Memaparkan catatan dengan label kepercayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepercayaan. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2016

Setiap pertemuan ada...?

<p>Dua hari lepas aku jumpa kawan baru, Tony. Orang kata setiap pertemuan itu ada hikmahnya. Aku tahu mesti ada sebab mengapa aku dipertemukan dengan Tony, dan pastinya bukan kerna cinta. Mana mungkin aku boleh jatuh hati pada Tony sedangkan hati aku dibawa oleh kekasih hati *uhuk uhuk* (dibaca: Miss S). Lagipula, bukankah Tony nama seorang laki-laki? bagaimana mungkin terbitnya perasaan cinta dicelah itu. Dan yang paling penting sekali, above all and everything, Tony adalah seekor cicak. Ya, cicak. Ada masalah? kalau tak ada, teruskan baca.</p><br>

<p>Tony, cicak yang terkurung didalam botol Pepsi Twist bersaiz besar merupakan satu penemuan yang mikro-memeranjatkan aku. Nampak tak aku guna perkataan "mikro" disitu? maknanya aku terkejut pada skala yang teramat kecil sekaligus membuktikan aku bukanlah seorang yang penakut. Dikala itu, aku diberi dua pilihan. Pertama, kutip botol tersebut dan throwfront far-far away dan yang kedua, gunakan peluang ini mengenali dengan lebih dekat binatang yang dipanggil dengan panggilan mesra, chee-chak. Pada saat dan ketika ini, mengetahui aku bukanlah seorang penakut, sangkaan kamu semua memang tepat. Sudah semestinya aku memilih pilihan yang kedua. Aku jalankan beberapa eksperimen ke atas Tony disamping membuat pemerhatian dengan lebih dekat ke atas beliau.</p>

<p>Ouh, kenapa "Tony"? ya, soalan ini sangat menarik untuk dijawab. Well, sejujurnya nama tersebut datang dengan sendirinya. Beberapa bilion sel otak aku bergabung dan auto-generate nama tersebut. Itu pun, dikala itu, aku pun tertanya soalan yang kamu semua tanya tadi. Kenapa "Tony"? kenapa macam familiar nama tersebut? tak semena-mena, 3 saat kemudian aku teringat akan "Anthony Stark" a.k.a Ironman. Tony itu juga bernama "Tony Stark" namun, bunyi "Stark" sahaja sama akan tetapi ejaannya adalah S-T-U-C-K (pun intended).</p>

<p> Rasanya, tak perlulah aku cerita dengan terlalu detail disini, eksperimen apa yang aku lakukan. Kalau aku cerita, sudah tentu kamu semua fikir aku seorang yang gila mahupun seorang freak. Apatah lagi kalau lihat sendiri apa yang aku telah lakukan. Urghh. Kasihan juga dengan Tony. Namun, semuanya seperti sudah terlambat. Aku kejam. Maafkan aku Tony...</p>

<p>Tak adalah. Aku bergurau sahaja. Tony tak mati pun (jikalau kamu semua fikir Tony telahpun aku bunuh). Tak, aku tak bunuh dia. Aku tiada bakat seorang pembunuh. Rupa lagilah tiada. Siapalah diriku ini untuk membunuh cicak yang tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi denganku. Pun begitu, aku ada google laa sedikit sebanyak mengenai spesis Tony. Dari kajian itu, aku boleh kata aku kagum dengan Tony dan tak sangka banyak lagi fakta yang aku tak tahu mengenai spesis beliau sungguhpun spesis mereka memang sudah biasa berlepeseran dikawasan luar rumah terutamanya pada waktu malam. Kalau kamu nak tahu, kamu google lah sendiri. Tidak ohsem lah kalau aku cerita disini. Lagi juga, ini jari suda penad taip ini yentri. Sakid woa~</p>

<p>Wokaylah. Dilainkali sambung lagi. </p>

<p>I you like,
Please click Like,</p>

<p>Haa... pantunnn.

Selasa, 1 Disember 2015

Tak gembira...

Harini aku tak mampu nak apdet panjang-panjang. Iya hari ini 1hb Disember. Kepada yang wish sempena ulang tahun hari lahir, terima kasih aku ucapkan.

Malangnya... sekarang aku tak gembira. Aku tak suka nak macam nie sebenarnya tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa down. Mood aku hilang. Aku keliru.

Sorry, aku tak dapat nak carry on lagi. Aku benti setakat nie. Maaf!

Isnin, 30 November 2015

Kembali Kepada-Nya...

Baru nie tadi aku layan Whatsapp. Buka group family, ada 3 post belum dibaca. Uncle aku share something, pertama sekali mengenai berita Pak Yus meninggal dunia. Al-Fatihah buat allahyarham. Dikatakan meninggal disebabkan oleh sesak nafas dalam perjalanan pulang ke rumah. Surely berita nie viral dan semua dah maklum.

Post yang kedua nie pun aku yakin dah pernah viral sebelum nie. Cuma, mungkin ada yang sama kes macam aku. Dulu rasanya pernah member share dalam group. Aku tak ingat siapa dan dari group mana. Biasalah kalau dah berwhatsapp, mana mungkin cuma ada satu group jer. Tapi masa tu aku tak ambil kisah dan tak berani nak buka video (post ketiga adalah video untuk post kedua tu laa). Sekarang baru aku nak terhegeh-hegeh ambil tahu. Tak sengaja sebenarnya buka. Heheh.

So, ianya mengenai KOS. Tahu? aku bukan cerita pasal kos/kewangan/cost/costa rica. Bukan! tapi mengenai Kristian Ortodoks Suriah / Syria. Tak tahu? haa... jom baca.

Oleh kerna aku baru tahu, jadi pengetahuan aku terbatas. Feel free kalau nak share lebih lagi (bagi yang tahu). Aku hanya share as brief as I could. Dan betulkan aku kalau aku salah. Okay? alright. KOS, Kristian Ortodoks Suriah (Suriah nie Syria laa) berdasarkan apa yang aku baca sebenarnya dah pun lama ujud. Pun begitu, dalam lingkungan tahun 2009-2013 KOS nie mula dikenali. Ajaran ini berleluasa di Indonesia (based on my info, okay?) tetapi sebenarnya jika diselusuri, datangnya dari India. Asalnya ya, probably Syria. Sebab nama ajaran pun ada nama Syria (nak kena cari info lagi nie).

Tak apa, yang penting aku share mana yang aku tahu. Pertama sekali, ajaran ni mirip Islam. Dari segi penggunaan istilah, cara beribadah, sembahyang mirip solat kita, cara pemakaian, puasa, zakat dan sebagainya. Cuma perbezaannya pada pegangan tauhid. Mereka masih lagi Kristian (Hence, nama ajaran bukanlah Islam Ortodoks. Durhh~) dimana berpegang kepada konsep Trinity. Lagipula, mereka menganggap Jesus/Yesus/Isa ibnu Maryam a.s sebagai tuhan (anak tuhan) sedangkan kita menolak sama sekali pegangan tersebut.

Kalau tengok vid (malangnya aku tak dapat tepek kat sini, mana yang ada terima video viral tu, dapatlah tengok), suasana memang macam dalam gereja. Ada sorang lelaki (pakaiannya... aku tak tahu nak komen macam mana. Something about pemakaiannya) sedang membaca ayat dari kitab dieorang. Macam bacaan dari Al-Quran since dieorang guna bahasa Syria kuno (macam Arabic laa bunyi nya. Tak silap aku Armenia something laa). Diiring pula dengan alunan biola serta few other instrument (siap ada koordinator lagi) dan ada audience yang pada masa yang sama juga memegang kitab masing-masing dan mengikut bacaan lelaki tadi. Oh, dieorang bermula dengan basmallah (ini bukan typo, harap boleh faham). Serius meremang rasanya bila tengok. Serasa luar dari kebiasaan aku.

Bila fikir balik, buat aku rasa malu pun ada. Sebab mengaku diri Islam tapi tatacara hidup tak macam seorang muslim yang sejati (muhasabah diri). Bila melihatkan keadaan macam nie, seolah boleh motivate kembali ke jalan-Nya. Sebab kita dah pun dipesan oleh Rasulullah S.A.W untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnahnya. Ya Allah. Dan sebab tu jugak, aku share. Aku rasa tergerak hati nak kongsi. Sekadar peringatan. Mungkin korang tahu, mungkin juga ada yang tidak. Mana yang belum tahu, aku harap sekarang korang dahpun tahu. Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh kaji sendiri.

Alright. Till next time.

Selasa, 7 April 2015

Motivate enough?

This is from "Twitter-verse" (reference to 21 Jumpstreet)

Pagi ni berazam untuk jadi produktif. Lebih baik dari semalam, semestinya. Namun, pagi dimulakan dengan melayan susurmasa rangkaian sosial, Twitter. Siapa-siapa yang ada akaun Twitter, kalau sudi dan berminat nak follow aku, boleh search @mijiey89. Mentioned aku dan aku cuba jadi se-responsive yang mungkin. Baiklah, tak nak taip panjang-panjang pagi nie. Kita ringan-ringan jer okay?

Nak kongsi tweet yang bagi aku boleh memberi sedikit kekuatan dari segi motivasi supaya kita sentiasa dijalan-Nya.

Here it goes (credit to iMim @SyamimMansor for this tweet):

"Allah tak janji yang belajar 24 jam jadi pandai.

Allah tak janji yang kerja siang malam jadi kaya."

"Dia cuma janji siapa solat, dia Berjaya."

image credit to google
Agak deep untuk difahami? rasanya tak lah kan. Much more to self-explained dan direct meaning. So, diharap engkorang yang membaca nie boleh uplift (even a bit) dalam menjalani hari-hari engkorang. This is atleast what we need, siraman motivasi setiap hari so that we'll keep on the right track. Alright. Done!

Till next time folks.

Assalam alaikum...

Khamis, 2 April 2015

Mr. Perfect 100%

Mohon bagi yang tertarik membaca entri ini tidak menaruh harapan untuk membaca entri berkaitan GST.

Setiap hari akan ada paling kurang 1 - 4, 5 & 6 email akan masuk ke dalam peti masuk. Bukan nak mengata diri ini femes mahupun sekacak Izzue Islam *ehem*, akan tetapi rata-ratanya adalah email yang disubscribe dari aplikasi pihak ketiga. Bermakna email bukan diatas niat sendiri pihak penghantar, akan tetapi kerana aku sendiri yang merayu dan meminta untuk sekelumit email setiap hari. Yes, daily if I had to speaking in this very so penjajah language.

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak dan tiga belas menjak menjadi single atau dalam erti kata lain, aku pun tak tahu apa status relationship bersama Miss S, aku telah mendaftarkan diri dalam aplikasi TWOO secara suka-suki. Hanya 2% sahaja niat dalam diri untuk benar-benar mencari cinta yang suci lagi fair & lovely. Ya, sebab aku tahu tiada harapan sebenarnya mencari cinta menerusi aplikasi sebegini biarpun aplikasi tersebut direka atas tujuan menyatukan dua hati menjadi satu, menemukan si teruna dan si dara bahkan mungkin ada segelintir yang tidak akan bersetuju dengan aku dan percaya bahawasanya Mrs. Innocent akan berjumpa Mr. Perfect melalui aplikasi ini. Tak mengapa. Ikut masing-masing kerana setiap insan berhak untuk memiliki pendapatnya sendiri. 98% lagi, aku hanya ikut serta tanpa expect apa-apa (seperti aku kata tadi, suka-suki purpose only).

Bilamana setiap email masuk, aku akan semak dan baca. Kebiasaanya, email yang bertandang adalah dari kaum Hawa yang juga berstatus single mingle. Sebab aku dah set hanya nak kenal kaum Hawa sahaja. Aku tak cenderung untuk menghamparkan cinta kepada kaum sejenis. Tapi ada dari kaum sejenis yang menambah aku sebagai rakan mereka. Itu bukan masalah. Bagi aku mereka ikut serta atas dasar menambah kenalan alam maya yang mungkin akan hanya ditegur sekali se-millenia. Like I've said, setiap orang ada pandangan mereka sendiri. Up to you my friend, I am friendly don't worry.

Kebanyakkan kaum Hawa yang mana aku baca intro mereka adalah dari purata umur 20an. Itu normal, hatta aku sendiri masih lagi muda rumaja. Kau yang baca nie, jangan nak tergelak cecah lantai, cukup sekadar tersengih macam kambing sudahlah. Apa yang menjadi isu (bukan masalah siapa-siapa, sekadar nak dijadikan bahan sahaja), hampir semua mereka mencari lelaki yang boleh aku katakan 100% Mr. Perfect.

"Heyy, macam lah lelaki tak expect something yang sama! so what...?"

Okay, hang on there. Yes, lelaki juga begitu even tak sedar diri bagaikan ungka. Aku tak nafikan. Akan tetapi, perlukah ianya menjadi sesuatu yang ketara? I mean, it's way too obvious okay. "Susahnya mencari lelaki yang jujur..", "mencari Imam untuk dibawa ke syurga Firdausi..", "Kenapa la lelaki sekarang ni semuanya buaya..?". Whoa~ opp!! opp!! guys, chillax. Aku juga lelaki. Tercabar juga hormon kelelakian aku bila terbaca intro mereka. Apa ingat dieorang layak untuk lelaki tersebut? come on lah. Tak pernah dengar kata-kata "nobody is perfect..." ker? atau tak faham bila baca quote tersebut?

One way or another, this goes to us all tanpa mengira lelaki atau perempuan, cikaro atau pondan, mak limah atau Johan (bukan nama sebenar), be a realist. Cerminkan diri terlebih dahulu. Aku sedar, selaku lelaki yang kurang kacak sikitttt dari Izzue Islam, perkara ini harus menjadi par atau level kita. Kita sendiri tahu baik dan buruk kita, kita sendiri lah yang terbaik mengukur tahap diri kita sendiri. Jadikan diri sempurna (atau hampir sempurna, jika kesempurnaan yang dicari) barulah nanti akan ada insan yang dihantar oleh ilahi untuk menjadi pasangan sehidup semati. Ye la, cakap macam pakar cinta, padahal dah kene friendzoned. Aku sedar lah. Engkorang jangan nak kata aku. Aku nangis kangg. Haaa.

Dah lah. Cukup sampai sini. Aku nak kena gerak dulu. Perut dah mula memulas ibarat seluar jeans yang dibilas. Auuww~

Till then, bye! assalammmm~

Selasa, 11 Mac 2014

Komen yang membina...sa..?

"I used to able to find good info from your articles.."

"Your style is very unique compared to other folks..."

"Very nice article, totally what I needed..."

Pergh!! bila baca komen diatas, terasa kembang kempis hidung seolah-olah entri yang ditaip sangat menusuk kalbu, menerpa minda dan mengubah persepsi para pembaca. Namun itu hanyalah sekali imbas. Imbas kali kedua, tepek dahi sampaikan bergegar otak mengakibatkan beberapa sel yang berhubung, terputus, disconnect dan mati serta merta. Ya, komen-komen diatas adalah wujud didalam blog ini namun sebagai para pembaca blog, adalah wajar untuk engkorang semua ketawa terbahak-bahak dengan maklum balas diatas.

Kenapa daa semua komen tu masuk spam folder??

Dah nama pun spam. Masuk blog ni, blog itu, blog oh! bla bla bla dan sebagainya, tuuuu jugak yang dieorang komen. Entah manusia entah tidak yang mengomen tu. Jikalau laa komen-komen itu semua datang dari insan sejati, sungguh terasa dihargai diri ini. Cett!! la ni jugak nak bersusastera. Deyy, susastera atau sastera. Arghhh!! peduli ape nye pun haduii~

Motif tempek gambar ini?? imej dicilok dari Google

Dah lah. Ada baiknya layan DotA segame-dua. Kurang-kurang, seronok laa jugak. Engkorang yang tengah baca nie, bila lagi nak komen seperti yang tertera diatas? huu~ *nangis-nangis lap hingus*

Okay lah. Bebel panjang pun tak guna. Keep on pray for MH370. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik. Dah baca entri sebelum nie? kalau belum baca, luangkan la semenet dua. Bagi yang rajin tu, ringan-ringankan la tangan menaip komen. Aiseyy~

Stop stop. Tak nak taip lagi. Letihhhh daaa. Bye!

P/S: Mana Miss S nie? kata rinduuu. Huu~

Selasa, 23 Julai 2013

Suka cerita seram

Takut? penakut? heh. Sejujurnya dalam diri guwa ni ada sekelumit  sifat penakut. Ianya dah built in dalam diri guwa sejak sekian lama. Takut hantu tu memang ada cuma levelnya tak sama la waktu sekarang ni dengan tatkala guwa masih berusia 10 tahun suatu ketika dahulu. Guwa even pernah berlari masuk bilik bila guwa tengok satu video clip Metallica (guwa dah tak ingat apa nama lagu tu) sebab dalam video clip tu ada nenek dan dia keep on nyanyi "na.. na.. na.." dalam versi yang agak creepy. Serius guwa cuak. Masa tu guwa kecik lagi. Kakak saudara guwa la yang gemar bukak channel MTV tuh. Tup.. tup.. lagu tu pulak main.

Sekarang ni pun sama. Kadang-kadang kecuakkan boleh melanda tanpa guwa sedari. Nak kata guwa berpengalaman dengan makhluk paranormal a.k.a makhluk halus/hantu ni, takde lah sangat. Tapi selama guwa hidup diatas muka bumi ni, tipu la kalau guwa kata guwa tak pernah kena kacau. Guwa pernah kena kacau dekat rumah guwa sendiri. Betul, serius guwa tak tipu. Ini memang betul-betul dan bukannya rekaan. Tapi bukan pasal tu guwa nak cerita sekarang nih. Maybe next time okay.


Walaubagaimanapun, guwa gemar membaca atau mendengar kisah-kisah hantu/seram. Normal lah kan? kita suka benda-benda yang thrill. Kalau takut hantu, baca kisah hantu. Kalau takut degree spec naik, pergi tenung monitor lama-lama tak pun membaca dalam gelap. Kalau takut sakit, pergi merokok takpun tak payah makan ubat. Itu lah guwa. So, haritu, guwa ada follow satu account dekat twitter dengan tweethandle bernama @seramshit. Kalau korang ada account twitter dan gemarkan kisah seram, guwa sarankan korang follow account tersebut. Guwa dapat tahu pasal ni pun dari Miss S. Dia selalu cerita dekat guwa cerita-cerita yang seramshit tu kongsikan.

Kalau tak silap guwa, setiap malam akan ada curator yang berbeza-beza handle account tersebut. Dengan itu, kisah yang diceritakan akan berbeza-beza dan sentiasa akan ada kisah yang nak dikongsikan. Serius, cerita yang dieorang ceritakan tu ada antaranya adalah dari pengalaman diri sendiri, mind you okay. Dan ada antaranya hanyalah cerita-cerita dari mulut ke mulut orang lain. Jadi, ada la tokok tambah disitu dan kesahihan agak diragukan. Bagi guwa, guwa lebih suka baca kisah yang berkisarkan pengalaman sendiri. Sebab kisah tu jarang didengari dan kita boleh tahu directly dari orang itu sendiri. Kalau yang dicerita oleh ramai orang, mesti cerita tu dah femes (siap ada  filem lagi) so kurang sikit thrill unless guwa tak pernah dengar/baca/tengok filem tu sendiri.

Guwa tahu, sekarang bulan puasa. Ramai yang tahu atau fikir semua syaitan dan jin diikat. Korang pasti ker? kalau dieorang kena ikat pun, adakah korang tak akan kena kacau? seramshit ada kisah dieorang tersendiri.

Oh ya, biasanya dieorang akan update waktu tetengah malam. Guwa sarankan korang baca dekat timeline dan jangan baca dekat page profile dieorang kat twitter kalau tak nak... err.. ikut korang lah. Heheh.

Khamis, 20 Disember 2012

21.12,2012 Kiamat...?

20.12.2012, tarikh hari nie. Last week aku ada post pasal tarikh 12.12.12 kan? minggu nie, 20.12.2012 pulakk yang menjadi hit seantero dunia. Sebab? sebab tarikh tu dikatakan cantekk lagi menawan. Seswai untuk dijadikan tarikh istimewa seperti tarikh perkahwinan, tarikh tercirit paling lama, tarikh break dengan pakwe/makwe dan sebagainya. Hari ni aku bet, ramai pasangan yang nak mendirikan masjid. Harap-harap masjid yang didiri terbina teguh dan bukan sekadar special pada tarikhnya sahaja. Aminnn~


Akan tetapi, selain itu, walaubagaimanapun, tarikh besok hari juga menjadi topik hangat penduduk bumi. Ingat lagi filem 2012, dimana diinspirasikan (betul ker istilah aku nie?) dari ramalan penduduk Mayan mengenai hari 'kiamat'? jadi, besok merupakan hari yang dinantikan. Dinantikan eh? siapa yang menanti?


Akceli, aku sendiri tak pasti tapi dari pagi tadi aku asyik terbaca mengenai benda nie dekat twitter. Pernah gak dengar sebelum nie sebenarnya tapi tak amik port sangat. Bukan apa, tapi kita tak patut percaya kepada benda-benda macam. Perihal tentang kiamat nie hanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t jerr. Haa... kan aku dah jadi Ustard Don Givap dah. Ni la yang aku malas nie. *main-main janggud*

Dah lah. Aku nak makan mi nih. Pastu packing. Nak balik. Babai~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...