Selasa, 25 Jun 2013

Lekat

Cucuk, tarik, cucuk, tarik. Berulang-ulang kali guwa ulangi perlakuan yang sama. Tangan guwa dengan erat memegang batang. Guwa terasa geram. Guwa getap bibir. Guwa pejamkan mata. Terasa peluh mula menitik didahi guwa. Rasa sedap? mungkin. Guwa tak pasti.


Hoi hoi hoi!! lu ingat guwa cerita pasal apa?? guwa maksudkan batang modem guwa lah! dari tadi guwa cucuk-cabut balik. Laptop guwa pun dah bosan asyik restart memanjang. Guwa rasa nak lempar modem ke dinding pun ada jugak. Tapi guwa kesian dekat dinding bilik guwa. Nanti tak pasal-pasal merajuk, berhenti kerja jadi seekor dinding. Siapa nak ganti tahan siling bilik guwa? nak harapkan tikus rumah, dieorang sibuk didapur. Guwa tak berani nak kacau.

Guwa hairan keraihanan lah. Raihan kehairanan dalam masa yang sama. Sejak dewasa ini, laptop guwa memang suka hang bila guwa cucuk modem broadband guwa. Adakah laptop guwa tak suka diperlakukan sebegitu? atau, adakah guwa dah salah tercucuk lubang? kecil hati kah laptop guwa terhadap guwa. Pui! macam-macam persoalan bermain didalam kepala hotak guwa.

Adakah anda mengalami situasi yang sama seperti guwa?

Guwa pakai broadband Maxis berjenama Huawei. Laptop guwa pulak Acer 4740G. Adakah cukup informasi ini untuk anda membantu guwa menyelesaikan masalah guwa? guwa pening ni, pening. Guwa tak tahan la macam ni. Guwa dah try google permasalahan guwa ni namun tak berhasil jua.

Kebiasaannya laptop guwa akan mengalami hang setelah setengah jam ataupun empat puluh tujuh minit modem broadband dicucuk. Paling terpantas adalah dalam sepuluh hingga tiga belas minit (untuk kes tertentu sahaja). Hang dia lain macam sikit. Memang hang habis. Habis semua butang papan kekunci guwa tekan tapi tak mendatangkan hasil. Mendatangkan amarah tu ada lah. Hish! siapa yang patut dipersalahkan dalam permasalahan guwa ni? laptop? modem? tetikus? atau air teh yang bertindak sebagai hiasan diatas meja guwa?

Please la someone bantu guwa. Sebelum guwa failkan saman ke atas laptop, modem, tetikus dan termasuk juga air teh yang sempat juga guwa hirup beberapa mililiter tadi. Kesabaran guwa tinggal satu bar sahaja lagi. Please la tolong laa. Guwa harapkan ehsan anda sahaja lagi. Bantu guwa please.

Adakah wajar seandainya guwa putar, jilat dan celup sahaja modem guwa ke dalam air teh terbabit? sesudah itu guwa gigit laptop dan kunya bersama tetikus? jika anda setuju, sila bakar sehelai dari bulu ketiak anda dalam masa kurang dari 8 saat.


Yang benar,
Guwa dot kom dot mai

Tsk.. tsk.. tsk..

T^T

Isnin, 24 Jun 2013

Sebenarnya Saya Boyfriend Dia

Whats up bro & ho sekalian. Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pergh! jarang sekali guwa nak buat pembukaan entri dengan greet diatas. Guwa tampak macam poyo jer. Amacam tajuk entri guwa? rasa nak patah tak bulu hidung korang membaca tajuk tersebut? jikalau begitu, guwa sarankan korang semua amek beg plastik sampah dan sumbat ke dalam mulut. Insya-Allah boleh membantu sistem pernafasan korang dan mengurangkan kejadian-kejadian pematahan bulu hidung dikalangan masyarakat.

Sebenarnya guwa nak buat entri pasal "SSID" atau dalam bahasa saintifiknya "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Alaa, drama tv3 yang sedang hangat sekarang ni. Ibarat mee goreng mamak yang baru siap dimasak lah kira hangatnya. Guwa ada gak dengar pasal ni tapi guwa tak nak amek port sangat. Almaklum la guwa mana boleh layan sangat drama-drama romantis ni. Mudah sangat guwa nak lekat.


First time guwa tahu pasal drama ni adalah apabila Miss S macam meroyan tatkala kitorang jalan-jalan. Guwa ingat apa, rupanya dia ternampak novel SSID ni. Guwa kehairanan, apa yang signifikannya novel tersebut sehingga mencetuskan aura yang agak hebat. Lepas tu Miss S mula cerita pasal drama SSID tersebut. Masa tu normal la, guwa menguap tanpa sengaja. Tandanya... err.. korang paham la kan. Guwa malas sebenarnya nak layan cerita-cerita jiwang ni. Walaupun guwa tahu yang dalam hati guwa ada taman bunga. Guwa boleh jadi seromantis Firash tau tak. Peh!

2 minggu lepas, first time guwa tonton drama tersebut. Bagi guwa drama tu tak kurang ibarat drama-drama lain yang disajikan oleh tv3. Ada seorang lelaki kacak lepas tu seorang awek innocent. Lepas tu ada awek jahat yang cuba merosakkan hubungan orang lain. Jenis yang tak boleh nak tengok orang bahagia. Heh!

Percaya atau tak, apa yang menarik guwa lekat didepan tv masa tu adalah sebab Firash. Guwa macam tak pernah tengok pelakon tersebut melakonkan mana-mana watak didalam tv. Bila dikaji selidik, rupanya lelaki tersebut la Izzue Islam yang nama nya kerap digembar gemburkan dalam alam maya. Dalam twitter, asyik nama dia jer yang keluar dekat timeline. Masa tu, baru la guwa tahu kenapa dia menjadi daya tarikan awek-awek dekat timeline. Nasib baik guwa tak gay dan nasib baik guwa dah ada Miss S.

Bila guwa tengok Syaf a.k.a Tiz Zaqyah, suddenly guwa teringat dengan Nur yang juga dilakonkan oleh beliau. Nampak cute sebenarnya bila beliau bertudung. Member guwa siap layan Nur Kasih sebab beliau. Tapi member guwa frust tahap cipan bila tengok gambar beliau mengenakan pakaian yang tak mungkin Nur akan pakai. Tipu la kalau guwa kata guwa tak kecewa. Ada la jugak rasa kecewa tu walau sekelumit jua.

Sebenarnyakan, sehingga perenggan ni, guwa blurr dan guwa tak tahu nak cerita apa. Jadi guwa putuskan untuk berhenti disini buat kali ini. Guwa nak layan muvee seram thai ni. Tajuk muvee tu Long Weekend. Korang dah tengok? kalau dah baik korang diam. Guwa nak layan muvee ni. Ok? dah dah, guwa nak blah dulu.

Ciao! bye~

Assalamualaikum!

Jumaat, 21 Jun 2013

#15FactsAboutMe (secara random)


Haritu guwa layan twitter dan guwa ada ternampak hashtag #15FactsAboutMe. Disebabkan guwa kesempitan masa, guwa tak berkesempatan nak layan hashtag tersebut. Akan tetapi, hashtag tersebut masih menghantui guwa hingga kini. Jadi, memandangkan guwa seorang blogger dan blog guwa pun dah lama tak apdet, guwa terasa alangkah baiknya jika guwa kongsikannya disini. Kan kan kan?

Guwa main list down jer keyh. Takut nanti korang rasa pening dan loya kalau guwa buat karangan lima muka surat kat sini. Akan tetapi, guwa akan try elaborate la sikit point tu.


15 fakta (random) tentang guwa:

1) Guwa tampak serius tapi sebenarnya guwa seorang yang ceria dan mempunyai nilai humor dalam diri. Guwa suka tengok orang happy dan guwa suka happykan orang lain. Sies! lu tak caye ker?

2) Guwa seorang yang sensitif (mungkin sekarang dah kurang sikit) dan guwa cepat terasa. Walaubagaimanapun, biasanya guwa tak akan cepat melatah atau over-react. Kalau guwa makan hati, guwa diam jer. Asal jangan tekan guwa. Kalau tak...

3) Mata guwa sebelah kiri ada tahi lalat. Guwa tak tahu apa tujuan lalat berak kat situ. Korang tahu tak apa maksudnya?

4) Tapak tangan dan kaki guwa kerap berpeluh (excessive sweat). Sebab tu guwa selalu fail bila thumb print scan. Peluh punya pasal. -.-"

5) Gigi kacip guwa dibahagian bawah tak lurus dan sejajar. Kalau guwa senyum hanya menampakkan gigi atas, korang tak akan perasan dan expect guwa seekor model ubat gigi yang tengah promote barang jualan.

6) Guwa seorang perokok. Dalam seminggu, guwa mungkin membelanjakan ~RM10 untuk membakar kertas dan merosakkan paru-paru guwa. Guwa nasihatkan korang jangan nasihatkan guwa supaya berhenti. Guwa tak makan nasihat tu.

7) Guwa agak tepat (mungkin 90%) dalam mengecam wajah seseorang. Even guwa baru berselisih dengan orang tersebut dalam toilet. Guwa bukan nak membangga, tapi ini la yang guwa perasan selama guwa hidup ni. Guwa selalu gaduh dengan Miss S, dan guwa selalu betul. Tak caya tanya Miss S.

8) Guwa gemar melukis sejak guwa mengenali pensel dan kertas. Tak sangka bila dah besar (besar ker?) kerjaya guwa pun ada kaitan dengan lukisan. Adakah ini..? cinta?

9) Guwa seorang yang pendiam. Ini memang betul dan tepat. Guwa hanya menjadi liar dikalangan circle guwa jer. Seliar mana guwa? hanya dieorang jer tau.

10) Guwa juga seorang yang pemalu. Macam kes diatas, guwa hilang kemaluan dengan member-member guwa jer. Tak caya tanya dieorang. :)

11) Guwa pemalas dan suka buat kerja last minute. Err.. ni rasanya guwa tak perlu nak terangkan. Semua paham kott.

12) Guwa suka melambat-lambatkan kerja. Ni guwa tak tau nak explain macam mana. Lu orang paham la sendiri.

13) Guwa tak hensem. Tapi ramai yang kata guwa cute. Entah aa, guwa tak pasti akan kebenaran fakta ni. Ada yang menyamakan guwa dengan Nabil Rajalawak dan tak kurang juga yang confuse guwa dengan Ally Iskandar. Peh!

14) Guwa rabun. Guwa pakai spec sejak guwa darjah 3. Masa tu spec guwa adalah sangat typical dan guwa nampak macam Harry Potter.

15) Guwa masih single dan belum berkahwin. Tapi guwa dah ada Miss S. :$

Oklah. Cukup la fakta tentang guwa yang tak berapa nak fakta sangat. Kalau buat segmen ni mesti best, kan? korang kalau ada buat entri serupa ni, tolong pastekan link dekat ruangan komen. Teringin jugak guwa nak baca fakta pasal korang. Huu~

Guwa nak blah dulu. Nak temankan cacing guwa gi jogging. Babai~

Jumaat, 14 Jun 2013

Siti punya pasal...

Guwa bukanlah seorang pencinta haiwan. Serius. Guwa tak tahu apa masalah guwa sebenarnya, tapi guwa memang tak berapa sangat dengan makhluk yang diklasifikasi binatang ni. Dengan kucing pun guwa tak ngam. Bukan guwa benci, cuma guwa tak ada perasaan nak berkasih dengan kucing tu. Sebab tu kucing jiran guwa pandang guwa semacam jer. Guwa dah tolak cinta dia mungkin. Binatang lain apatah lagi. Monyet, hanjeng, tikus memang tak aa nak berkenalan. Tapir?

Nak kata guwa benci sangat tu tak aa. Jahat sangat dah tu. Ada jugak sisa perikemanusiaan (ker perikebinatangan?) dalam jiwa guwa ni sebenarnya. Guwa dapati guwa juga seorang yang penyayang. Walau tak banyak, sikit tu ada laa.

Khamis, 13 Jun 2013

Chermin.

Guwa tak tahu aa. Guwa perasan selama guwa 23 tahun hidup, guwa sangat obses dengan satu objek ni. Dalam bahasa saintifik dipanggil cermin. Orang kampung guwa panggil mirror. Eh, korang ada dengar lagu Justin Timberlake, Mirrors tak? layann. Eh eh, tetibe guwa terpromote pulak. Hanjengg~

Nak kata guwa perasan tu, ada la jugak mengalir dalam DNA guwa. Tapi tak la lebih-lebih macam hanjeng. Sekejap-sekejap mengaku hensem. Guwa sedar siapa diri guwa ni. Guwa tak la kacak mana pun tapi guwa aware akan kewujudan beberapa ekor makwe yang crush dengan diri guwa. Peh! serius guwa tak tipu. Betol. Hidup lagi dieorang.

Jumaat, 7 Jun 2013

Gila kerja

*Sepatutnya ini entri semalam...*

Workaholic gila!

"Lain orang lain ragamnya", pepatah ini memang guwa setuju. Bahkan lain tapir juga lain ragamnya. Ada yang suka berak sambil kunyah biji kopi dan ada yang gemar menjelir lidah sambil korek hidung. Aww~ so cute. Selama guwa hidup, bermacam ragam manusia guwa dah jumpa. Jarang sekali jumpa yang sama pesen. Mungkin untuk certain kriteria, dieorang ada something in common tetapi berbeza untuk kriteria yang lain. Lagi satu, kriteria dan kafeteria adalah dua entiti yang berbeza. Tak kisah dari segi rupa mahupun jantina. Serius, tak sama.

Rabu, 5 Jun 2013

Nak baca blog pun kena tunggu ker?

One word, fuck!

Damn! getus guwa sambil garu bontot. "Come on man. Ni pun nak kena tunggu ker?" guwa mula bermonolog sendirian. Tadi guwa nak baca satu entri pasal harga rokok yang naik. So, guwa keliklah link yang diberi. Link tu bukak tab baru tapi apa yang celakanya adalah guwa kena tunggu 983 saat atau tak guwa kena like page facebook blog tersebut. Pergh! lu kira berapa minit guwa kena tunggu. Guwa malas nak kira. 

Guwa ni bukan pesen yang gemar nak like sesuka hati page-page dekat facebook nih. Nanti tak pasal-pasal banjir guwa punya newsfeed dengan update beliau. Kalau yang kena dengan minat guwa, tak apa lah jugak. Dengan rela hatinya guwa like. Tak payah paksa macam ni. Ini memang trafik punya pasal, suka pasang benda alah ni. Sekarang guwa rasa geram. Rasa nak terkucil pun ada. Ni pun guwa tahan dengan tabah.

sekadar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...