Selasa, 26 September 2017

10 Perkara yang para perokok harus ketahui...

Tajuk memang gampang dan pancing gila! perghhh~

Sebenarnya asalnya tajuk entri nie "Beretika kah, perokok?". Bila aku "siap" karang entri, aku nak tak nak terpaksa ubah jugak tajuk entri. Kalau lepas baca entri nie korang keliru, buntu serta pening kepala (gunalah panadol actifast), mohon jangan betulkan kaca skrin sesentuh anda, ini kerana ianya normal. Ya, betul-betul... *sigh* korang teruskan baca, nanti korang faham.. huu~

Tajuk entri kali nie sejujurnya sekeping soalan. Straightforward question, walaupun tampak disitu beberapa kelemahan dalam mereka-struktur seseutas soalan. Justeru itu, usahlah dihukum kelemahan berbahasa patik, asalkan kita sama-sama mengerti dan sekaligus mampu menghasilkan buah fikiran bergred tinggi (walaupun ini bukan forum, boleh juga kita berbalas pendapat atau berdebat diruangan komen which is yang aku paling failed sekali dapatkan feedback dari kalian semua semenjak tahun 2015 lagi, ini kerna aku tahu ada beberapa gelintir yang sebenarnya membaca. Oleh itu, harapan aku dikali ini supaya kita bisa untuk jadikan ianya kenyataan. Boleh semua?).

Maaf ya kalau-kalau teknik penulisan kali ini serasa berbeda dari norma-norma penulisan aku yang sebelum ini. Itu pun rasanya kerap kali jugak berubah-ubah. Tidak pernah konsisten, well, that's just me. Sorry! :)

Being a smoker (level tegar) for quite few years now dan tak dinafikan sesekali stigma berbentuk "soalan" (rujuk tajuk entri) ini biasa diutarakan. Mostly memang dalam ruang legar kepala aku sahaja. Hal itu seterusnya membuatkan aku pincang, terasa diri ini bagai pinang dibelah dua (I meant, like literally dan itu bukan peribahasa. Heheh). Satu bahagian aku terasa bagai mementingkan diri dimana segala hujah dan kempen anti-rokok memang bukan sesuatu yang aku hadam. Pun jua, disesekali ketika, terutamanya apabila aku berada disekitar mereka yang non-smokers, there is part of me feeling ashamed, knowing that I honestly could agree to them regarding of whatsoever that related to cigarette dan yang seerti dengannya.

"Merokok adalah hak aku, jadi adalah tertakluk kepada aku sendiri lah yang menentukan kalau aku nak merokok atau tidak!.." Betulkah kenyataan ini? ya memang benar secara rasionalnya kita boleh setuju setiap dari kita memiliki hak masing-masing. Kita berhak untuk makan apa yang kita suka, pakai pakaian yang kita selesa dan melakukan apa sahaja ke atas harta benda kita. Cuma, masih ber"hak" kah kita kiranya perlakuan kita itu mengganggu individu-individu yang berada disekeliling kita, terutamanya keluarga dan juga rakan-rakan serta jiran tetangga kita?

Okay, at this point aku dah kompius apa sebenarnya point aku tulis entri nie... :S

Imej yang tidak endah akan keadaan dan orang sekeliling yang wujud pada sikap kebanyakkan perokok (majoriti) inilah yang secara langsung menghapuskan ruang untuk mereka yang tidak merokok, non-smoker untuk memberi ruang atau sekurang-kurangnya kurang "membenci" rokok. Yeah yeah, there are only small amount of non-smokers that is cool dan tiada masalah dengan perokok bahkan memberi mereka ruang mereka sendiri untuk mereka nikmati rokok didunia mereka sendiri walau semenet lima. Heheh.

Untuk pengetahuan kalian, inilah sebabnya aku jarang menulis. Semangat "hangat-hangat tahi ayam" telah pun menular dan menebal disanubariku, ini kali pun aku gagahi jua namun pancit hingga disini. End up, entri ke mana, lari dari tajuk, perenggan dah macam batang mancis. Haduii, banyak dowhh.

Nampak betapa tidak organize dan less-commited nya entri kali ini. Bila fikir balik, aku rasa macam sedang "bercakap" dengan kertas atau whatever yang korang panggil layar berwarna putih ini (since "kertas putih" tiada telinga, jadi setiap kata-kata aku haruslah dibentukkan dalam bentuk penulisan). Dan sebab kertas putih tidak mengerti untuk memberi respon, maka penulisan aku pun semakin ke laut. Hanyut mungkin, kalau tak pun, tenggelam. Hurm.

Korang yang baca hingga perenggan nie, aku tabik ah kat korang. Aku boleh rasa once aku publish nie, ada chance macam aku pun baca entri nie setengah jalan. Hahah. Argghhhh.

Dah lah. Nak kena bertapa lama lagi laa lepas nie. Kutip balik skill dan teknik penulisan sedia ada supaya entri tak berulang jadi macam nie.

Tapi serius laa, aku publish kan jugak entri nie lepas nie..

Till next time...

Assalamualaikum~

😞🤔🙃😭

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...