Sabtu, 8 Ogos 2015

A Broke(n) Two Word(s)

MOHON DIRECT TRANSLATE TAJUK DIATAS DAN MOHON ABAIKAN PENGGUNAAN CAPS LOCK INI (WALAUPUN IANYA NAMPAK COOL DAN LEBIH MENARIK PERHATIAN).

Genap sebulan dah harini aku bekerja ditempat baru. Dalam tempoh sebulan nie, baru laa aku merasa bekerja berada di dalam alam pekerjaan yang sebenar. Tak seperti suasana bekerja sebelum nie ibarat pepatah melayu moden "menunggu Miziey mengupdate blog" *dengan harapan punchline nie sampai dan memberi kesan*. Tapi kini bukan lagi. Bekerja dengan syarikat berprofil antarabangsa yang telah well established sedikit sebanyak membuatkan ginjal aku bergetar serta bone marrow ku terlentur-lentur.

Kerja baru, suasana baru, cabaran baru serta tanggungjawab yang baru (digalas dibahu) dalam tempoh sebulan nie mengakibatkan aku terpaksa merombak atau dalam bahasa oreng puteyh nya re-arrange or re-schedule or re-what-so-ever-lah jadual masa diri aku sendiri. Jauh panggang dari api sekali rasanya disebabkan aku dah terlatih secara otomatisnya bekerja pada paras bermalas-malasan bersama syarikat tempat aku bekerja sebelum nie. Ya! memang padan muka aku, tapi aku tak nak lihat semua ini dari sudut pandang yang negatif. Sebaliknya, aku anggap semua nie bagaikan peluang untuk aku mendisiplinkan diri sendiri selaras dengan matlamat negara yang ingin melahirkan modal insan yang produktif, innovatif dan bukan primitif. *tepuk tangan untuk diri sendiri*

Dua tahun lepas aku bekerja dengan company dari Jepun, kali nie pulak, bekerja dengan company dari Australia. Memang agak berbeza dari segi pengurusan dan cara kerja, namun aku boleh nampak laa tahap ke-profesionalan kerja untuk kedua-dua syarikat dari luar negara yang aku mentioned tadi. Oleh sebab aku tak pandai berbahasa jepun, maka bahasa badan inggeris digunakan sebagai lingua franca bilamana aku nak berkomunikasi. Lain pulak halnya kali nie dimana aku bekerja bersama dengan orang-orang yang hari-hari bahasa yang digunapakai untuk berkomunikasi, bersosial serta menyumpah, adalah bahasa inggeris. Brrr~ serius nak kena ejas-ejas lidah (masa awal-awal masuk dulu laa) bila mana nak kata sesuatu kepada hampir semua orang dipejabat. Hingga tahap ini, rasanya lidah aku dah mula nak grip dan berbelit-belit dan terasa bagaikan seorang orang puteyh dibumi tanah ayer sendiri. Ceh!

Till then, then. Nantilah hapdet. Malam nie dah start EPL, tapi Miss S dah book ajak tengok Fantastic 4 daa. Canerr? huu~ T..T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...