Selasa, 30 April 2013

Henshin! bertukarrr!!!

Okay gaban gaban sekalian. Sila tarik nafas dalam-dalam masuk peparu dan please jangan kentut.

Amacam? cantek tak jamban baru guwa? sekarang guwa dah pun renovate jamban guwa hasil sedikit sumbangan dari penyangak-penyangak kampung dusun seberang setelah berjaya memecahkan bilik kebal bank Stendet Chatet tempoh hari. Ingin guwa ucapkan belasan trimass kepada mereka yang sanggup membahagi-bahagikan harta untuk didermakan kepada guwa. Dan akhirnya, ini lah hasilnya. Guwa berjaya megubah sebijik jamban typical menjadi sangat jambanic aura bertukar dari kaler putih putih melati kepada oren + kunin cirit. Diharap lu semua enjoy semasa melepak didalam jamban guwa.

Isnin, 29 April 2013

3 days trip...

Guilt Trip??
Minggu lepas aku pergi bercuti. Jadi blog tak sempat diupdate. Begitu juga dengan Tweetdeck, Whatsapp & WeChat. Bateri hemfon sangat the very fast drain. Ibarat air kumuhan melalui sistem urinari yang mengalir tanpa mengenal erti berhenti. Gila! charge dari malam tadi lebih kurang dalam 7-8 jam tapi pakai tak sampai pun 2 jam bateri dah nak habis. Apa da hell? aarghhh!!

Well, cuti tak jauh pun. Still dalam Malaysia lagi. Tempatnya perlu dirahsiakan demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Cuti was best, so & so maybe sebab masa yang agak limited. Tapi takpe, janji dapat jumpa Miss S, aku dah rasa happy. Huu~

Rabu, 24 April 2013

Nuffnang, cuti dan Iron Man 3...


Weyy weyhh!!

Semalam aku ada dapat email dari Nuffnang. Dieorang kata aku dah terpilih untuk paparkan iklan yang boleh membesar macam Hulk tu, expandable ads. Tapi masalahnya aku tak berapa nak faham. Mohon korang yang tahu pasal ni please tunjuk ajar ku sifu macam mana nak buat. Ker die memang automatically pasang dekat blog? please, I need some info sebab aku sexcited sangat sampai tak boleh nak fikir nak buat macam mana. Huu~ please...

Yeay!! besok hari khamis. Ada apa dengan besok? besok adalah hari yang sangat the very best sebab aku akan bercuti 4 hari dan lagi satu, besok aku akan jumpa Miss S. Peh! siesly rinduuuu. Aku nak spend masa sepenuhnya dengan beliau *sila muntah hijau jika perlu atau rasa geli baca ayat aku nie*

Lagi apa ek? ow yeah! pagi tadi aku layan trailer Ironman 3 dan serius aku tak sabar nak tengok. This time Ironman facing musuh ketat beliau, Mandarin. I'm expecting banyak aksi dari sebelum ni dan please.. Tony Stark adalah cool. Admit that. Huu~

"Aku tau aku cool..."

Ok lah. Sebenarnya aku nak update pasal Nuffnang tu jer. Please someone yang tahu menahu pasal ni mohon bagi pencerahan. I just need to know how to apply. Thats all.

Okay people, till next time.

"Things are different now. I've to protect the one thing that I can't live without.. thats you." -Tony Stark.

Isnin, 22 April 2013

Nak update tapi tak terupdate...


Dah setengah jalan dah...

Sebenarnya.. tadi aku nak update blog cerita pasal Kafein. Tapi bila dah setengah jalan, game Liverpool - Chelsea buat aku tak fokus sangat nak cerita pasal kafein. Mata aku dah lekat kat tv dan skrin hempon. Sekejap-sekejap tengok tv, kejap lagi layan WeChat. Aku tak tahu aku fokus kat mana sebenarnya. Tangan aku pulak buat kerja sendiri. Macam biasa, menari balet diatas papan kekunci. Peh! papan kekunci dowh!! gila baku bahasa aku pakai. Keyboard lah weyy! keyboard!

Sekarang ni Chelsea tengah lead 1 gol hasil tandukkan Oscar. Aku rasa Reina memang tak expect gol tersebut.

Dan sebenarnya.. dari tadi aku tahan kencing. Tak boleh tahan dah ni. Aku saje jer nak update blog. Hahah. Wei, gelak la sekali weyy. Gelak laa.

Okay lah. Nak lari-lari masuk toilet cari toilet bowl. Babai~


Ciao!

Ahad, 21 April 2013

Buat surat sembunyi..


Serius malas! :/

Mengemaskini resume dan membuat surat sembunyi adalah antara perkara yang paling malas aku nak hadap. Kemalasannya lagi berlipat ganda bila dipaksa. Macam kau bila dipaksa nak berak, apa yang kau rasa? mesti susah, kan? haa.. macam tu la perasaan yang melanda aku sekarang ini.

Kau tak tahu apa tu surat sembunyi? cover letter lah!!

Jumaat, 19 April 2013

Aku lupa...


"Sayang, dengarla permintaanku, jaga hatimu untukku. Sayang dengarla bisikan hatiku, kernaku sayang kamu.." terdengar lagu dendangan Shae menggerakkan aku dari tidur. Oh, alarm berbunyi. Dah pukul 5 rasanya. Aku cuba buka mata dan kedengaran beberapa biji taik mata mula pecah dan merekah. Pipiku terasa kebasahan. Rupanya air liur basi yang tak berhenti mengalir dahpun membasahi bantal kesayangan aku. Kelihatan peta-peta sungai amazon hasil dari sentuhan seni air liur basi dari malam-malam sebelumnya. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin lain kali aku perlu lekat baldi dekat pipi supaya insiden sebegini takkan terjadi lagi. Lain kali lah.. lain kali..

Mataku mula tertutup ibarat pintu lif. Aku cuba bertahan namun apakan daya, jodoh tiada *tetiba*. Dalam sedar dan tidak, aku mula dibuai mimpi indah.

Rabu, 17 April 2013

Layankan jerr...


Bola (sepak) itu bulat. Kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah. Kadang-kadang dirembat ke gawang gol, kadang-kadang keluar dari padang. Begitulah halnya hidup kita.

Kadang-kadang free, kadang-kadang busy. Kadang-kadang ok. Kadang-kadang ko. Kadang-kadang happy. Kadang-kadang sedih.

Hurm..

Ape yang aku taip ni pun aku tak tau. Aku rasa aku stress. Tapi jangan risau, masih boleh terkawal. Aku belum meletop lagi. Hmph!

Tak kisah lah. Ape-ape pun..

Layankan jerr..

Ini lah kehidupan. *tetibe*

Tamat.

Selasa, 16 April 2013

Dark Skies



Unexpected, full with suspense and must-see movie.

Serius, best!

*WARNING! might contain spoiler!*

So, it happens to be yang last weekend aku pergi menonton wayang bersama beberapa ekor buddyz aku. Memulanya aku nak tengok Cloud Atlas tetapi memandangkan Cloud Atlas tak ditayangkan lagi dan member aku cakap die dah download movie tu dan movie tu tak best, jadi harapan untuk menonton Cloud Atlas pun dibatalkan dengan kadar segera. Lepas tu die kata Dark Skies macam best. Keyword yang die keep on mention dekat aku adalah movie tu "mind-blown". Banyak kali die ulang. Rasanya lebih dari empat belas kali dan cukup untuk meyakinkan aku untuk menonton movie tersebut. Dia bagitau aku pagi tu dan aku pun plan nak tonton sebelah petang. Tapi dia merayu dan menggoda aku, ajak aku tonton malam. Memandangkan aku mudah nak kesian dekat orang, maka aku setujulah. (Ahahahah.. nampak tak ayat aku? sorry bro~ lalala..)

Isnin, 15 April 2013

Jum WeChat!


Beberapa harini, aku dah dilanda kegilaan WeChat. Sebenarnya aku memula tak berminat nak main tapi lepas tengok iklan lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Sughihani, aku rasa macam nak try jer. Aku ingatkan WeChat ni sama macam Whatsapp tapi tak. Not exactly the same. Part yang best tu dia punya konsep macam Walkie Talkie. Kira macam Push To Talk laa. Kau kena tekan, cakap ape bende jer meses yang kau nak sampaikan dan lepas tu hantar. Ko boleh ulang main balik rakaman suara tu tadi.

Jumaat, 12 April 2013

Ketak Ketuk Keyboard


Bunyi terhasil dari getaran. Setiap objek yang bergetar menghasilkan bunyi. Bila kau kentut, gas yang kau lepaskan bergetar apabila berlanggar dengan dinding-dinding tooott (censored sikit) dan menghasilkan bunyi. Bila kau tidur, udara dari nafas yang kau hembus bergetar dengan bulu hidung dan menghasilkan irama yang merdu sama jugak halnya bila kau berkarok dalam jamban. Suara yang terhasil adalah dari getaran dan getaran itu pula menghasilkan tekanan dimana manusia, tikus mondok, cicak rumah dan lipas yang menyelit dibawah baldi menjadi tertekan sebab suara kau tak best. Ok aku gurau jer, jangan ambil hati. Suara aku pun tak best. Semut dalam bilik aku semua berhijrah mencari penempatan baru bila dengar suara aku. By the way, semut boleh dengar ker? :O

Rabu, 10 April 2013

Baju hujan...


Didalam hidup ni ada banyak persoalan. Soalan  demi soalan sering dilontarkan. Halaju soalan serta latitud dan longitud dan juga sudut soalan itu dilontarkan menjadi faktor kepada kesusahan dan kepayahan kita untuk menjawab soalan terbabit. Siapa tak faham ayat sebelum ni, dia tak mandi 3 hari. Nasib baik aku hensem dan faham soalan itu.

Dalam banyak-banyak soalan tu, satu daripadanya adalah...

"kenapa Encik Miziey (aku) tak beli baju hujan?"

Yes! ini soalan femes SPM tahun 2007 selepas masihi. Soalan ini biasanya dilontar oleh pakar-pakar melontar apabila dieorang mula melihat aku meredah hujan. Ye lah, kenapa aku tak nak beli baju hujan ek? jawapannya sebabbb...

Manalah aku tahu!!

Entah, tak tahu, malas, tak best, tak suka, tak selesa. Hah! kau pilih la jawapan sendiri. Aku bagi pilihan jawapan. Don't worry, semuanya betul, takde jawapan yang salah.

Tapi sebenarnya...

Aku tak suke Bangfes!

Selasa, 9 April 2013

Bunyi katak?


Katak atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Les Froggies under the tempayan adalah merupakan sejenis makhluk yang tak memiliki ekor, telinga capang dan iPhone. Terdiri dari pelbagai etnik dan kaum, katak adalah antara objek yang aku tak suka bila kelihatan berkeliaran dirumah selain tikus, lalat serta anak buah aku. Mungkin disebabkan oleh strata serta bentuk nya yang agak menggelikan itu, ataupun raut wajahnya yang membuatkan aku tak senang, aku tak tahu. Walaubagaimanapun aku suka karekter Froggy dalam Lawak Kampus. Dia agak kelakar dan penuh misteri. Eh, betul ker nama dia Froggy?

Jadi, kenapa katak dijadikan tajuk utama hari ini sedangkan orang lain sibuk berkempen sempena PRU13 yang bakal menjelang? haa.. itulah yang kita nak tahu sekarang ni.

Sabtu, 6 April 2013

Jangan mudah percaya kat orang...


Itu yang aku belajar selama mana aku terjun ke dalam dunia pekerjaan. Infact, bukan setakat bekerja jer, malah dalam hidup ni secara general nya ko kene belajar survive on your own dan jangan mudah sangat percaya kat orang lain. Nak-nak lagi dizaman sekarang yang sedia ada penuh dengan cabaran. Musang berbulu ayam terlalu banyak. Sangat berbahaya dan tunggu masa jer nak terkam. Kau silap sikit, sikit jer dan habislah kau. Depend la dengan kau ni ayam yang jenis macam mana. Itu baru musang, buaya darat? fikirlah sendiri.

Once kau dah cam musang-musang ni, aku sarankan korang sila jaga jarak masing-masing. Kau kena set dalam lingkungan mana yang dia boleh masuk dalam hidup kau. Let say, dia sama tempat kerja dengan kau, takkan kau nak mengelak memanjang ye tak? nak tak nak kau kena approach jugak dengan musang ni. Pandai-pandai lah kau nak jinakkan dia tetapi.. ingat la jangan mudah terpedaya dengan dieorang even bulu ayam tu nampak real. Yes, trust me.

Ok lah. Till next time. Asar calling. Sembahyang oii. Blogwalking jer keje. Dah lah. Chalo beteyy!!

Khamis, 4 April 2013

Tak komersial pun tak apa


Wassap bro! and hye awek-awek kiut sekalian~

Apa khabar hari ni? masih produktif seperti semalam? sudah tentulah produktif kan? sebab harini adalah hari Khamis dan besok hari Jumaat, lusa dah mula cuti hujung minggu (buat certain pekerja) dan hujung minggu pulak semakin menghampiri. So semangat tu mesti better dari hari isnin. Betul tak? siapa setuju dengan teori aku diatas, sila senyum tak perlu kata apa-apa. Jangan tersenyum kambing sudah. Senyum tapir pun jangan. Huduh tahu.

Tahu tak mati-mati aku ingatkan hari ini hari rabu. Pergh! macam mana boleh lupa dengan hari ni? sibuk sangat ker sampaikan hari yang cuma ada tujuh nama tu pun boleh lupa? makan banyak semut agaknya. Nasib baik hari cuma ada tujuh jer. Kalau hari ada 18? mampos aa nak mengingat. Mesti kena dua tiga belas kali cek kalendar.

Selasa, 2 April 2013

Harga sebuah lighter


Fuhhh~ beberapa kepulan asap rokok dihembuskan. Kelihatan asap berkumpul dan membentuk rupa seperti seekor tapir jalanan. Hebat! itulah kelebihan Amir Irzam atau lebih dikenali sebagai Wan dikalangan sahabatnya. Keupayaannya membentuk asap rokok menjadi pelbagai rupa. Ada rupa kereta, mesin basuh, selipar jamban dan juga alat penggaru bontot.

Selain itu, hobi beliau adalah berenang diatas jalan tar dan mengutip buah cempedak diluar pagar. Wan mula merokok sedari sekolah rendah lagi. Dikala itu, budak-budak lain semua sibuk membeli tayar spare kereta Tamiya takpun shopping membeli-belah baju dalam untuk Barbie. Tapi bukan Wan. Fizikalnya mungkin tampak seperti kanak-kanak belum baligh tetapi sikapnya tak ubah seperti lelaki berusia 30-an. Lepak diwarung, minum kopi, kacau anak dara orang dan main dam aji.

Malang tak berbau, cuma tinggalkan kesan jer

So semalam Man U kalah? peh, aku okay. Lagipun semalam aku sibuk mengajar tapir jiran menghafal lirik lagu anak itik tok wi. Berapa puluh kali dah aku ajar, sebaris lirik pun tak lepas lagi. Hmph! dasar tapir punya tapir.

Aku takde hal sangat la kalau setakat Man U kalah kepada Chelsea. Game semalam pun boleh tahan jugak sebenarnya (padahal aku tengok 10 minit jer). Lepas Ba bi jaringkan gol dan sujud shukur, aku terus blah pergi mandi wajib. By the way, bukan offside ker? aku berada ditempat kejadian semasa jaringan tu berlaku tapi aku tak pasti kalau dikira onside atau offside. Takpe takpe, bola itu bulat dan berak itu indah. Kita bagi jer muka dekat dieorang. Dah lama dieorang idamkan nak dapat piala tu untuk simpan jeruk. Bagi jer lah, kan. Haa, kau yang fans Liverpool dengan Arsenal ni bersorak ibarat beruk makan belacan cheese ni dah kenapa? memang menjadi kewajipan ker tiap kali Man U kalah jer korang nak bersorak lebih lagi dari pasukan yang berjaya kalahkan Man U? hish, korang nie. Ibarat Pak Pandir menang sorak kampung wifi tergadailah. Blah la wey.


Selain daripada itu, aku ada berita lebih penting lagi. Semalam aku makan kambing cincang. Pergh! sedap siott. Rasa macam kambing. Tapi itu bukan sari berita penting. Yang menjadi tajuk berita utama semalam adalah, dalam nasi ada tahi. Ya, tahi. Korang tak percaya? nasib baik aku pakai kanta mata tebal high-definition.

Kisahnya begini... Erhmm *betulkan anak tekak dan telan kahak*..

Makanan yang aku order dah sampai. Aku order Lamb Chop dan nasik putih. Masa tu kakak pelayan tu hantar la makanan tu. Tapi bila dah sampai atas meja aku, entah macam mana bak kata pen patah, sudah jatuh ditimpa tangga, dekat atas nasik putih aku tu ada sebijik objek kaler hitam dengan sedikit tompok putih kecil. Haa.. korang boleh bayangkan tak apa benda tu? tak! bukan tapir. Ini objek memang tak boleh pakai punya. Sebab tu objek tu dibuang. Tapi masalahnya kenapa nasik putih aku menjadi mangsa? why? porque? kiu? nanda?

Yes, korang sememangnya bijak. Objek itu adalah najis cicak. Kurang asam punya cicak. Berak merata dah tu nasik aku pulak jadi sasarannya. Masa tu aku cuba nafikan dan aku ketis objek tersebut. Kusangkakan hujan tapi taufan yang datang. Objek tersebut bukanlah pepejal sepenuhnya sebab bila aku ketis, ianya menghasilkan kesan (trail) macam kesan bunga tayar atas nasik aku. Memandangkan nasik tu putih, maka kelihatanlah jalur berkaler hitam disitu. Agak-agak aku makan tak? yes, aku makan dengan selambanya. Huhu~

Of course lah tak! aku mintak tukar nasik tersebut sebab nasik tu dah tak virgin lagi. Tahi cicak dulu yang rasmi nasik tersebut. Hmph!


Ok lah, aku nak tidur dulu. Dah lewat dah ni. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:40 minit pagi hari selasa 2 April 2013. Semangat tak aku menaip entri? tak pernah aku buat sebelum ni. Inilah julung-julung kalinya. Tepuk tanganlah weyh. Penat aku menaip bagi mood korang nak baca entri ni. Huu~

Okbai!

..z..Z..Z..z..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...