini pun entahlah. Pedulilah bahasa yang tunggang-langgang ini dan selamilah isi yang hendak daku curahkan pada kalian. Iya, benar sekarang jam tepat pukul 2 pagi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika insan seperti aku berpuitis serta bersusastera dikala ini. Sedangkan semut bawah batu lagikan mudah mencari makan (apa kaitan??!).

Oh sebelum aku terlupa, mohon lagu "Let Her Go" dendangan artis barat "Passenger" dimainkan tatkala membaca nukilanku kali ini.


Hal ini kerana lagu tersebut memang kena benar dengan tema ini kali. Ini kali sahaja lah. Bak kataku tadi, abaikan bahasa yang tunggang-langgang ini menjadi penghalang antara engkau dan entri ini. Abaikan. Faham? mudah sahaja. Bak kata saudara Cypher didalam wayang gambar beliau bertajuk "The Matrix", "Ignorance is a bliss". Rujuklah kamus jika tidak mengerti apa itu "bliss". Jangan sahaja terkeliru dengan "iblis" mahupun "bilis", sudahlah.

Sudahku bilang tadi, aku ingin kalian semua selami perasaanku. Aku menaip entri ini sepatah demi sepatah dengan halaju yang rendah atau lebih dikenali sebagai 20km/j. Kerna, telefon pintarku agak tenat dewasa kini. Melihat skrin nya sahaja sudah tahu. Orang bilang, "berat mata memandang, berat lagi (hah, engkau sambunglah sendiri)...". Kalau dihitung, beribu agaknya keretakkan yang ujud pada paparan skrinku. Disebabkan aku malas menghitung, aku anggapkan saja begitu. Jikalau benar-benar hendak dihitung, tuhan saja yang tahu. Hendak aku screenshot, tiada daya upaya. Kerna, yang retak itu skrin nya. Mana bisa aku tangkap gambarnya disini menerusi screenshot. Apa kau sudah gila? apa kau hilang warasmu? nahh, oleh itu tiadalah dapat ku tepek gambarnya disini. Tangkap gambarnya melalui gajet lain? iya itu aku malas, pendek cerita.

Mengapa jadi begini? bagaimana bisa ianya terjadi? apa yang sudahku perbuatkan sehingga menjadi sedemikian rupa? benar, memang akan timbul 1001 soalan dari akal fikiran kalian. Akan tetapi, biarlah aku menjawab dengan selamba, "biarlah rahsia~". Tak perlulah kalian tahu akan sebabnya kerna itu tidak akan bisa merubah apa-apa. Cuma satu sahaja pintaku dari kalian, simpatilah... dan doakan aku mendapat telefon pintar yang lebih baik dari ini (uhuk *batuk*.. iPhone 6.. uhuk *batuk lagi*). Dengan harapan, akan ku jaganya lebih dari ku jaga telefon pintarku sendiri (iya, yang retak beribu ini). Justeru itu, berdoalah kalian. Sampaikan juga pada angin yang lalu, agar permintaanku ini menjadi viral. Harapanku agar ianya makbul. Aaminn~

Nukilan benar olehku... *menangis sambil mukanya (muka ku lahhh) ditutup dengan bantal* :'/

Rabu, 1 April 2015

April Pertama & GST

Aku nak kata apa? sana sini sinun, semua orang dah bercerita

Tajuk memang level attention seeker. Mencari publisiti murahan dengan gred cap hangat-hangat tahi ayam memang menjadi hobi aku. Ingat aku nie ape bende nak tau semue bende? kau bukak cerita GST dengan aku, memang aku akan jadi 80% pendengar-tak-berapa-nak-setia. Tak banyak yang aku tau dan kebanyakkan yang aku tau pasal GST semuanya dari media massa, media sosial serta borak kosong sambil mengeteh yang telah "disuap" ke dalam minda bawah sedar. Betul atau tak, mitos atau lagenda, aku tak pasti. "Rubbish!" bahasa penjajah yang mudah untuk menerangkan pemahaman aku pasal GST. Aku bukan kata GST itu sampah, tapi aku kata pemahaman aku mengenai GST itu yang sampah sebenarnya (sila fahamkan ini, jangan nak saman mengkhinzir buta). Ya, itu kelemahan aku.

Bukan aku tak berminat nak ambil tahu, atau tak ada keinginan nak tahu, tapi disebabkan terlalu banyak input sampai kepala aku kusut tak sempat nak susun lagi yang mana fakta dan yang mana auta. Apa nak jadi, jadilah. Mohon engkorang yang baca entri nie jangan ikut jejak langkah aku, sebab ini salah satu contoh penyumbang kepada pemikiran yang kurang matang. Sedikit sebanyak boleh menjatuhkan ekonomi negara sebenarnya (sembang kencang beb~).

Dah lah. Aku saja ja nak kemaskini entri. Kalau dibiar tak dikemaskini, tak meriah lah blog aku. Hambar. Tak laku. Roti nan cheese yang dijual oleh Mak Cik Biha (bukan nama dalam IC) lagi laku dari blog aku. Oleh itu, bersama-samalah kita menaikkan jumlah pelawat unik datang ke blog ini. Tak susah mana, hanya load page dan buang la barang semenet dua untuk baca entri (mudah bukan?)

Akhirul kalam, dengan lafaz taufik dan hidayah aku mengakhiri entri aku kali ini. Wa Assalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Adios bebeh! caw cin caw! babai. Yom cikedd!! okay, dah dah. Ciao!

Isnin, 8 September 2014

Bila macha Borneo tayep entri, semua tonggang langgang, semua lariey...

"Hablum mina Allah ini mudah, hablum minan nas ni punya sakit, perit dan payah.."

Suddenly tiba-tiba, quote diatas bermain-main didalam kepala aku. Mana aaaku kutiep, aaaku tara pasti. Rasanya dari ceramah, dibagiey di masjid suwatu ketika dahuluw. By "suwatu ketika dahuluw", aku merujo' kepada tawun-tawun yang sudaa. Dikala aqil balieygh, melancjap, sertaa ratus-ratus laman porno velom aku kenaliey (rasanya...). Aku pun main agak-agak sahaja, bukan butol-butol sangat pun. Tapi haqiqatnya ini, pointnya yang aku nak bagitawu, aku setujuw dengan quote tersebut. Eh, apedah quote? potongan ayat daaa. Macam leceh pulak ulang-ulang taip potongan ayat, ye dak? belom campur kira, tolak bahagi baca lagi. Engkorang yang baca agak-agak memang boleh sampai ke tahap mual agaknya. Tarapa, aku stick dengan "quote", wokey? *geleng kepala macham machaa*

Paling memberi kesan, kejadian yang berlaku ke atas diri aku sendiri, ahir-ahir ini. Aku tak hendak cerita disini, terlalu personal, bahkan, aku sendiri yang malu nanti. Membesar kemaluan aku, siapa yang nak tanggong? kalau betul-betul membesar kemaluan aku (literally) tu, tak apa lah juga. Cis! jenaka kotor apakah ini? sungguh kuning pemikirannya~

Cut, cut!! makin lari pulak dari tajok.

Ambek mood simpati baleyk, kita sambong cerita. Walau aku tak hingin dan tak hendak cerita, tapi pengajarannya ini yang aku nak kongsikan bersamasa-ma (haa.. poning tak kopale ekaw bace pokataan tu?).

"Terlajak perahuu boley wundorr, terlajak katha, rasa binasaa.." (eh, iyer ker pepatah nie? macam betol tidak jer). Artinya, perahu yang tidak sengaja dilajak ke hadapan, masih bisa untuk reverse ke belakang (takkan reverse ke depan pulakkk), akan tetapie, diri akan rasa binasa, jilaka, pukimon, hina dan dina, maria ozawa, Gee Kha (jika), kata-kata yang bermain dikepala, dilajak ke depan juga tak kira dari mulot, atau dari jariey menerusi sistem pesanan ringkas, khidmat berbual, rangkaian sosial dan sebagainya (yitu worang panggeyl sms, chat dan social network laa machaa). Fikiyr sebelom bwang, panduw dengan slamat, sediakan payong sebelum wujan, semua yitu sudah banyakkk kalii kasii pesan. Masi juga tara denga, tara ambeyl peduliey. Hatiey yang tara manyak wusuk juga boley mathi, apa lagiey hatiey yang kejiey? sama-saaama renungkan, fikier-fikier kan, ambil la pedhoman. Salammm~

Psst: macam cilake jer aku taep entri. Engkorang bace dalam slang mane?

Selasa, 11 Mac 2014

Barang yang hilang: Konspirasi atau Kebetulan

Entri pendek jeww...

Tak perlu nak mention lagi, siapa yang update dan maklum dengan isu semasa sekarang, sudah tentu tahu mengenai kes kehilangan pesawat MH370. Malah, aku rasa ramai lagi yang expert dari aku sendiri. Jadi, entri ini bukanlah nak mengupas mengenai isu tersebut. Lagipula, kita tak boleh nak buat spekulasi sendiri. Yang jadikan isu tersebut bahan lawak pun, satu hal jugak. Otak dan hati letak mana der? bawah kelambu atau simpan dalam wallet? ish ish ish. *geleng kepala*

Tanggal 8 Mac 2014, kita dikejutkan dengan berita yang agak mengejutkan. Berita yang membuatkan kita tertanya-tanya. Persoalan tentang bagaimana, kenapa dan siapa, sering kali bermain difikiran. Isu pesawat @ kapal hilang ni bukan pertama kali berlaku. Jadi tak hairan lah ada yang mengaitkannya dengan isu segi tiga bermuda. Disebabkan hal sebegitu, kita dilarang sama sekali dari membuat spekulasi yang dilevelkan sebagai "hentam kromo". Sebelum itu, tahukah engkorang mengenai "The Devil's Triangle"? sila google jika nak tahu. Tapi, itu pun berada dikawasan Jepun sedangkan pesawat MH370 yang hilang ini dikatakan lesap dari radar dikawasan Laut China Selatan. Tadi ada terbaca artikel "Pesawat MH370: 'Red Flag atau 'False Flag'" (maaf, tiada link diberi sebab entri tu pun tak jumpa dah) dan semakin banyak persoalan yang timbul. Sudut pandang atau persepsi melihat kepada kes ini pun turut berubah. Kepada sesiapa yang belum membaca artikel tersebut, boleh la cari dan baca. Nak percaya atau tidak, itu hak sendiri.

1 Mac 2014, seminggu sebelum hilangnya MH370, aku sendiri ada hilang "barang". Adakah ini suatu konspirasi juga? atau hanya sekadar kebetulan? puas aku luangkan masa mencari, namun tak jumpa. Nak tanya dengan mak aku, sudah tentu dia tak tahu menahu pun apa benda yang aku cari. Jadi, usahkan CIA mahupun FBI Amerika, dengan mak aku pun aku tak tahu nak explain macam mana. Hari ni jer dah 11 haribulan. Dah 10 hari dah hilang. Namun, firasat aku sangat-sangat kuat mengatakan "barang" tu masih ada dalam bilik aku ni. Firasat dieorang yang sedang mencari, yang menunggu berita terkini (ahli keluarga mangsa), dan yang follow-up berita (mostly kita-kita) nie pulak macam mana (berkaitan isu MH370)?

Walau apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik. Walaupun logik mengatakan MH370 tidak lagi berada diatas udara (semua barang yang naik ke atas, sudah tentu jatuh ke bawah; hukum graviti), even peluang mereka (penumpang dan petugas MH370) untuk survive amatlah tipis, kita doakan mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan ahli keluarga dalam keadaan mana dieorang pergi meninggalkan mereka. Kalau benar ini semua konspirasi, perancangan puak-puak yang ingin menakluki dunia (baca artikel yang aku mention tadi), jadi khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya perancangan Allah itu lagi besar dari perancangan mereka.

Akhirul kalam, jangan putus untuk berdoa demi kesejahteraan mereka (penumpang dan petugas MH370 serta ahli keluarga dieorang) dan kesejahteraan kita dan semoga kita semua bebas dan terhindar dari tipu daya dan fitnah "Penipu Besar akhir zaman". Wallahualam.

P/S: Dah macam Ustard pulak entri aku ni. Saja jer nak update. Walau tangan sakit. Punya lah payah nak menaip. Ish ish ish.

Ahad, 23 Februari 2014

BR1M punya pasal...

Haishh!! lama dah aku tak update rupanya. Aku lupa yang aku ada sebijik blog. Ish ish ish, tanda-tanda penuaan diri ni dah mula nak nampak. Nasib baik uban belum nak tumbuh lagi. Aku baru dalam lingkungan 20-an dan mencecah suku abad tahun ni, risau pulak aku. Masuk 30-an, 40-an pulak macam mana? gulpp~ *telan air liur*

Okay lah. Tak nak taip pepanjang. Nanti bosan pulak engkorang baca. Lagipun aku tak plan nak curi masa engkorang lelama sangat. Aku tahu, engkorang kan busyyy, nak-nak lagi hari minggu macam ni. Yang mana masih syiok lagi peram "taik mata", udah-udah lerr. Matahari dah menegak 90 darjah dah nie. Separuh hari dah engkorang hilang. Kan tak best, tu? (okay, literally now aku dah mula nak melalut dan hilang fokus)

Senanya, aku nak habaq (cewahh~) pasal BR1M. Kan duit BR1M sekarang ni dah mula diagihkan, so ada yang dah dapat dan ada yang belum lagi. Honestly, last year aku dapat duit BR1M tapi dengarnya this year lagi strict dari last year. Banyak laa yang dieorang dah saringkan. Tak silap dua orang member aku memang dah confirm confirm kena reject sebelum tiba masa duit BR1M nak diagihkan. Ada la reason kena reject, tak perlu la nak mention (aku pun tak tahu senanya). Tapi kes aku pulak, duit belum masuk acc bank lagi. Ceritanya macam ni, dengarnya duit dah mula diagih pada 21hb haritu (untuk yang masih bujang dan dara), dan keesokkan harinya untuk seisi rumah (yang ada tanggungan). Jadi, hari ni 23hb dan duit tu tak masuk lagi. Opp opp!! jangan nak mula presume apa-apa dulu, cerita aku belum habis lagi.

Okay, memandangkan duit belum masuk, aku mula curious. Halnya disini, bukan aku nak bising pasal duit belum masuk, cuma aku tak pasti whether permohonan aku approved atau rejected. Tu la, aku nak tahu tu jer. Aku dah cuba google macam mana nak semak, dan eventually aku dapati ada 3 cara kesemuanya. Pertama sekali semak online dan masuk ke dalam laman sesawang LHDN, kedua through pos dan ketiga menerusi email. Kalau boleh, aku memang nak dapatkan jawapan on the spot (which is melalui option #1), tapi masalahnya tak semua orang dapat akses melalui cara ni (certain people only). Nak tak nak, dua option jer yang ada.

Ni main point sebenarnya ---> pagi tadi, aku ada cerita dengan mak cik aku since dia ada tanya pasal ni. Kitorang pun cerita punya cerita dan rasanya tak sampai 10 minit pun pak cik aku pulak masuk scene. Tetiba aku jadi spectator dan pak cik dan mak cik aku mula argue. Macam-macam point keluar. Aku hanya mampu nak angguk sebab malas nak hangatkan lagi keadaan. Yang kelakarnya, macam mana boleh tercetusnya argument tu? haih~ aku cuba nak recall tapi tak dapat. Nak tak nak, terpaksa la aku layankan ajerr. Haduyaii~ -..-"

15 minit dieorang argue. Argue punya argue, last-last dedua pun dah give up. Malas nak bertekak lagi dan argument pun end up dengan bergantung tak bertali. Dedua masih lagi nak support point memasing. Aku dah macam "erk?! hokayy... baiklah.." bila suasana yang tegang tetiba sunyi. Masa tu aku guna skill aku jadi "invisible" dan lari dari "zon panas" tu. Lepas tu, aku pun tak pasti apa yang jadi. Lepas ni la aku follow-up kes.

Okay lah. Nak gerak dulu. Buhbye!

P/S: Miss S dah tunggu bila aku nak belanja. Haishh~ cepat jer kan? heheh.

Isnin, 18 November 2013

Highland Tower & Villa Nabilla

Semalam aku tonton Highland Tower. Sejujurnya aku hanya 30% jer berminat nak download & tengok citer nih. Tapi memandangkan anak buah aku dah beli dvd citer tu, so kitorang pasang la. Memula aku ingatkan citer ni mengisahkan mengenai Highland Tower dan kisah-kisah yang dikatakan pernah berlaku kat situ, turned out to be ianya lebih kepada video-video rakaman oleh satu kumpulan yang nak buat dokumentari mengenai Highland Tower tersebut.

Tengah shooting, dieorang diganggu oleh beberapa series gangguan berskala. Memula cuma kamera kena kacau. Lepas tu, barang-barang dekat "base" pulak kena. Kerusi tersusun dengan sendiri. Later on bateri supply dieorang habis dan salah seorang kena tarik jauh dari tempat dia berdiri sebelum tu. Macam-macam lagi la berlaku. Dipendekkan cerita, salah seorang dari dieorang kena rasuk dan seorang lagi histeria. Dua-dua perempuan. Panik dan tak tahu nak buat apa, dieorang pun lari dan dapatkan bantuan ustaz.

Okay, part ni aku dah malas nak cerita. Habis citer ni aku confuse. Sebenarnya citer ni betul-betul filem dibuat dalam bentuk dokumentari atau betul-betul dokumentari lalu dibuat filem? siapa boleh rungkaikan permasalahan aku ni?

Belum habis setakat tu. Awal pagi tadi aku terbaca pula mengenai kisah Villa Nabila pulak. Sebelum ni pernah baca kisah Villa Nabila ni cuma aku dah lupa. Kononnya ada 30 orang budak masuk ke rumah tu. Motif? tak tahu. Another documentary perhaps? dan dari 30 orang tu, 23 orang hilang dan tak dijumpa. Hinggalah ke-pukul-berapa-entah tadi, 22 orang mula dijumpa. Akhirnya tinggal seorang tak pasti dah jumpa atau tak. Tapi ada pihak yang dakwa, pasal 30 orang tu cumalah hoax semata kerana pihak polis dapat hanya satu aduan sahaja mengenai seorang budak yang hilang. Itu aku tak pastu tapi hari ni memang kecoh dengan kes tersebut. Nak caya atau tak, terpulang kat korang.

P/S: tunggu la lepas ni dieorang buat filem Villa Nabilla pulak. Heheh.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 16 Februari 2013

Dunia sekeliling kita...

Semalam, member aku ada share gambar baby yang kena toreh pisau dekat lengan, tangan & kaki. Seriously masa tengok gambar tu, bulu-bulu kat tengkuk aku mula berdiri. Ada perasaan semacam "eeriee" la. Sadis aku tengok baby tu diperlakukan sedemikian. Dekat caption tu ada mention benda tu dilakukan oleh Regim Basyhar, something like that la. Dah kenapa? dan kenapa mesti baby tu yang jadi mangsa? bagi aku, tak ada seorang pun manusia yang patut diperlakukan sedemikian. Even ke atas binatang pun aku rasa tak wajar.

Last time, aku ingat lagi ada orang share gambar kucing yang kena penggal kepala oleh sekumpulan lelaki. Dan ada jugak yang kena siat kulit, hidup-hidup. What a scumbag! apa kucing tu dah buat kat kau? apa mak bapak kau mati kena ratah dengan kucing tu ker? tak ada sifat penyayang betul dalam diri. Kurang kasih sayang sejak kecil lagi kot.

Semalam aku tengok dalam berita pasal serpihan meteor yang jatuh kat Rusia. Lebih kurang 400 yang cedera sebab serpihan meteor tu jatuh kena dekat kilang besi. Rasanya 400 orang tu semua kerja kat kilang tu lah. Dan para saintis claim yang serpihan meteor tu takde kaitan dengan asteroid diberi nama  Asteroid 2012 DA14 yang juga dalam perjalanan melimpasi bumi. Lately, macam-macam bencana jadi, kan?

Serpihan meteor yang jatuh kat Rusia

Then, bila fikir-fikir balik, kan? kita ni dah diambang kiamat tahu tak. Macam-macam tanda dah keluar. Aku tak kata tak lama lagi kiamat, no! cuma kita ni dalam fasa-fasa terakhir la. Bila cakap pasal kiamat, teringat balik video The Arrivals. Ye, aku layan Arrivals tu. Nak kata aku percaya 100% tu tak la. Sebab dalam tu kadang-kadang based on teori & assumption dieorang. Cuma ada antaranya yang boleh diterima oleh akal aku.

Yang agak shocking bagi aku, adalah apabila aku baca haritu pasal Pope Benedict yang nak bersara. "Weyh, setakat pope, ape kecoh? bukan kite follow die pun. Lantak die lah." Ok ok, calm down. Aku tak risaukan sebab dia nak bersara. Itu hal dia lah. Tapi yang aku risaukan adalah ramalan Pope St. Malachy suatu masa dulu. First of all, aku tak percaya 100% okay. Aku just suka nak give thoughts tentang benda tu. Aku tak nak cerita kat sini sebab banyak explaination nak kena buat dan aku tak ada bahan / info benda tu sekarang. Korang boleh google sendiri la kalau nak tahu sebab aku tak ada masa nak cari. Kalau ada masa, nanti aku cuba cari dan buat satu entry okay.

By the way, aku bukan nak takut-takutkan korang, aku nak kita sama-sama beringat jer. Supaya kita dapat mempersiapkan diri masing-masing. Bukan setakat untuk facing benda ni, malah untuk akhirat gak. Aku tak tahu korang, tapi topik pasal end of the days, kiamat, perang akhir zaman ni memang menarik perhatian aku. Kadang, sampai aku sanggup gali info dan research pasal benda ni. Dan dengan benda nie, aku rasa motivate untuk mempersiapkan diri aku. Tu jer tujuan aku nak bukak citer pasal ni. Jangan korang salah faham pulak.

Seriously, kalau aku nak cerita, panjang jadinya entri nih. Tapi kalau korang ada masa free, korang buat la research sendiri. Aku sarankan korang buat research pasal Tasik Galilei, Knights of Templar, Millenium Temple, Peter The Roman & Planet Nibiru.

Orite! till next time.

Sabtu, 19 Januari 2013

Listen! listen! listen! lemme speak!


Once upon a time in Zimbabwe...

Miss Astro Awani : Madam Seripah, there is...

Madam Seripah : Listen Miss Astro Awani! listen!

Miss Astro Awani : But...

Madam Seripah : Listen!

Miss Astro Awani : ..why..?

Madam Seripah : Listen!

Miss Astro Awani : I just...

Madam Seripah : Listen!... lemme speak.

                           : Lemme speak...

                           : Lemme speak...

                           : Lemme speak...

(lemme speak x 50)

Miss Astro Awani : *runaway~*

Madam Seripah : Miss Astro Awani, I hope all the best fo...

KEBABOMMMM!!!

Miss Astro Awani : (..I was just about to tell her, there is a bomb planted in the room... hurm.. :( )

THE END!

*tak paham ek? nasib aa. Lalalala~*




Jumaat, 21 Disember 2012

Masih disini...

21.12.2012

Aku masih disini, meneruskan kehidupan seharian. Masih bekerja hingga ke petang membanting otot mata menghadap pc. Tak lupa juga menguji urat-urat tangan untuk mengklik tetikus dan menekan-nekan papan kekunci. Masih juga berkesempatan untuk mengemaskini blog. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, masih bernafas hingga ke hari ini. Dan mampu untuk berak 3 kali sehari (setakat ini lah).

Persoalannya...

Khamis, 20 Disember 2012

21.12,2012 Kiamat...?

20.12.2012, tarikh hari nie. Last week aku ada post pasal tarikh 12.12.12 kan? minggu nie, 20.12.2012 pulakk yang menjadi hit seantero dunia. Sebab? sebab tarikh tu dikatakan cantekk lagi menawan. Seswai untuk dijadikan tarikh istimewa seperti tarikh perkahwinan, tarikh tercirit paling lama, tarikh break dengan pakwe/makwe dan sebagainya. Hari ni aku bet, ramai pasangan yang nak mendirikan masjid. Harap-harap masjid yang didiri terbina teguh dan bukan sekadar special pada tarikhnya sahaja. Aminnn~


Akan tetapi, selain itu, walaubagaimanapun, tarikh besok hari juga menjadi topik hangat penduduk bumi. Ingat lagi filem 2012, dimana diinspirasikan (betul ker istilah aku nie?) dari ramalan penduduk Mayan mengenai hari 'kiamat'? jadi, besok merupakan hari yang dinantikan. Dinantikan eh? siapa yang menanti?


Akceli, aku sendiri tak pasti tapi dari pagi tadi aku asyik terbaca mengenai benda nie dekat twitter. Pernah gak dengar sebelum nie sebenarnya tapi tak amik port sangat. Bukan apa, tapi kita tak patut percaya kepada benda-benda macam. Perihal tentang kiamat nie hanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t jerr. Haa... kan aku dah jadi Ustard Don Givap dah. Ni la yang aku malas nie. *main-main janggud*

Dah lah. Aku nak makan mi nih. Pastu packing. Nak balik. Babai~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...