Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2015

Motivate enough?

This is from "Twitter-verse" (reference to 21 Jumpstreet)

Pagi ni berazam untuk jadi produktif. Lebih baik dari semalam, semestinya. Namun, pagi dimulakan dengan melayan susurmasa rangkaian sosial, Twitter. Siapa-siapa yang ada akaun Twitter, kalau sudi dan berminat nak follow aku, boleh search @mijiey89. Mentioned aku dan aku cuba jadi se-responsive yang mungkin. Baiklah, tak nak taip panjang-panjang pagi nie. Kita ringan-ringan jer okay?

Nak kongsi tweet yang bagi aku boleh memberi sedikit kekuatan dari segi motivasi supaya kita sentiasa dijalan-Nya.

Here it goes (credit to iMim @SyamimMansor for this tweet):

"Allah tak janji yang belajar 24 jam jadi pandai.

Allah tak janji yang kerja siang malam jadi kaya."

"Dia cuma janji siapa solat, dia Berjaya."

image credit to google
Agak deep untuk difahami? rasanya tak lah kan. Much more to self-explained dan direct meaning. So, diharap engkorang yang membaca nie boleh uplift (even a bit) dalam menjalani hari-hari engkorang. This is atleast what we need, siraman motivasi setiap hari so that we'll keep on the right track. Alright. Done!

Till next time folks.

Assalam alaikum...

Khamis, 2 April 2015

Mr. Perfect 100%

Mohon bagi yang tertarik membaca entri ini tidak menaruh harapan untuk membaca entri berkaitan GST.

Setiap hari akan ada paling kurang 1 - 4, 5 & 6 email akan masuk ke dalam peti masuk. Bukan nak mengata diri ini femes mahupun sekacak Izzue Islam *ehem*, akan tetapi rata-ratanya adalah email yang disubscribe dari aplikasi pihak ketiga. Bermakna email bukan diatas niat sendiri pihak penghantar, akan tetapi kerana aku sendiri yang merayu dan meminta untuk sekelumit email setiap hari. Yes, daily if I had to speaking in this very so penjajah language.

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak dan tiga belas menjak menjadi single atau dalam erti kata lain, aku pun tak tahu apa status relationship bersama Miss S, aku telah mendaftarkan diri dalam aplikasi TWOO secara suka-suki. Hanya 2% sahaja niat dalam diri untuk benar-benar mencari cinta yang suci lagi fair & lovely. Ya, sebab aku tahu tiada harapan sebenarnya mencari cinta menerusi aplikasi sebegini biarpun aplikasi tersebut direka atas tujuan menyatukan dua hati menjadi satu, menemukan si teruna dan si dara bahkan mungkin ada segelintir yang tidak akan bersetuju dengan aku dan percaya bahawasanya Mrs. Innocent akan berjumpa Mr. Perfect melalui aplikasi ini. Tak mengapa. Ikut masing-masing kerana setiap insan berhak untuk memiliki pendapatnya sendiri. 98% lagi, aku hanya ikut serta tanpa expect apa-apa (seperti aku kata tadi, suka-suki purpose only).

Bilamana setiap email masuk, aku akan semak dan baca. Kebiasaanya, email yang bertandang adalah dari kaum Hawa yang juga berstatus single mingle. Sebab aku dah set hanya nak kenal kaum Hawa sahaja. Aku tak cenderung untuk menghamparkan cinta kepada kaum sejenis. Tapi ada dari kaum sejenis yang menambah aku sebagai rakan mereka. Itu bukan masalah. Bagi aku mereka ikut serta atas dasar menambah kenalan alam maya yang mungkin akan hanya ditegur sekali se-millenia. Like I've said, setiap orang ada pandangan mereka sendiri. Up to you my friend, I am friendly don't worry.

Kebanyakkan kaum Hawa yang mana aku baca intro mereka adalah dari purata umur 20an. Itu normal, hatta aku sendiri masih lagi muda rumaja. Kau yang baca nie, jangan nak tergelak cecah lantai, cukup sekadar tersengih macam kambing sudahlah. Apa yang menjadi isu (bukan masalah siapa-siapa, sekadar nak dijadikan bahan sahaja), hampir semua mereka mencari lelaki yang boleh aku katakan 100% Mr. Perfect.

"Heyy, macam lah lelaki tak expect something yang sama! so what...?"

Okay, hang on there. Yes, lelaki juga begitu even tak sedar diri bagaikan ungka. Aku tak nafikan. Akan tetapi, perlukah ianya menjadi sesuatu yang ketara? I mean, it's way too obvious okay. "Susahnya mencari lelaki yang jujur..", "mencari Imam untuk dibawa ke syurga Firdausi..", "Kenapa la lelaki sekarang ni semuanya buaya..?". Whoa~ opp!! opp!! guys, chillax. Aku juga lelaki. Tercabar juga hormon kelelakian aku bila terbaca intro mereka. Apa ingat dieorang layak untuk lelaki tersebut? come on lah. Tak pernah dengar kata-kata "nobody is perfect..." ker? atau tak faham bila baca quote tersebut?

One way or another, this goes to us all tanpa mengira lelaki atau perempuan, cikaro atau pondan, mak limah atau Johan (bukan nama sebenar), be a realist. Cerminkan diri terlebih dahulu. Aku sedar, selaku lelaki yang kurang kacak sikitttt dari Izzue Islam, perkara ini harus menjadi par atau level kita. Kita sendiri tahu baik dan buruk kita, kita sendiri lah yang terbaik mengukur tahap diri kita sendiri. Jadikan diri sempurna (atau hampir sempurna, jika kesempurnaan yang dicari) barulah nanti akan ada insan yang dihantar oleh ilahi untuk menjadi pasangan sehidup semati. Ye la, cakap macam pakar cinta, padahal dah kene friendzoned. Aku sedar lah. Engkorang jangan nak kata aku. Aku nangis kangg. Haaa.

Dah lah. Cukup sampai sini. Aku nak kena gerak dulu. Perut dah mula memulas ibarat seluar jeans yang dibilas. Auuww~

Till then, bye! assalammmm~

Rabu, 18 Disember 2013

Hanya sekadar renungan

"Don't let environment controls you, make yourself controls the environment..."

Hellooooo~

Hati riang, jiwa senang, masalah bukanlah penghalang. Gila kau kalau aku kata tak ada masalah. Bahkan aku rasa masalah nie macam lebih dari apa yang aku mampu galas. Tapi orang kata "Allah tak akan bebankan hamba-Nya melainkan hambanya itu mampu menanggungnya...". Maaf kalau ayat aku salah. Aku cuma ingat lebih kurang macam tu la maksudnya. Aku tak refer mana-mana sumber sekarang, sebab itu based on apa yang aku ingat. Apa yang penting, kau faham apa point aku. Jadi, kalau masalah-masalah yang aku hadapi sekarang mampu aku tanggung, tak.perlu la nak risau lebih-lebih. Cuma perlu duduk, fikirkan dengan fikiran yang tenang dan waras, tanpa ada gangguan emosi, insya Allah masalah akan dapat disetel. Janji Allah itu pasti, kan?

Jadi, buat apa nak bermuram durja? lebih baik sebarkan aura positif. Send all the positive vibes around you, man. Thats all you need. Macam ayat intro aku diatas. Jadikan diri kau sendiri yang mengawal suasana sekeliling. Jangan biarkan suasana sekeliling yang kawal diri kau tu. Jadikan diri kau tu gembira, riang dan tabah hadapi segala masalah so that apa-apa pun halangan mendatang, kau akan mampu hadapi.

Hey, aku tak perfect. Aku pun bukannya pakar motivasi. Tapi aku harap entri nie boleh bantu kau rasa sedikit positif. Sikit pun jadi lah sebab aku rasa positif sekarang. Aku tinggalkan rasa negatif tu buat seketika. Kalau aku lagi power, mungkin aku akan convert negativity itu jadi positive. Boleh ker macam tu? tak mustahil ye tak?

P/S: Cuba hadapi semuanya dengan tabah okay? kita mampu sebenarnya. Kan Miss S? I know you'll read this. I still love you. :')
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...