Ahad, 17 April 2016

Setiap pertemuan ada...?

Dua hari lepas aku jumpa kawan baru, Tony. Orang kata setiap pertemuan itu ada hikmahnya. Aku tahu mesti ada sebab mengapa aku dipertemukan dengan Tony, dan pastinya bukan kerna cinta. Mana mungkin aku boleh jatuh hati pada Tony sedangkan hati aku dibawa oleh kekasih hati *uhuk uhuk* (dibaca: Miss S). Lagipula, bukankah Tony nama seorang laki-laki? bagaimana mungkin terbitnya perasaan cinta dicelah itu. Dan yang paling penting sekali, above all and everything, Tony adalah seekor cicak. Ya, cicak. Ada masalah? kalau tak ada, teruskan baca.

Tony, cicak yang terkurung didalam botol Pepsi Twist bersaiz besar merupakan satu penemuan yang mikro-memeranjatkan aku. Nampak tak aku guna perkataan "mikro" disitu? maknanya aku terkejut pada skala yang teramat kecil sekaligus membuktikan aku bukanlah seorang yang penakut. Dikala itu, aku diberi dua pilihan. Pertama, kutip botol tersebut dan throwfront far-far away dan yang kedua, gunakan peluang ini mengenali dengan lebih dekat binatang yang dipanggil dengan panggilan mesra, chee-chak. Pada saat dan ketika ini, mengetahui aku bukanlah seorang penakut, sangkaan kamu semua memang tepat. Sudah semestinya aku memilih pilihan yang kedua. Aku jalankan beberapa eksperimen ke atas Tony disamping membuat pemerhatian dengan lebih dekat ke atas beliau.

Ouh, kenapa "Tony"? ya, soalan ini sangat menarik untuk dijawab. Well, sejujurnya nama tersebut datang dengan sendirinya. Beberapa bilion sel otak aku bergabung dan auto-generate nama tersebut. Itu pun, dikala itu, aku pun tertanya soalan yang kamu semua tanya tadi. Kenapa "Tony"? kenapa macam familiar nama tersebut? tak semena-mena, 3 saat kemudian aku teringat akan "Anthony Stark" a.k.a Ironman. Tony itu juga bernama "Tony Stark" namun, bunyi "Stark" sahaja sama akan tetapi ejaannya adalah S-T-U-C-K (pun intended).

Rasanya, tak perlulah aku cerita dengan terlalu detail disini, eksperimen apa yang aku lakukan. Kalau aku cerita, sudah tentu kamu semua fikir aku seorang yang gila mahupun seorang freak. Apatah lagi kalau lihat sendiri apa yang aku telah lakukan. Urghh. Kasihan juga dengan Tony. Namun, semuanya seperti sudah terlambat. Aku kejam. Maafkan aku Tony...

Tak adalah. Aku bergurau sahaja. Tony tak mati pun (jikalau kamu semua fikir Tony telahpun aku bunuh). Tak, aku tak bunuh dia. Aku tiada bakat seorang pembunuh. Rupa lagilah tiada. Siapalah diriku ini untuk membunuh cicak yang tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi denganku. Pun begitu, aku ada google laa sedikit sebanyak mengenai spesis Tony. Dari kajian itu, aku boleh kata aku kagum dengan Tony dan tak sangka banyak lagi fakta yang aku tak tahu mengenai spesis beliau sungguhpun spesis mereka memang sudah biasa berlepeseran dikawasan luar rumah terutamanya pada waktu malam. Kalau kamu nak tahu, kamu google lah sendiri. Tidak ohsem lah kalau aku cerita disini. Lagi juga, ini jari suda penad taip ini yentri. Sakid woa~

Wokaylah. Dilainkali sambung lagi.

I you like,
Please click Like,

Haa... pantunnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...