Khamis, 28 Mac 2013

KE MANA HALA TUJU BLOG AKU?


Siapa boleh jawab soalan diatas, aku bagi RM100. Ok, jawapannya ke laut. Yes, tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya jawab soalan yang ditanya oleh diri sendiri. Terima kasih very much.

Gila!

Aku rasa recently aku dah jarang berblog. Peh! tak payah rasa la weyh, memang nampak pun aku dah jarang berblog. Bukan sebab takde idea (kononnya laa) tapi sebab aku takde masa. Masa itu emas, tapi aku takde masa so equal to aku takde emas times four divided by divider eksiden lalu mati ditempat kejadian.

Apa aku merapu nih?

Seriously entri yang yang aku post semenjak dua menjak bermenjak-menjak nih banyak yang agak serius dan bosan, kan? hampeh betul laa. Blog aku dah tak seceria dulu. Dah tak semerbak dan seharum mangkok jamban yang belum dicuci selama sebulan. Pergh! *please jangan imagine baunya macam mana*. Sepatutnya blog aku ni ceria dan menceriakan macam suatu ketika dahulu. I'm sorry my blog, I've spoiled you. But nevermind, we find our way out ok. Together, we can achieve what we want.

*PANG!!*

Satu hempukan lembut dilemparkan kat kepala sendiri. Aku gila ker ape? ok, jangan jawab soalan tu. Itu cuma soalan retorik sahaja. Anggap jer aku sedang berbicara sendiri.

Sebenarnya kan.. sebenarnya aku nak taip entri panjang-panjang sebab aku dah lama tak berblog. Oleh itu, jangan la korang marah kat aku sebab entri ni terlalu panjang sampaikan korang bosan dan terus blah dari sini tanpa flush terlebih dahulu. Make sure flush dulu okay. Lepas berak kena flush. Kesian makcik cleaner terpaksa cuci bekas najis kau yang boleh kau settlekan sendiri dalam 2 saat. Ya, 2 saat. 2 saat jer untuk menekan punat flush tu. Tak memerlukan tenaga yang banyak dan tidak melibatkan kos secara langsung.

Pergi tido aa Miziey!

Sebenarnya sekarang lunch time tapi aku plan untuk tak makan. Motif? sebab aku tak bawak bekal dan taknak susahkan mak aku bangun awal pagi masak sedap-sedap untuk aku. Baik kan aku? ada contoh anak mithali tak? lagi satu, aku tak sempat belikan lunch meal. Nak masak maggi, malas. Padahal maggi ada dalam drawer, sedang tak tahu nak buat apa. Duduk jer dengan tenang dalam tu. So, aku skip lunch hari ni. Kita tengok petang nanti samada aku masih waras atau tak.

Dah lah. Panjang sangat entri nih. Mesti korang bosan kan kan kan? ok lah. Aku nak tido kejap mencari mimpi indah. Hopefully aku mimpi yang aku sedang makan tengah hari so minda aku tertipu dan lupa yang sebenarnya aku belom makan. Sampai disini sahaja ye adik-adik. Berjumpa kita diwaktu, tempat yang sama lagi diminggu hadapan! bye~

Jumaat, 22 Mac 2013

Semakin produktif

Mac 2013 dah hampir mengundur diri. Dah dekat dekat hujung bulan ni memang muka bersinar-sinar lain daripada biasa. Tak lama lagi wallet bakal berisi. Seronok? ye la tu. 3 hari jer bertahan, takpun paling-paling seminggu. Lepas tu mula la ikat perut balik.

Bulan Mac ni aku rasa ada perubahan sedikit. Especially dengan rutin harian aku. Walaupun agak sedih sedikit sebab berjauhan dengan Miss S (sobs sobs.. :'( ), tapi dari segi kerja pun aku perhatikan ada sedikit kemajuan. Bulan ni aku lebih produktif dari sebelumnya. Serius, banyak beza sebenarnya.

Aku tak tahu kenapa. Mungkinkah kerana aku nak lupakan kesedihan berjauhan dengan Miss S, aku cuba sibukkan diri sendiri? atau mungkin sebab department kitorang dah ada coordinator? tak pun sebab rokok? apa pun sebabnya, aku harap aku maintain macam ni takpun improve lagi dari masa ke semasa. Huu~


Begitulah kisah saya dipetang ini...

psst: aku saje jer nak update. Lame dah tak update. Takdepun yang rindu. Huu~ T^T

Jumaat, 15 Mac 2013

Ringan Kepala

Stress, kusut dan gatal kepala disatu dua tempat. Dia duduk diatas kerusi sambil matanya melihat ke arah paparan skrin. Namun fikirannya melayang entah ke mana. Seperti banyak masalah yang sedang difikirkan.

Kelihatan beberapa keping kertas A3 berhamburan diatas meja. Handphone, gelas serta pen turut memeriahkan suasana. Papan kekunci dan tetikus diam seribu bahasa. Paparan skin terkebil-kebil menunggu gerakan seterusnya.


Pen mula digapai. Tudung dicabut dengan rakus dan batang digenggam dengan erat. Bahagian sulit pen di geser bersama kertas, memaksanya untuk mengeluarkan cecair. Cecair keluar namun tak tahu apa yang ditulis. Hanya beberapa garisan yang kelihatan dengan ton yang berbeza.

Dia hilang fokus. Apa yang dia buat? dia mula mendapatkan pintu. Keluar dari pejabat itu, ya, itu yang dia perlu buat. Tapi hendak ke mana? dalam fikirannya dia perlu satu tempat untuk dia duduk bersendirian. Tandas, sepertinya satu-satu pilihan yang ada.

"Tandas pun tandaslahh.."

Ruangan tandas kelihatan lenggang. Kosong dan tidak berpenghuni. Dia pilih mangkok jamban dua dari kiri. 'Port favourite' katanya. Kononnya kerana disitu gelap sedikit disebabkan pencahayaan kurang. Mangkok tandas yang ternganga ditutup mulutnya. Dia duduk disitu. Poket seluar jeans nya diraba, mencari sesuatu.

"Yes.."

Kelihatan seperti kotak dan pada kotak itu tertera gambar mulut dengan label "Rokok penyebab kanser mulut". Sebatang rokok dikeluarkan dan diletakkan dicelah bibir. Sekali lagi jeans diraba. Sudah tentu kali ini mencari pemetik api. Pemetik api Alladdin berwarna biru lutsinar digenggam. Api mula dinyalakan dan rokok mula terbakar.

gambar sekadar rujukan untuk membantu imaginasi pembaca

"Heh... pembakaran sempurna"

image credit to Google. :)



Selasa, 5 Mac 2013

Care ke kalau share?

Aku baru tahu, kenapa this very recent aku kurang nak layan facebook. Kalau aku buka pun, mungkin sebab nak post status ataupun nak ping blog. Setiap kali baca news feed, aku kadang-kadang rasa geram, menyampah dan hampir je nak unfriend orang-orang dekat facebook. Selain dari terbaca status yang menyampah dari BBNU yang menggunapakai bahasa "alien", aku menyampah dengan orang yang gila share. Tahu bahasa "alien"? aLaA, TaKKaN TaK TaWu. TiPUWw aRRr <--- contoh bahasa alien. Aku tak pandai imitate. Sorry!


Berbalik kepada yang gila share tadi. Yes I know its your right untuk share apa-apa saja yang kau nak tapi atleast make sure (jika korang share fakta atau berita) ianya betul dan tepat. Sebelum share, pastikan korang kaji terlebih dahulu sebab perangai korang ni tak jauh beza dengan blogger kopipasta. For sure, para blogger tahu la apa itu blogger kopipasta. Bila dia rasa entri tu menarik dan patut dikongsi bersama, dia copy entri tu bulat-bulat (ada certain yang edit sikit) dan publishkan. Ada yang baik tu dia akan backlink ke entri asal. Takde masalah untuk itu. Betul! dan tak salah jugak kalau nak share terutamanya jika niat untuk beringat sesama sendiri. Tapi macam yang aku katakan tadi la, pastikan ianya betul. Take sometime and do a little bit research sebelum share sesuatu.

Itu baru cerita mengenai fakta atau berita, belum lagi cerita mengenai hadis lagi. Kalau ada orang orang sebarkan hadis yang tak sahih, macam mana? nak nak lagi hadis tu memang bersumberkan Nabi sendiri. Korang tahu tak apa hukumnya sebarkan hadis yang tak betul + bersumberkan Rasulullah? masak woa~ so, gotta make sure ianya betul okay. Jangan sekadar nak share jer.

Aku pun bukannya perfect sangat, infact aku sendiri pun pernah buat macam tu. Lepas tu aku rasa macam bersalah pulak. Thats why aku nak kita sesama ingat mengenai perkara ni. Setuju? sila share. Hahah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...