Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Yang Pantas & Yang Mengganas

Satu perjalanan terakhir

"You think you could just leave without saying goodbye..?" -Brian O' Connor, Furious 7.

Semalam pergi menonton wayang bersama best friend forever (katanya) setelah seminggu lebih kemaruk untuk menonton filem aksi lumba kereta yang dinanti-nanti. Kekangan masa serta limitasi tiket wayang adalah punca agenda tersebut tergendala. Namun, kini sudah boleh rasanya menghembus nafas lega dan mengucapkan "selamat tinggal.." kepada siri The Fast & The Furious yang dibintangi oleh Vin Diesel dan (Mendiang) Paul Walker sebagai teraju utama. Untuk sekuel kali ini, segalanya disingkap dan dihubungkaitkan antara satu siri dengan yang lain termasuk Tokyo Drift yang mana sebelum ini (bagi aku), hanya bertindak sebagai stand-alone film (dimana Vin Diesel hanya muncul pada babak akhir, sebagai cameo sahaja).

"We could never outrun our past..."

Pepatah "barang yang lepas jangan dikenang.." nampaknya tidak relevan untuk sekuel kali ini. "Barang yang lepas" itulah yang menghantui Dominic Toretto serta La Familia nya kini. Dengan agen Hobbs terlantar dihospital ditambah lagi dengan kematian Han dan letupan berskala "kecil" dirumahnya (Dom) sudah cukup untuk memberi "pesanan" kepada Dom bahawa dia tidak akan pernah dapat meninggalkan masa lalu. Biarpun telah menjalani kehidupan yang berbeza yang "bersih", kini Dom terpaksa mengumpul kembali ahli dan kru nya demi untuk melaksanakan satu tugasan terakhir.

Dengan sentuhan James Wan memberi kelainan untuk sekuel kali. Aksi yang padat dan mencemaskan dengan lagak yang aku katakan sebagai "melentur hukum fizik hingga ke titik musnah". Bukan tidak masuk akal, cuma ianya bagaikan 0.1% kejayaan melawan 99.9% kegagalan. Bagaimana sebuah kereta berkelajuan tinggi memecut dan mampu menyeberangi antara dua bangunan pencakar langit dan bagaimana pula kereta boleh mendarat dengan jayanya setelah dijatuhkan pada altitud yang agak tinggi dari sebuah pesawat. Paling tidak, bagaimana mungkin memindahkan seorang individu dari sebuah kereta ke kereta yang lain melalui tingkap kereta (bukan pintu) sedangkan kedua-dua kereta tersebut bergerak secara bertentangan pada kelajuan yang agak tinggi. Logik atau tak, ianya tetap menjadikan filem ini menarik. Diselit juga jenaka dan satira (yang adakalanya hambar namun menjadi) untuk memberi sedikit "ruang" kepada penonton setelah mencerna dan mena'kul aksi-aksi hampir tidak logik yang dipersembahkan.

7 per 10 bintang, itu yang aku beri. Abaikan hampir ketidaklogikan filem ini, telan dan hadam sahaja kerana bagi aku, filem ini tak terlalu berat. Walau tak pernah menonton sekuel-sekuel yang lain, tidak akan banyak mengganggu penonton supaya menonton kembali sekuel-sekuel sebelumnya. Aku berpuas hati dengan sekuel ini. Boleh dikatakan ini merupakan satu penamat yang (walau bukan terbaik) cukup baik. Serta, bagaimana sekuel ini "mengisi" ruang kosong yang meminggirkan The Fast & The Furious: Tokyo Drift. Tak lupa juga, tribute istimewa diberikan kepada mendiang Paul Walker.

Ini apa yang aku dapat selepas menonton Furious 7 semalam:-

1) Aku tak perasan babak mana CGI muka mendiang Paul Walker digunakan (kecuali babak terakhir, semasa Brian dan Dom memandang satu sama lain didalam kereta yang sama kali pertama dua watak ini diperkenalkan).

2) Adakah Tony Jaa berlakon didalam filem ini?

3) Aku dah tahu siapa yang langgar Han.

4) "Shawn" hanya muncul secara cameo (babak terakhir Tokyo Drift, dan babak perbualan Shawn dan Dom selepas mereka berlumba).

5) Orang Arab gemarkan "parti" dan "emas".

6) Aku rasa Jason Statham "kurang" sesuai untuk watak yang beliau mainkan.

7) Aku masih tak boleh kaitkan siapa ketua wakil kerajaan Amerika (rujukan?) yang membuat perjanjian dengan Dom dengan syarat Dom harus dapatkan "Ramsey".

8) Hacker tidak semestinya nerd, berkaca mata, muka dipenuhi jerawat dan kurang keyakinan diri.

9) Fizik? tinggalkan diluar dewan @ panggung @ pawagam sebelum menonton filem ini.

10) Aku nak tonton "The Avengers: Age of Ultron" dan "Hitman" selepas tengok trailer berdurasi kurang lebih 5 minit.

Akhir kata, aku cadangkan filem ini untuk ditonton. Pastikan yang menonton tidak bawa budak-budak bersama. Kesian mereka yang masih tak berdosa serta minda yang masih dara dan perawan. Sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa lagi lain kali!

Isnin, 14 Oktober 2013

Semalam yang gilaaa

Jam dah 1:30 pagi. Dikala ini keadaan sekeliling memang sunyi sepi. Kentut pun boleh kedengaran 5km. Angin bertiup dingin. Terasa geli pabila bulu-bulu ketiak ditiup olehnya. Aku baru sampai rumah. Duduk setelah menghabiskan lebih kurang 11 jam untuk "unexpected plan". Gila. Sangat gila.

Semuanya bermula tengahari semalam apabila aku decide untuk lepak bersama Miss S dan membernya. Mulanya aku ingatkan lunch jer macam biasa, tetapi tak sangka member dia boleh plan something yang memang tak dijangkakan. Tak mustahil, cuma tak jangka. Dia ajak pergi ke Miri. Incase korang takde idea, perjalanan dari hometown aku, Bintulu ke Miri cincai-cincai pun makan 2 jam.

Plan asal adalah sebab nak tengok wayang. Yer, demi nak tengok wayang, kitorang sanggup. Sebab dekat hometown kitorang, tayangan pawagam adalah sangat bullshit dan tak up to date. Kalau ada pun cerita latest, hanyalah cerita cina local. Jadi, nak tak nak kena la pergi ke next best nearest hometown. Itupun 2 jam perjalanan macam yang aku mention tadi. Kitorang semua excited nak tengok Insidious: Chapter 2. Semangat dia lain macam sikit.

Bertolak dalam pukul 1:25pm (unofficially), kitorang sampai dalam 3:30pm. Sebelum sampai Miri, member Miss S ada call die punya cousin tanya ada tak showtime dan tiket untuk Insidious 2. Sebelum tu aku ada check online, yang ada pun 4:35pm. Tapi masa tu takde reply. Last-last kitorang sampai Miri dan masa tu cousin member Miss S pulak bagitau yang tiket Insidious 2 semua dah habis. Showtime hanya 2 kali jer dan dua-dua dah full. Seriously full. So, nak tak nak, memandangkan kitorang dah pun sampai Miri, kitorang decide untuk layan Escape Plan.

Showtime untuk Escape Plan pukul 6:30pm dan ada baki dalam 2 jam lebih masa tu. Lepas sampai, lepak-lepak kejap ditepian pantai. Snap-snap gambar lagi. Biasa lah tu. Lepas tu terus direct pergi mall, Bintang Megamall. Dalam tu buang masa jalan-jalan tengok apa yang ada till 6:30pm.

Then apa lagi. Gi tengok wayang laa. Aku tak tahu citer apa Escape Plan, tapi layan jer lah. Sylvester Stallone dan Arnold Shwarzernerger yang membintangi citer tu. Dah tua tapi masih lagi nak berlakon so jangan expect persembahan dieorang sama macam dulu. Itu first impression aku. Tapi overall, not bad. Cuma bagi aku its not re-watchable. Tengok sekali dah cukup. Aksi quite okay plus ada unsur humour dalam tu. Nak cakap pasal logik, aku boleh kata tak berapa nak logik. Kalau korang tengok, korang faham laa. Maksud aku tadi, main character tu macam sangat hebat. Hebatnya agak luar biasa. Ada banyak skill. Dia engineer, astronomer, marksman, genius, ntah apa-apa lah. Macam akal aku tak dapat terima. Walaubagaimanapun, nama pun dah cerita. Komen lebih-lebih pun tak guna. Cuma, kalau korang bosan dan sekadar nak hangout dengan member-member, citer ni boleh pakai.

Pukul 8 lebih citer ni habis. Keluar dari pawagam, kepala "hang" semacam. Tak la pening, cuma "hang" jer. Aku pun tak tau nak explain macam mana. Lepas tu gi kedai makan, isi perut jap. Ada la dalam sejam lebih spend masa kat situ. Till pukul 10 then terus jalan. Isi minyak dulu. Selebihnya 2 jam trip.balik.

Sampai rumah aku rasa macam tak sangka. Macam mimpi jer apa yang jadi. Cuma masalahnya aku tak bermimpi. Kalau mimpi pun, aku tak tau macam mana nak terjaga. entah-entah aku apdet entri ni pun dalam mimpi. Wakakakakakak.

Eh, dah lah. Mata dah ngantuk. Nak tido. Lain kali la sambung lagi. Till next time bebeh. Gudnyte!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 28 November 2012

Senjakala Memecah Subuh bahagian 2

Entri nie ditaip 2 hari lepas... tapi aku tak sempat nak publish... sorry~

So, malam tadi (rujuk diatas) aku pergi tengok wayang bersama Miss S dan bestest friendses foreveresnya, BFFs. Kitorang pergi menonton filem yang mengutip kutipan box office sebanyak (fill in the blank sebab aku dah lupa) semenjak ditayangkan tempoh hari. Secara keseluruhan, aku bagi filem nie rating 3/5 bintang namun atas sebab-sebab tertentu, aku up kan rating tersebut menjadi 3.5/5 bintang.

Jujurnya, bagi aku, nie merupakan sekuel terbaek dari kelima-lima sekuel yang dah ditayangkan. Mungkin sebab ini merupakan bahagian terakhir a.k.a finale filem ini. Ataupun mungkin sebab aku dah menonton kesemua sekuel yang ada. Ok, aku bukan peminat tegar filem ni mahupun kipas-susah-mati dieorang. Aku just layan jer for the sake of movie. Bagi aku, filem nih masih berada ditahap boleh layan laa. Even bermacam-macam kritikan pedas yang dah diterima. Well, haters gonna hate man. Biebers pun macam tuu jugakk. Still ramai jer beliebers nun diluar sana. Tak lupa juga kepada peminat KPop yang mengaku berasal dari planet Matoki. Right?

So, Breaking Dawn part 2. Kalau ini kali pertama korang menonton filem ni, jadi korang tak akan jadi seimpress mana. Unless korang baca novel laa. Tapi kalau dah layan novel, takkan tak layan filem kan? eh? ade ker macam tu?


Sambungan kepada Breaking Dawn part 1, kita tahu yang Bella dan Edward dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Renesmee. Namun begitu, Bella melalui saat-saat getir ketika melahirkan Renesmee. Kehilangan darah yang banyak sehingga mengancam nyawa Bella membuatkan mereka melakukan keputusan yang tak dijangka last minute.

Masa berlalu. Renesmee mula membesar dan mengalami tumbesaran yang agak unik. Dia membesar dengan cepat dan dikurniakan kelebihan istimewa. Kalau Alice boleh melihat masa depan melalui vision yang datang, Renesmee pula boleh tunjukkan memori yang dia dah lalui kepada sesiapa saja yang dia nak hanya dengan menyentuh mereka dengan tapak tangannya. Siesly, untuk sekuel kali nie, aku rasa macam tonton Xmen pun ada sebab kebanyakkan puntianak dalam sekuel nie ada kelebihan masing-masing. Ada yang boleh alirkan elektrik, boleh kawal elemen, boleh hilangkan pandangan dan pendengaran dan macam-macam lagi lahh.


Satu hari, kelibat Renesmee terkantoi dengan seekor puntianak, Irina dari puak Denali. Bukan kantoi kelibat mandi sambil berkemban mahupun beromen bersama serigala, tetapi kantoi pergi kutip salji. Irina saspek yang Renesmee merupakan anak abadi (immortal child) kerana rupa parasnya yang menawan. Ok, anak abadi nie merupakan anak hasil daripada hubungan dua ekor puntianak. Kiranya truly puntianak laa sebab puntianak yang lain mengalami tranformasi dari manusia jadi puntianak. Tapi immortal child adalah anak yang dilahirkan secara normal (normal bagi puntianak laa). Walaubagaimanapun, anak abadi nie dikatakan merbahaya dan membawa ancaman kepada seluruh puak puntianak yang ada. Sebabnya anak abadi tak mampu mengawal nafsu dieorang dan dipercayai gagal untuk menyimpan rahsia mengenai puntianak. Oleh itu, membela anak abadi adalah suatu kesalahan yang agak besar.

Kemudian, Irina report perkara nie kat Volturi. Motifnya kerana Irina geram dan marah serta tak puas hati atas pembunuhan ibunya suatu ketika dahulu. Sebab benda yang sama jugak, membela anak abadi. Well, kalau korang ada layan filem sebelum nie, for sure korang tahu siapa dia Volturi. Senang nak faham, Volturi nie merupakan puntianak Diraja (Royal Vampire) diketuai oleh Aro dan dieorang ni sangat kuat dan dah hidup lama. So, kesemua puntianak (kebanyakkannya) seluruh dunia (cewah!) terikat dengan peraturan dan perundangan Volturi. Termasuk jugak The Cullen. Dan menjaga hal ehwal puntianak dah menjadi tanggungjawab dieorang.

Disebabkan oleh dakwaan Irina, The Cullen berada dalam bahaya. Alice mendapat ramalan yang Volturi akan datang membuat siasatan apabila "salji mula melekat". Volturi nie terkenal dengan ketegasan dieorang. Menentang Volturi bermaksud mati. Dieorang nie sangat akur dan patuh pada peraturan dieorang. Sekiranya dakwaan Irina benar, Renesmee akan dibunuh. Dan jika sebaliknya, Irina pula yang akan dibunuh. So, korang dapat tak bayangkan betapa not so gentlenya Volturi nie.

Jadi, The Cullen cuba untuk mengumpul seberapa banyak puntianak yang ada untuk berdepan dengan Volturi. Bukan untuk berlawan, tetapi sebagai saksi. Bertujuan untuk meyakinkan Volturi bahawa Renesmee bukanlah seperti yang didakwa. Dieorang percaya, lagi ramai saksi, bertambah yakinlah Volturi bahawa dakwaan itu salah. Dieorang kumpul puntianak seramai yang mungkin. Kebanyakkannya terdiri dari kenalan-kenalan lama. Ada yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang dari India, Amazon, Russia, Scotland, Malaysia (eh?) dan bermacam lagi.


The Cullen akhirnya berjaya mengumpul seberapa banyak saksi yang diperlukan untuk meyakinkan Volturi. Semakin hampir tiba dengan masa yang diramalkan oleh Alice, Alice dan Jasper pulak hilang, melarikan diri atas sebab-sebab yang tak pasti. Ini agak mengejutkan keluarga Cullen tetapi plan masih lagi berjalan seperti yang dirancangkan.

Akhirnya...


Opps! aku rasa dah banyak dah yang aku spoil dalam entri nih. Kalau nak tahu kesudahannya, kene la tonton sendiri kat wayang. Tak pun download, ataupun live stream dan... eh, ikut suka korang lah nak tengok macam mana. Tapi, ingin aku nyatakan kat sini. Akan ada fight scene antara Volturi dan pakatan The Cullen. Sebab fight scene nie laa aku upkan rating. Heheh. Siesly kalau takde, sumpah tak best citer nie. Ye laa, banyak scene cakap-cakap, romen, dan ehem ehem. Betul, tak tipu.

So, bagi yang belum tonton lagi Breaking Dawn part 2, sila laa tonton. Tak kesah aa korang ni fan twilight atau tak. Especially to those yang suka menonton wayang. Bagi aku, berbaloi aa beli tiket untuk tonton filem nih.


One question, kepada korang yang dah tonton. Aku nak tanya, kenapa Bella marah sangat dengan Jacob awal-awal scene tu? any idea? aku blurr aa. Even aku tanya Miss S, dia pun kata dia blurr jugak. Tak faham apa yang berlaku. Please someone bagi pencerahan kat kitorang. Huhu~

Rabu, 31 Oktober 2012

Looper

Might contain spoiler

Hari nie aku nak citer pasal Looper. Korang yang dah tengok, diam-diam jer ah. Shhh. Aku nak spoil bagi yang belum tengok lagi.

Face your past, fight your future

Looper, dari nama tu agak-agak apa yang bermain difikiran korang? aku masa first time dengar tajuk nie aku  terus luper, tak ingat ape-ape. Heheh. Siesly, memula aku ingat filem nie pasal orang yang ada power boleh lompat-lompat. Ye la, loop la katakan. Itu yang aku sangka.


Apa yang bestnya pasal filem nie, intro die jer dah tunjukkan apa itu Looper. So, better fokus lebih diawal citer sebab kalau korang miss, korang tak kan tahu dan faham amende Looper nie sebenarnya. Bila tengok opening scene, aku terus ingat kat Jumper. So, Looper nie macam Jumper laa. Thats what i thought, tapi bukan sebenarnya. Tidak sama sekali. Dua kali ataupun tiga belas kali pun tidak.


Tahun 2044, Amerika Syarikat mengalami kemerosotan ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya masalah sosial yang teruk serta meningkatnya jenayah terancang. Lebih teruk lagi, 10% dari populasi masa tu memiliki TK, iaitu kuasa telekinesis (seperti yang dimiliki oleh Jean Gray dalam X-Men). 2074, mesin masa telah wujud namun penggunaannya diharamkan. Masa tu jugak, teknologi dah maju. Sistem pengesanan badan pun dah ada menjadikan ianya sesuatu yang agak sukar dan hampir mustahil laa bagi penjenayah untuk menghapuskan orang yang mereka nak hapuskan secara rahsia. Jadi, disini laa looper memain peranan.

Looper nie sebenarnya pembunuh upahan (pada tahun 2044) yang dibayar dengan perak (silver bars) yang diikat pada mangsa yang mana mangsa sebenarnya dihantar dari masa depan (2074) yang ingin dihapuskan oleh penjenayah. Senang nak faham, looper nie adalah satu profesyen. Kerjanya bunuh orang dari masa depan dan dapat bayaran secara tunai yang diikat pada mangsa. Faham setakat nie?

Joe Simmons (Joseph Gordon-Levitt) merupakan seorang looper milik sebuah kompeni Mafia di Kansas. Die punya bos, Abe dihantar dari masa depan dan dia ada seorang awek, Suzie yang mana dia selalu luangkan masa bersama. Part tu aku tak nak cerita lebih, lets cut it short. Satu hari, rakannya Seth, juga seorang looper sedang melarikan diri dari Gat Men. Gat Men ni merupakan sekumpulan orang yang diupah untuk mengawal loopers. Seth melarikan diri kerana dia teragak-agak untuk membunuh sasarannya yang mana dia tahu masa tu merupakan dirinya sendiri dari masa depan, 30 tahun dari sekarang. Gagal untuk membunuh target atau sasaran bermakna mati untuk diri sendiri. Sebab tu Gat Men cari Seth untuk dibunuh kerana membiarkan sasarannya terlepas, dalam kata lain, tak mati.

ok, muke die tak sama
Joe sembunyikan Seth diruangan rahsia ruang tamunya yang tersembunyi dibawah karpet. Ruang tu sebenarnya tempat Joe simpan sebahagian dari silver bar yang dia ada. Mulanya Joe tak buka  mulut mengenai Seth dan cuba melindunginya apabila dia dibawa berjumpa dengan Abe, namun terpaksa khianati Seth setelah diberi pilihan samada beri Seth atau separuh dari silver bars yang dia ada. Kumpulan Mafia tu pun tangkap Seth dan mula menderanya yang mana memberi implikasi dan kesan kepada Seth dari masa depan (yang berjaya larikan diri tadi) dan akhirnya dibunuh oleh Kid Blue, salah seorang dari Gat Men yang cuba nak membuktikan dirinya kepada Abe.

Sebelum Seth yang muda mati, ketika melarikan diri ke rumah Joe, dia ada bagitahu yang Seth dari masa depan ada citer mengenai Rainmaker, seorang lelaki yang mengambil alih kuasa Mafia dimasa depan. Namun, dimasa depan, Rainmaker merancang untuk menutup loop dengan cara menghantar looper dari masa depan dan bagi kepada diri mereka sendiri, 30 tahun yang lalu.

Nak dijadikan cerita, Joe juga tak terkecuali. Dia telah ditugaskan untuk membunuh Joe (Bruce Wills) dari masa depan. Namun, Joe yang lebih tua berjaya meloloskan diri. Later on, kedua-dua Joe berjumpa disebuah kedai makan, tempat favourite Joe dan order menu yang sama. Joe yang tua memberitahu Joe bahawa Rainmaker menghantar dirinya untuk dibunuh dan pada masa yang sama, isteri (joe tua) telah dibunuh in the process. Jadi, Joe tua menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lalu dan merancang untuk membunuh Rainmaker yang masih kecil. Pertemuan kedua-dua Joe jadi lebih teruk apabila Gat Men muncul dan end up dengan kedua-duanya melarikan diri, membawa haluan masing-masing.


Sebelum melarikan diri, Joe sempat mengambil peta milik Joe yang tua dan akhirnya membawanya ke sebuah rumah ladang milik Sara (Emily Blunt) yang tinggal bersama anaknya, Cid. Joe ceritakan semuanya kepada Sara dan kemudian menawarkan diri untuk melindungi Sara dan Cid, sekaligus membunuh Joe yang tua sekiranya dia memunculkan diri.


Dan lepas tu...

Opps! terlalu banyak dah yang aku spoil. Tinggal korang nak tengok lagi 30 menet. Heheh. Sies, bagi aku citer nie best & layak mendapat cop tonton-again. Rasa nak tengok lagi arr. Korang yang minat sci-fi harus tonton citer nih.

Ahad, 28 Oktober 2012

Hujan, Looper dan Sugarbun...

Well, hari ini aku happy. Boleh senyum sampai ke telinga rasanya. Hehe. Rasa macam nak mintak masa merangkak jer tadi, tak perlu nak berjalan sebab kalau boleh aku memang nak menikmati setiap saat tadi. Huhu~

Memula tu hujan turun mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. Macam tak nak berhenti pun ada. Langit pulak gelap. Dah hampir-hampir jer aku nak call Miss S, cancelkan plan. Tapi masa tu aku terfikir gak, ape jadi kalau hujan berhenti? rugi aa kalau cancel. Kene tunggu next week laa kalau nak jumpe lagi. Plus mase tu aku dah pun beli tiket wayang, filem Looper. 2 seat. Takkan nak burn macam tu jer kott. Lagi pulakk, sebenarnya aku rindu dengan Miss S. Frust laa kalau tak dapat nak jumpa. Huu~

Walaubagaimanapun, ibarat bait lagu nyanyian Andy Grammer "only rainbow after rain", aku masih percaya dan menaruh harapan. Masa tu lagu Hyper Act, Harapan pula menerpa. Ceis! "think positive Mizi, think positive". Aku masih lagi bertekad dengan plan aku. Akhirnya selepas bertarung ego dengan hujan, hujan pun mengalah. Ade laa dekat sejam aku menunggu dan menunggu. Dah macam-macam tarian aku buat. Shuffle, gangnam, poll dance, zapin dan macam-macam lagi lah.


Lepas hujan berhenti jer, aku terus pecut ke rumah Miss S. Masa tu hari tak macam hujan tau tak. Panas jerr. Langit yang mendung tadi entah hilang ke mana. Mungkin dah balik rumah, tido. So, plan pun berjalan seperti biasa.

Ada dalam sejam setengah gap sebelum Looper start. Kitorang pun jalan-jalan sambil menunggu. Gi minum jap sebab mase tu tekak aku memang dah kering giler. Overheat rasanya. Dah laa demam aku baru jer nak okay. Masa kat kedai tu rasa annoying sikit laa sebab waiter/pelayan kedai tu tak berapa nak faham bahase. Aku order white coffee sejuk tapi die bagi aku panas pulakk. Lepas tu bila aku komplain, boleh gak die inform dengan tukang buat air tu yang aku nak air suam. Padahal yang mintak suam tu, Miss S. Tapi dengan Miss S, die bagi ais pulakk.

Lepas tu kitorang direct gi wayang. Nak aku citer pasal Looper ker? takyah laa ek. Lain kali aa. Nanti panjang sangat entri nie. Bosan pulak korang baca. Apa yang boleh aku kata, Looper ni boleh tahan laa, not bad. Cuma pengenalan watak tu aku agak blurr. Maybe next entri aku try buat review, ok?


Abis jer tengok wayang. Perut pulak terasa lapar. Tak laa lapar mana ponn. Just mintak diisi jer. Aku rasa Miss S yang lapar. Sampai tiga... hurmm.. korang tengok gambar aa senang citer.

seriously??

Dah upload dah Miss S. What say you?

Ahad, 7 Oktober 2012

Resident Evil Retribution

Seperti yang dijanjikan.

Semalam aku janji nak buat review mengenai filem Resident Evil : Retribution nih. Tak sempat buat semalam sebab aku mengantuk. Bila bangun tido jer aku terus calling calling bersama Miss S, so tak sempat lah nak update. Jadi pagi ini aku gunakan masa yang aku sepatutnya spend untuk berak semata-mata nak bagi review update ini buat korang semua. Bagi korang yang sedang membaca nie, silalah rasa terharu dan janganlah segan silu menekan iklan Nuffnang dibahagian kiri blog ini ok? opps! terlepas cakap laa pulakk.

Resident Evil : Retribution

Resident Evil : Retribution, filem yang kelima dalam siri Resident Evil. Ianya selepas Resident Evil : Afterlife. Secara jujurnya, bagi siapa yang tak pernah menonton sekuel filem ini tak akan dapat nak tangkap apa yang berlaku sepenuhnya. Sebab dalam filem ini banyak imbas kembali. Malah, watak didalam filem ini pun banyak yang "dihidupkan" semula. Korang mungkin akan rasa agak blurr terutama sekali mengenai latarbelakang watak dan siapa dieorang sebenarnya.


Baiklah, rasanya aku tak perlu cerita sinopsis filem nie sebab aku tak nak spoilkan korang yang belum tonton lagi. Walaupun aku rasa aku mungkin akan ter-spoil sedikit tapi percayalah, aku cuba kurangkan spoiler okay.

Secara keseluruhan, filem ini bagi aku agak tergesa-gesa. Intronya sahaja yang agak lama atau boleh aku katakan, terlalu lama dan membuatkan permulaannya terasa agak kusam dan bosan. Walaubagaimanapun, elemen kejutan berjaya menghidupkan permulaan filem ini (opps! ter-spoil laa pulak). Aku sarankan kalau yang nak lebih thrill, sila tonton filem ini dalam format 3D. Tak berbaloi tapi lebih baik dari tonton 2D. Sekurang-kurangnya korang akan lebih layan kesan khas 3D tersebut. Dipertengahan cerita, semuanya terasa sangat cepat. Bagaikan tak dirancang dengan teliti. Terdapat banyak lompatan dari satu scene ke scene yang lain. Agak sukar nak tangkap apa yang berlaku. Sebab dalam filem ini, scene dibahagikan kepada dua. Satu dimana scene antara Alice dan Ada Wong melarikan diri dan satu lagi scene freelancer group, diketuai oleh Leon S. Kennedy dalam usaha untuk menyelamatkan Alice dan Ada. Aku suggest gak korang yang plan nak tonton filem nie, sila lekatkan mata pada skrin sebab korang tak nak miss some part yang akan buat korang garu-garu kepala dan bontot tanda tak faham dan mula tanya orang kat sebelah apa yang berlaku.

"Kita nak ke mana nie?..." "Tangkap ikan..."

Apa yang aku tak dapat nak terima, setiap kali fighting scene ataupun scene tembak menembak, semuanya bagaikan slow-motion. Ya, aku tahu dieorang nak kasi impak 3D tu tapi agak-agak laa. Aku rasa macam main high end game dalam komputer yang lama. Terasa "lagg" disatu dua scene. Boleh dikatakan agak "sakit mata" sebab otak dan mata aku tak sync every time berlakunya scene-scene tersebut. Sebagai contoh, scene Alice berdepan dengan sekumpulan zombie jepun (Tokyo simulation). Masa aku tengok tu aku macam "dafuqq?!". Dah la fighting movement macam tahi. Seolah-olah bila korang tengok, korang akan kata "perlu ker die buat macam tu?". Banyak pergerakan yang macam mustahil nak buat tapi bila buat macam lebih buang tenaga dan tak patut dibuat. Aku tak tau nak explain macam mana. Better lagi buat macam biasa, just shoot their goddamn brain. Aku lebih suka itu. Nie tak, sampai lompat sana, slide sini, pusing-pusing rantai, reload pistol (nie paling impossible bagi aku) dan macam-macam lagi lah.

Jackie Chan, is that you?

Oh, tak lupa juga kepada kesan bunyi serta background music. Bila masuk scene berlawan, muzik yang dipasang sangat lah tak sesuai. Aku tak nak tau laa tapi macam tak kena, ok. Ianya membuatkan scene tersebut jadi tak best. Sound effect dah okay cuma tinggal muzik saja lagi. Kalau tak percaya, korang tengok filem aksi yang lain yang ada pasang muzik untuk fighting scene. Elemen tersebut agak penting ok sebab kalau tak cun, akan jadi macam dalam Retribution nie lah. Sungguh tidak the veghy sesuai.

Aku assume ramai yang anggap RE ini adalah filem berkisar mengenai serangan zombie. Disini aku ingin ingatkan korang yang RE bukan mengenai zombie. Maksud aku, ianya lebih kepada serangan biohazard atau virus. Dari virus itu, manusia yang ter-infected akan mengalami mutasi dan yeah, some of them jadi zombie. Sebab badan dieorang dah mati tapi otak masih berfungsi cuma tak ada akal jer. Tapi ada sesetengah dari dieorang akan mengalami mutasi yang berbeza, mungkin disebabkan virus yang berbeza atau badan dieorang memang memberi tindak balas macam tu dan akhirnya ada yang sampai jadi besar, takpun tangan besar atau dalam mulut ada something yang keluar and so on.

"Baguslaa semua anak-anak dah tido. Mak nak beli beras jap."

Ok, aku rasa sampi nie jer review aku kali nie. Maaf kalau aku tak bagi detail sebab macam aku cakap tadi, tak nak spoilkan mood korang. Aku bagi point-point penting jer. Walaubagaimanapun, bagi korang yang dah layan siri RE nie, aku sarankan korang tonton Retribution kalau nak tahu, apa jadi dengan Alice. Bagi korang yang nak have fun pun boleh gak layan filem nih. Make sure korang layan 3D to dabel the fun. Filem nie tak berat sangat, cuma flashback tu yang banyak buat korang garu bontot. Bagi aku, filem nie still ditahap masih boleh layan.

Dah lah, sampai nie jer ok. Aku nak gi pecahlaju. Perut dah mintak diisi. Bye~





"This is humanities last stand. The beginning of the end." - Albert Wesker.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Sienna Guillory

Nice!

Petang tadi, aku baru sahaja selesai menonton Resident Evil : Retribution. Overall, bagi aku citer tersebut masih ditahap boleh layan eventhough ramai yang komplen cakap tidak memenuhi citarasa kipas-susah-mati siri Resident Evil. Mungkin ya, dalam sekuel kali ini banyak karekter lama yang dihidupkan kembali dan tak lupa juga karekter baru (dari francais permainan RE) seperti Leon S. Kennedy dan Ada Wong. Secara jujurnya, Leon didalam filem ini tak seperti yang aku expect. Aku tak into permainan video RE ini sebenarnya melainkan RE:4 sahaja. Sebab itu aku mengharapkan sesuatu daripada Leon (lakonan John Urb) apabila dapat tahu yang karekter Leon akan diserapkan didalam sekuel kali ini. Namun, tak menepati piawaian yang aku tetapkan. Hurm.

Sebenarnya aku plan nak buat review pasal filem nih. Tapi memandangkan aku mengantok tahap cipan, jadi aku plan nak buat review untuk update seterusnya.

Walau apa pun...

dia ini...
Panass~

Bangun pagi...

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Minum milo, makan maggi. Eh? wait wait wait. Bangun pagi? dah. Gosok gigi? belum. Cuci muka? pun belum. Apatah lagi mandi. Nak buat milo dan maggi pun rasa malas lagi nie. Aishh!! kan indah kalau ada yang tolong uruskan. Ok, aku mula menggatal nak berbini. Kalau perangai macam nie, layak ker? perangai serupa ungka. Cuma bezanya aku bangun awal, ungka bangun bila lapar jer.


Bangun awal, duduk depan laptop dipagi hari. Tangan mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sebelah lagi klik sana klik sini. Mata melilau lilau kanan dan kiri. Tapi, tak tahu lagi apa yang dicari.

Macam biasa bukak fesbuk, blog dan email. Nak check apa yang patut dan post status yang buat orang muntah hijau diawal pagi. Oh, indahnya dunia. Apsal rasa best sangat hari nie? oh, aku tak kerja. Lalalalalala~

Dah lah, nak mandi dan uruskan apa yang patut lepas nie. Plan dengan kazen nak tengok wayang dipetang hari. Harap-harap laa jadi. Nak tengok cerita zombie. Hehe~

Nak tengok cerita nie. ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...