Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

Bahaya smartphone kepada kita.

Guwa yakin, ramai antara korang yang dah maju ke depan seiring dengan peredaran masa kini. Dan guwa juga percaya, kebanyakkan dari kita memang ada memiliki smartphone walau sebijik. Yang lagi advance mungkin ada dua bijik atau lebih. Betul?
Disebabkan kebanyakkan smartphone sekarang memang pakai konsep touch screen (ker screen touch?) iaitu semuanya melibatkan aktiviti sentuh menyentuh skrin, sekaligus sebenarnya dah mendedahkan kita kepada ancaman. Seperti yang kita maklum, aktiviti sentuhan ni melibatkan kulit. Kadang-kadang, bakteria, minyak, tahi hidung akan melekat pada kulit khususnya permukaan jari. Jadi bila kita menyentuh skrin handphone, secara langsung benda-benda asing yang guwa mention tadi akan berpindah ke skrin. Later on, akan pindah pulak ke pipi korang semasa korang sedang buat panggilan. Tak giler ape tu? tak percaya? masih tak nak percaya? okay, guwa tak nak buang masa, korang check it out sendiri kat sini, Your Smartphone Might Giving You Pimples. Guwa harap lepas ni, korang akan jaga kebersihan handphone korang dan please la jangan jadi pengotor (tetibe).

Khamis, 4 Oktober 2012

Derma organ

Selamat pagi khamis semua!

Hari ini dimulakan dengan cuaca hujan yang renyai-renyai disatu dua tempat. Terdapat beberapa lopak air kelihatan di site. Tak lupa juga beberapa ekor katak puru sedang seronok bermandi-manda tanpa menghiraukan bunyi bising dan kenderaan yang lalu lalang. Ish3. Bahaya betul kegiatan katak puru tersebut. Nak tegur, takut kecik ati plak. Kalau tak tegur, tak pasal-pasal mati katak si katak-katak puru tersebut. Ah biarlah, dah nama katak, mati macam mana pun tetap mati katak juga.

Sebenarnya aku mengharapkan hujan turun dengan lebatnya sebab aku malas nak turun site. Nak nak lagi sekarang nie banyak aktiviti 'lifting' yang dilakukan, aku pun tak tau nak redah jalan mana jadinya. Semua jalan ditutup dengan tape merah bagaikan ada crime scene. Aku tak nak nanti aku pulak dituduh sebagai saspek utama. Selama aku hidup, aku tak pernah bunuh orang. Paling ganas pun aku pernah bunuh hempon Sony Xperia aku yang satu nie. Belum pernah sampai level bunuh orang lagi. Eh, apa aku melalut ni? pagi pagi lagi dah tak betul. Mesti sebab aku bangun dengan tergesa-gesa pagi tadi. Pecah laju pun tak sempat. Kesian tak aku? huu~ T^T


Sampai jer ofis, aku terus pasang laptop. Macam biasa, aku buka banyak tab. Aku buka facebook, email, porn site dan blog. Bila aku buka blog, macam biasa akan ada iklan yang menari-nari gangnam style ditepi. Aku tertarik dengan iklan mengenai pendermaan organ. Siesly, Im not a fan of derma organ. Mendengar jer perkataan 'derma organ', aku jadi kecut perut dan hilang rasa nak kentut. Sebab bila mana aku dengar perkataan tu, apa yang aku bayangkan adalah organ aku akan didermakan semasa aku masih hidup dan bernafas. Ya, memang betul ada pendermaan organ bagi orang yang masih hidup, tapi tak la sampai memudaratkan diri penderma tersebut. Imaginasi aku tu terlalu melampau sampai macam-macam yang aku bayangkan.

Tapi, ada jgak pendermaan yang dilakukan apabila kita dah mati a.k.a meninggalkan dunia. Masa tu nak buat apa pun tak guna, kita pun dah mati. Walaubagaimanapun, ada sesetengah organ dari badan kita yang masih boleh berfungsi dengan baik dan adalah lebih baik lagi wajar dan sepatutnya kita derma organ tersebut. Eh, kalau dah mati, macam mana nak derma? yea thats the thing. Sebab itu perlukan keizinan korang untuk berikrar menjadi penderma organ sebelum korang mati kelak. Kiranya takde problem aa dengan urusan nak dapatkan keizinan korang. Dengan itu, bila korang mati, mana-mana organ yang masih berfungsi akan disimpan dan dipelihara in case ada insan yang memerlukan.

Aku sarankan, jangan fikir mengenai jasad kita yang dah kita tinggalkan lepas roh kena tarik. Fikirkan mengenai dieorang yang lebih memerlukan. Kalau korang ditempat dieorang, sejauh mana korang akan pergi untuk selamatkan diri sendiri? lagipula dalam Islam, menderma organ nie hukumnya wajib (based on situation). Namun untuk situasi biasa, ianya harus. Tinggal korang nak tak nak jer lagi.

"derma la jantung kai I" -Miko-

Ok lah, tu jer apdet untuk pagi nie. Nak gi berak jap lepas tu jalan-jalan kat site. Babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...