Memaparkan catatan dengan label ilmiah lah sangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmiah lah sangat. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2016

Berlatih mengarang

**Terus-terang aku katakan, mengarang bukanlah kekuatan aku**

<p>Semenjak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogging, dari masa ke semasa aku dapati teknik dan gaya mengarang aku tidak menentu. Tidak statik dan umpama gelombang Tsunami. Ketepikan kepelbagaian kata ganti diri kerna bagi aku ada kalanya bertujuan untuk memberi "mood" yang tertentu selari dengan intipati entri. Pun begitu (cewah~), intipati entri itu sendiri yang membuatkan aku tertanya-tanya dimana punca kesilapannya. </p><br>

<p>Nak dijadikan cerita, tempohari aku ada menghadiri satu ujian. Ujian yang dikenali sebagai UPLB (Ujian Pengambilan Lantikan Baru) untuk beberapa orang individu terpilih (merangkap calon) duduki sebelum disenarai pendek menghadiri temuduga merebut jawatan sebagai Penolong Jurutera bergred JA29. Ujian dibahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D & E. 3 bahagian pertama A, B & C dijalankan pada sebelah pagi, manakala dua bahagian lagi pada sebelah petang (Bahagian D & E). Rasanya tak perlu aku cerita dengan penuh detail ujian tersebut. Secara ringkasnya kertas sebelah pagi berbentuk objektif melibatkan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah (matematik) dan penguasaan kefahaman esei manakala kertas sebelah petang pulak merupakan kertas berbentuk esei; Bahasa Melayu (Bahagian D) & Bahasa Inggeris (Bahagian E). Menjawab soalan esei, membuatkan aku terkedu, tergamam, terkaku dan yang seerti dengannya. Disitu bagaikan sudah benderang lagikan terang bahawasanya aku sangat lemah dalam mengarang. Boleh dikatakan nasib baik yang aku mahir dalam mereka kata-kata yang manis bagaikan gula kapas serta bermadah helah dalam memberi contoh dan misalan. Itu sedikit sebanyak membantu aku memanjangkan karangan (seperti entri yang dibaca ini, kurang isi bukan? tapi.. nampak panjang).</p>

<p>Bila aku renung dan imbas semula zaman persekolahan, aku cuba mengingati semula bagaimana aku dikenalkan dengan makhluk dipanggil "karangan" tersebut. Terlintas difikiran aku akan zaman "PTS" (mana yang lahir generasi Y2K dan yang terkemudian, memang tak akan nak kenal lah dengan objek dipanggil "PTS" nie). PTS adalah Penilaian Tahap Satu yang mana diduduki oleh kanak-kanak sewaktu di darjah 3. Barangsiapa yang lulus dengan cemerlang dan jayanya, akan diberi kesempatan untuk meloncat ke darjah 5 tanpa perlu memijak walau sebelah kaki pun ke darjah 4. Aku seperti kebanyakkan yang lainnya haruslah memikirkan nilai-nilai murni dalam persahabatan dimana aku tidak sanggup berpisah dengan rakan sekelas yang ku kasihi (kononnn). Lalu kami memutuskan untuk bersama-sama mengharungi satu tahun sebagai kanak-kanak darjah 4 biarpun ada 2~3 biji lagi rakan kami yang berjaya bergaul mesra, serasa diri senior dan makan ayam goreng dikantin dengan sebelah lutut "berdiri" sambil menjeling rakan (yang sewaktu ketika dahulu seperjuangan) dengan pandangan hina lagi dina. Jujur aku kata, itu aku tokok tambah untuk memberi kesan ke atas emosi pembaca sekarang. Aku tiada mahu entri ini dibaca dengan wajah yang kusam dan sugul. Kurang-kurang, wajah yang menahan cirit yang tinggal "hujung-hujung" saja lagi pun jadilah kiranya.</p>

<p>Lihat sahaja entri ini, hingga ke perenggan ini aku mulai menuju ke laut. Bukan main entri ini aku garap untuk menyatakan kelemahan diri untuk dijadikan pedoman dikalangan pembaca, pun begitu, masih lagi ke laut. Intipati sungguh basi, kurang isi dan bergred C. Oleh itu, sepuluh jari aku susun memohon ampun kerna aku harus pergi sekarang jua. Tiadalah daya dan kemampuan ku lagi menahan cirit ini. Tiada juga ku mahu ianya berpeleseran meninggal jejak. Malulah aku suatu masa nanti.</p>

<p>Doakanlah aku berjaya untuk UPLB kerna nampak sangat yang sekarang nie aku tidak layak jadi penulis. Berblog mungkin boleh, sekadar santai-santai, ye dak? bergerak-gerak lah hamba dahulu sehingga kita berjumpa lagi, simpan (jarum yang patah) sahaja didalam peti. Ehh??

Isnin, 20 April 2015

Introvert...

Apa itu Introvert...

Semalam, soalan random terpacul keluar dari mulut aku, "Apa maksud Introvert?". Masing-masing geleng kepala tanda tak tahu menahu. Semua jadi diam. Memandangkan ianya random, jadi aku tak tahu macam mana boleh terlintas soalan itu. Member aku sepantas kilat (dalam 2 saat) menggugel "introvert". Tak lama lepas tu, dia pass iPhone dia kat aku, "nah, kau jawab soalan nie baru kau tahu...". Terpapar pada skrin sekeping laman web, kuiz kendiri mengenai "introvert". Tanpa fikir panjang dan dengan fikiran separa-serius aku sambut iPhone (ya, ini perlu di-highlite-kan disini) dan jawab set soalan tersebut.


Ada 12 soalan. Kebanyakkan jawapan aku jawab "false" dimana keputusan kuiz tersebut, aku ada highly chance seorang introvert. Tapi, masih belum menjawab soalan pertama aku tadi. Aku cuma nak tahu apa maksudnya, bukan nak relate diri sendiri dengan soalan tersebut. Aku ditinggalkan dengan tanda tanya sambil aku sendiri malas nak gugel dikala itu.

Pagi tadi aku cuba cari jawapan dari Wikipedia. Mukasurat panjang dan aku baca roughly 55% petikan tersebut. Tak larat rasanya nak baca semua bilamana aku kena baca, fahamkan ayat demi ayat sebab artikel dalam bahasa kedua (mungkin ketiga sebenarnya, takpun keempat) aku. Sampai satu tahap, aku putuskan untuk berhenti baca setelah dapat idea kasar maksud "introvert".

Dari pemahaman aku, introvert ini adalah ciri-ciri perlakuan atau sikap yang semua orang ada. Ianya berlawanan dengan extrovert. Walaubagaimanapun, semua orang ada ciri-ciri ini, persoalannya hanyalah mana satu yang lebih dominan. Untuk senang faham, extrovert adalah aktif manakala introvert pula adalah pasif. Jika seseorang itu gemar bergaul, lebih suka berada dalam kelompok yang besar, bosan bilamana menyendiri, suka untuk nampak tampil diantara khalayak ramai (attention seeker? heheh) dan sebagainya, itu diklasifikasi sebagai extrovert. Berlawanan dengan itu, rasanya korang fahamlah. Akan tetapi, seringkali untuk disalah erti adalah sifat "pemalu" dan introvert itu sendiri. Introvert bukan pemalu dan tiada masalah untuk perbualan atau bersosial bersama orang lain yang mana "pemalu" pula ada masalah atau isu dalam hal tersebut.

Dari kajian sendiri yang aku jalankan, aku bersetuju bilamana aku diklasifikasikan sebagai seorang yang introvert. Tak tahu pula adakah ini baik atau tidak untuk aku. Hurm. Entah.

Ada satu lagi istilah, "abreviasm" kah apa, aku lupa. Itu bilamana "extrovert" & "introvert" dalam diri seseorang seimbang (evenly match). Korang rasa korang macam mana?

Khamis, 2 April 2015

Mr. Perfect 100%

Mohon bagi yang tertarik membaca entri ini tidak menaruh harapan untuk membaca entri berkaitan GST.

Setiap hari akan ada paling kurang 1 - 4, 5 & 6 email akan masuk ke dalam peti masuk. Bukan nak mengata diri ini femes mahupun sekacak Izzue Islam *ehem*, akan tetapi rata-ratanya adalah email yang disubscribe dari aplikasi pihak ketiga. Bermakna email bukan diatas niat sendiri pihak penghantar, akan tetapi kerana aku sendiri yang merayu dan meminta untuk sekelumit email setiap hari. Yes, daily if I had to speaking in this very so penjajah language.

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak dan tiga belas menjak menjadi single atau dalam erti kata lain, aku pun tak tahu apa status relationship bersama Miss S, aku telah mendaftarkan diri dalam aplikasi TWOO secara suka-suki. Hanya 2% sahaja niat dalam diri untuk benar-benar mencari cinta yang suci lagi fair & lovely. Ya, sebab aku tahu tiada harapan sebenarnya mencari cinta menerusi aplikasi sebegini biarpun aplikasi tersebut direka atas tujuan menyatukan dua hati menjadi satu, menemukan si teruna dan si dara bahkan mungkin ada segelintir yang tidak akan bersetuju dengan aku dan percaya bahawasanya Mrs. Innocent akan berjumpa Mr. Perfect melalui aplikasi ini. Tak mengapa. Ikut masing-masing kerana setiap insan berhak untuk memiliki pendapatnya sendiri. 98% lagi, aku hanya ikut serta tanpa expect apa-apa (seperti aku kata tadi, suka-suki purpose only).

Bilamana setiap email masuk, aku akan semak dan baca. Kebiasaanya, email yang bertandang adalah dari kaum Hawa yang juga berstatus single mingle. Sebab aku dah set hanya nak kenal kaum Hawa sahaja. Aku tak cenderung untuk menghamparkan cinta kepada kaum sejenis. Tapi ada dari kaum sejenis yang menambah aku sebagai rakan mereka. Itu bukan masalah. Bagi aku mereka ikut serta atas dasar menambah kenalan alam maya yang mungkin akan hanya ditegur sekali se-millenia. Like I've said, setiap orang ada pandangan mereka sendiri. Up to you my friend, I am friendly don't worry.

Kebanyakkan kaum Hawa yang mana aku baca intro mereka adalah dari purata umur 20an. Itu normal, hatta aku sendiri masih lagi muda rumaja. Kau yang baca nie, jangan nak tergelak cecah lantai, cukup sekadar tersengih macam kambing sudahlah. Apa yang menjadi isu (bukan masalah siapa-siapa, sekadar nak dijadikan bahan sahaja), hampir semua mereka mencari lelaki yang boleh aku katakan 100% Mr. Perfect.

"Heyy, macam lah lelaki tak expect something yang sama! so what...?"

Okay, hang on there. Yes, lelaki juga begitu even tak sedar diri bagaikan ungka. Aku tak nafikan. Akan tetapi, perlukah ianya menjadi sesuatu yang ketara? I mean, it's way too obvious okay. "Susahnya mencari lelaki yang jujur..", "mencari Imam untuk dibawa ke syurga Firdausi..", "Kenapa la lelaki sekarang ni semuanya buaya..?". Whoa~ opp!! opp!! guys, chillax. Aku juga lelaki. Tercabar juga hormon kelelakian aku bila terbaca intro mereka. Apa ingat dieorang layak untuk lelaki tersebut? come on lah. Tak pernah dengar kata-kata "nobody is perfect..." ker? atau tak faham bila baca quote tersebut?

One way or another, this goes to us all tanpa mengira lelaki atau perempuan, cikaro atau pondan, mak limah atau Johan (bukan nama sebenar), be a realist. Cerminkan diri terlebih dahulu. Aku sedar, selaku lelaki yang kurang kacak sikitttt dari Izzue Islam, perkara ini harus menjadi par atau level kita. Kita sendiri tahu baik dan buruk kita, kita sendiri lah yang terbaik mengukur tahap diri kita sendiri. Jadikan diri sempurna (atau hampir sempurna, jika kesempurnaan yang dicari) barulah nanti akan ada insan yang dihantar oleh ilahi untuk menjadi pasangan sehidup semati. Ye la, cakap macam pakar cinta, padahal dah kene friendzoned. Aku sedar lah. Engkorang jangan nak kata aku. Aku nangis kangg. Haaa.

Dah lah. Cukup sampai sini. Aku nak kena gerak dulu. Perut dah mula memulas ibarat seluar jeans yang dibilas. Auuww~

Till then, bye! assalammmm~

Sabtu, 21 Mac 2015

Kata Pakar Psikologi

"Psikologi" atau "Saikoloji"?

Awal pagi lagi mata guwa dah celik. Gara-gara alarm telefon pintar guwa lah. Rasa macam nak bertukar jadi Hulk pun ada. Bukan marah, terkilan. Mana taknya, guwa lagi syiok tidur maaa sambil diiringi hujan yang mendinginkan. Tapi tak cukup dingin untok mengelakkan hati guwa dari memercik api, membakar kenangan lama.. ehh?? itu lagu Apis "bahagiamu jangan kasitau aku". Maksud guwa tadi, memercik api rasa nak dibalingkan ke dinding sajaa (telefon pintar guwa).

Sejenak lepas guwa tutup alarm, guwa takleh nak sambung mimpi indah guwa. Segala adegan berahi guwa ranap begitu sahaja. Guwa baru nak stim-stim dengan awek Filipin tiba-tiba alarm menyelinap masuk ke segenap dimensi deria pendengaran guwa. Jilaka!

Jadi tadi, guwa bukak moment WeChat guwa. Member guwa awal pagi dah post moment. Guwa jadi tertarik menarik kau memang da bom dengan post beliau. Guwa cadang nak share. Kenapa? kenapa apa? ikut suka guwa la nak share apaaa~

Biar guwa tepek sini dulu mende yang beliau (member guwa) share...


Guwa harap gambaran diatas boleh luorang fahami. Pada gambar tersebut, tertera perkataan "psychologist", bermakna itu apa pakar psikologi kata, bukan tok kadi mahupun imam muda (melainkan dieorang juga adalah psychologist pada masa yang sama) yang kata.

Dari gambar tersebut, guwa telah rumuskan sesuatu mengenai diri guwa lah. Kalau mengenai diri anda, memang taklah sebab anda lagikan guwa tak kenali atau adakah anda Tok Kenali? kenalkah anda dengan Tok Kenali? kenalikah anda dengan Tok Kenali serta mengenalikah beliau terhadap anda? jawapan ada pada diri anda. Bak kata penpatah, tepuklah dada... sampai sakit.

Sampai mana rumusan guwa tadi? dah macam susu untok tumbesaran kanak-kanak pulak, ada rumusan. Biasa dengar, kan? alaaaa, yang eklan dekat tibi tuuu. Selalu dieorang sebut "rumusan bifidus.. ataupun.. rumusan B3 lah, B5 lah..." dan sebagainya. Sehingga perenggan ini, guwa sedari (bukan saudari ye, saudara-saudari sekalian) yang guwa melalut sampai tak henggat (ingat) nak berpijak diatas bumi dah. Rasanya guwa dah sampai bulan dah melalut, bukan hanya ke laut.

Okay. Biar guwa kasitau dalam sekali nafas. Jap, kasi guwa ejas peparu guwa dulu. *tarik nafas, hembus, tarik nafas, kentut* dari apa yang pakar psikologi kata... guwa dapati... guwa seorang yang:-

- Dalam hati, sangat sunyi (bukan dalam hati ada taman).

- Guwa penyimpan rahsia.

- Guwa lemah.

- Guwa bukanlah seorang yang inesen (innocent) serta berhati lembut.

- Guwa tak perlu cinta (ye ker? macam tipu jer).

Alamak... dah ah. Guwa gerak dulu. Guwa dah lewat. Aaaaaaaa~ ciao!

P/S: Poin guwa macam tak berape nak sampai jer. Guwa hanya sekadar nak share. Anda pula bagaimana? cer komen fidbek kit.

Jumaat, 26 Julai 2013

Bahaya smartphone kepada kita.

Guwa yakin, ramai antara korang yang dah maju ke depan seiring dengan peredaran masa kini. Dan guwa juga percaya, kebanyakkan dari kita memang ada memiliki smartphone walau sebijik. Yang lagi advance mungkin ada dua bijik atau lebih. Betul?
Disebabkan kebanyakkan smartphone sekarang memang pakai konsep touch screen (ker screen touch?) iaitu semuanya melibatkan aktiviti sentuh menyentuh skrin, sekaligus sebenarnya dah mendedahkan kita kepada ancaman. Seperti yang kita maklum, aktiviti sentuhan ni melibatkan kulit. Kadang-kadang, bakteria, minyak, tahi hidung akan melekat pada kulit khususnya permukaan jari. Jadi bila kita menyentuh skrin handphone, secara langsung benda-benda asing yang guwa mention tadi akan berpindah ke skrin. Later on, akan pindah pulak ke pipi korang semasa korang sedang buat panggilan. Tak giler ape tu? tak percaya? masih tak nak percaya? okay, guwa tak nak buang masa, korang check it out sendiri kat sini, Your Smartphone Might Giving You Pimples. Guwa harap lepas ni, korang akan jaga kebersihan handphone korang dan please la jangan jadi pengotor (tetibe).

Rabu, 10 Oktober 2012

Anagram...

Pernahkah korang dengar mengenai anagram? bukan ana rafali, tetapi anagram. Dalam blog lama aku ada cerita mengenai perkara nie. Namun, malang tak berbau, air yang tenang dicincang sekalipun tak akan terputus, entri itu tak sempat aku backup. Terpadam bersama blog tersebut, tenggelam didasar lautan. Ish3.

So, hari nie aku nak cerita kembali pasal anagram nie. Haritu aku ada layan 9GAG dan ianya sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal entri anagram aku. Sebelum aku bermula, tahukah korang apa itu anagram? siapakah anagram itu? lawyer? dokter? tuan tanah kedaun? majistret?

Sabar, aku baru nak bagitau...


Anagram adalah sejenis susunan kata dari satu perkataan yang lain menjadi satu perkataan lain yang bermakna tetapi menggunakan huruf-huruf yang sama. Anagram pertama yang menjadi penyebab kenapa aku membuat mini research pasal nie adalah semasa aku menonton filem Hari Putar dan bilik rahsia. Ada satu scene dimana Tom Riddle lukis nama beliau diatas udara. Dia lukis tapir. Eh, taklah. Dia lukis namanya sendiri, full name ikut ic, TOM MARVOLLO RIDDLE. Lepas tu, nama tersebut berubah secara sendiri sambil menari zapin diudara dan bertukarr!! jadilah "I AM LORD VOLDERMONT". See? huruf yang sama tapi jadi satu perkataan berbeza.

Ok, aku assume korang masih blurr dan tergaru-garu bontot yang tak berapa nak gatal. Biar aku bagi beberapa contoh lagi. Sila lihat dibawah ye anak-anak,

Mary jadi Army
Santa jadi Satan
Male jadi Lame
Game jadi Mage
Bear jadi Bare

Faham tak?

Itu hanyalah contoh mudah. Ada lagi contoh yang panjang macam The Mona Lisa = Oh Lame Saint, Leornado Da Vinci = O Draconian Devil, William Shakespeare = I am a weakish speller dan lain-lain lagi. Kalau nak senang faham, anggap korang sedang bermain Scrabble atau Sahiba dimana korang akan ada satu set huruf dan korang perlu terbitkan kata yang bermakna dari huruf-huruf tersebut. Lebih kurang macam tu laa anagram nih.
Banyak anagram yang boleh dibentuk

Anagram ni boleh dikatakan sejenis permainan. Tapi seringkali jugak anagram ini dijadikan sebagai kod. Dimana kod terhasil dari anagram nama seseorang, nama tapir jiran, jenis tuala wanita atau apa-apa sahaja lah. Hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu. Anagram ini juga dikaitkan dengan Pseudonym. Pseudonym, mengikut wiki merupakan nama individu atau kumpulan yang digunakan untuk tujuan tertentu tapi berbeza dengan nama sebenar. Macam aku, pseudonym aku adalah Neo tetapi nama sebenar aku adalah Salman. Aku sebab mengapa aku memilih Neo. Ingat lagi isu J.K Rowling yang mana rata-rata penduduk bumi ingatkan seorang lelaki? sebab dia tak guna nama sebenar. Itu lah pseudonym. Ok ok, tak nak cerita panjang pasal tu, back to anagram.

Antara anagram (pseudonym) yang digunakan oleh sesetengah orang adalah,

Edward Gorey = Ogdread Weary @ Regera Dowdy @ E.G Deadworry
Jim Morrison = Mr. Mojo Risin
Bryan Waller Procto = Barry Cornwall, poet
Dave Barry = Ray Adverb
Vladimir Nabokov = Vivian Darkbloom
Inane rubbish? heheh

Itu antara contoh pseudonym yang diambil dari anagram. Selain itu, anagram pun turut digunakan untuk tajuk contohnya,

Rocket Boys = October Sky
Imogen Heap = iMegaphone
King's Lead Hat = Talking Heads
Hamlet = Amleth
Meditation = A Dot in Time

So, faham tak sekarang? mesti korang blurr kan? takpe, slow-slow. Nanti korang faham laa. Hehe. Last time aku ada tanya dekat blog aku siapa tahu Libye Gizmo tu anagram dari mana, then rata-rata dieorang tak dapat jawab dengan tepat. Heheh. Sebenarnya itu adalah anagram dari nama blog aku iaitu Blog Miziey.

Kat mana nak cari nie?
Dah lah, lapar aah. Nak gi makan jap. Until berjumpa lagi. Babai~ huhu.

Selasa, 9 Oktober 2012

Quality Control

Tengok jam, dah tengah hari. 12:24. Biasanya dikala ini aku dah mula buka bungkusan bekal yang aku bawa dari rumah. Aku rasa aku patut makan tapi perut macam tak sudi. Tiada purchase order diterima dari pihak perut. Sebenarnya aku masih kenyang lagi. Pagi tadi bergelak ketawa bersama member sampai tak ingat dunia. Terasa berada dikedai kopi. Berbicara mengenai perkara duniawi seperti bagaimana rasanya mengorek hidung menggunakan ibu jari kaki, apakah perasaan dimalam pertama bergelar suami, dan berapa lot kedaikah yang harus disewa untuk menjana pendapatan sampingan, hal-hal sebegitu lah. Ok, aku tipu. Kami tidak bercerita mengenai perkara-perkara yang aku nyatakan tadi tapi lebih kurang macam tu laa perbualan kami.

Disebabkan itu aku berasa kenyang. Mana tak, nasi goreng sepinggan dan sekeping sayap ayam aku makan. Air pula 100 plus. Menggantikan bendalir yang hilang kononnya. Padahal berpeluh sebab berpanas jer pun. Bukannya berpeluh sebab beraksi berahi. Err... maksud aku, bukan sebab berpeluh bekerja.

Memandangkan aku kenyang, jadi aku plan untuk menaip satu entri. Macam yang korang baca pada tajuk diatas, aku nak bercerita mengenai Quality Control atau dalam bahasa panggilannya, QC. Ramai jugak yang bertanya (adalaa dalam lebih dari 3 orang), apa itu QC dan apa kerjanya. Aku rasa sangat bosan menjawab soalan sebegini sampai aku malas nak jawab. Bila orang tanya, aku diam. Tak lah, aku jawab kontrol kualiti. Mudahkan? soalan dari bahasa inggeris, aku terjemahkan sahaja ke dalam bahasa melayu. Dari terjemahan tu korang boleh tahu apa kerja yang dibuat oleh QC.


Ok, ramai yang buat muka blurr ibarat menahan kentut tapi terlepas sedikit dicelah punggung.

Aku bagi satu contoh. Korang sedang sakit perut, dari pagi tahan dan korang tak buang-buang hinggalah ke tengah hari. Jadi disini, otak korang secara otomatisnya akan memberi satu kerja untuk korang. Korang perlu mengeluarkan tahi atau nama komersialnya pergi berak. Persoalannya, macam mana korang berak?

Aku rasa tak perlu kot aku bagi prosedur. Buka seluar, duduk bersila, baca newpaper, itu korang dah tahu. Siapa tak pernah berak disini? sila tampar muka anda pada punggung rakan yang berdekatan sebanyak 3 kali. Apa kejadah dah pandai membaca blog tapi tak pernah berak? aneh, memang aneh.

Apa kaitannya dengan kualiti?

Korang dah tahu berak. Tapi bagaimana dengan kualiti berak korang. Atau, adakah korang berak dengan berkualiti? penjagaan keselamatan juga perlu supaya kualiti berak korang tak terganggu. Sebab itu, jangan duduk mencangkung diatas jamban berak yang direka untuk duduk bersila. Dan jangan baring untuk jamban yang direka untuk berak berdiri. Faham?

Kualiti berak seperti berapa banyak jumlah tahi yang korang biasa keluarkan. Adakah dalam 5g tahi? 12.5g? 2kg? korang kena tahu dan rekod ini didalam kepala hotak sendiri. Supaya korang ada idea, sebagai contohnya hari ni korang berak 2g sahaja. Kurang 3g dari biasa. Korang boleh detect adakah proses berak ini berkualiti atau tak. Harus diingatkan, pengambilan makanan sehari sebelumnya juga wajib diambil kira. Kalau makan sedikit, padanlaa keluar 2g. Tapi kalau makan sama macam semalam dan bulan lepas tapi secara tiba-tiba berak, tahi keluar 2g, apa kes? mana lagi hilang 3g? jadi lemak? atau berubah bentuk menjadi tahi yang lain? :O

Selain itu, bila korang berak juga boleh memberi idea kepada korang sejauh mana kualiti berak korang dalam sehari-hari. Macam aku, aku biasanya berak ditengah hari. Jadi, hari besok dan seterusnya aku juga akan berak dikala sebegini. Maksudnya berak aku ada kualitinya sendiri. Tahi aku akan dapat organise jadual dan time-shift mereka. Bila sepatutnya mereka keluar dan mula menyelam didalam mangkuk jamban.

Dah lah. Aku rasa sampai tu jer contoh yang aku bagi. Ingin diingatkan disini bahawa proses berak itu hanyalah perlambangan sahaja. Seperti yang kita ketahui, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai bidang. Ada yang engineering, banking, nursing, agriculturing, dan macam-macam ing lagi lah. So, memandangkan semua orang perlu berak, jadi aku merasakan itu merupakan perlambangan yang paling sesuai.

Bagi korang yang dah baca sampai tahap ini, tahniah dan syabash mera bethe diucapkan. sebenarnya aku boring. Sebab tu aku taip apa sahaja yang terlintas difikiran. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca entri ini. Jangan lupa komen dibawah. Nak juga aku tahu apa perasaan korang. Heheh. Bye~


Aku tahu entri ni takde kualiti. Hihi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...