Ahad, 30 September 2012

Borneo Kite Festival 2012

Prott!! *kentut*

Tengok jam, pukul 2:30 petang.

Fuh! letih aa hari nie. Aku baru jer balik dari tapak pesta layang-layang Borneo Kite Festival 2012, BKF12. Dari pagi tadi sampai laa sekarang baru balik. Nak stay up lagi pon dah tak larat dah. Skru pada kaki menunggu masa nak tercabut jer lagi.

Oh ya, BKF12 nie sebenarnya one of major event kat tempat aku. Event nie tiap-tiap tahun ada dan ramai orang yang menantikan event nie. Kalau tak silap aku, event nie mula diperkenalkan pada tahun 2007 (ker 2006?). Dan sekarang dah 2012, kira lama gak tu. Tak banyak perbezaan sebenarnya dari dulu sampai sekarang, cuma yang bezanya jumlah peserta mungkin bertambah ramai sebab event nie well known time by time.

Banyak gerai yang dibkak tahun nie. Tapi kebanyakkannya sama jer. Jual baju bundle, jual layang-layang, jual tudung bawal, pashmina dan shawl, jual kraftangan, jual diri (eh?), jual mainan kanak-kanak dan tak kurang jgak yang jual minyak pengasih wangi. Dari tahun-tahun sudah, nie jer laa yang dijual. Selain tu ada laa gerai astro, hotlink dan jual wiper kereta (watde?). Kalau gerai jual makanan, tak payah cakap aa. Berderetttt jer. Tinggal nak pilih jer lagi. So, nampak laa kat sini persaingannya agak sengit. Kalau ada plan nak bukak gerai, kena make sure gerai tu lain dari yang lain punya. Tak kisah aa dari ikut kreativiti tuan punya gerai. Kalau tak buat macam tu, susah aa nak jual, ye tak?

Tu sampingan jer. Tarikan utama sebenarnya adalah kepada layang-layang yang terbang diudara dengan bebasnya (bebas ker?). Untuk pengetahuan korang, event nie international so ramai laa manusia dari luar negara datang sini semata-mata nak main layang-layang jer. Ada yang dari Australia, Germany, Zimbabwe, Uganda dan selatan Thai. Tapi layang-layang dieorang bukan macam yang kita buat. Dieorang punya layang-layang berskala besar dan berbagai bentuk. Ada bentuk spongebob, bentuk ikan pari, bentuk ikan buntal, bentuk sotong, bentuk kucing parsi dan bentuk mangkok jamban (Ok, aku tipu!).

Macam mana layang-layang tu terbang? layang-layang tu pakai enjin dan setiap layang-layang dikawal oleh seorang manusia dari dalam layang-layang tersebut. Hmm. Lebih kurang macam tu aa.

BONGOK!

PANG!!
*ciuman bontot hinggap dipipi korang yang bertanya*

Mestila terbang macam layang-layang yang lain. Pakai angin aa. Macam mana nak terbangkan, aku sendiri pun tak pasti sebab tak pernah follow close up dari mula dieorang terbangkan layang-layang tu. Aku sampai tapak pesta jer, layang-layang tu dah terbang diudara. Same thing happen every year. Maybe next tyme aku patut bangun awal dan pergi ke tapak sebelum dieorang terbangkan layang-layang tu. Tapi tu kena tunggu entri taun depan lah. Hewhewhew.

Dah la. Cakap banyak pun tak guna. Korang layan laa beberapa keping gambar yang sempat aku snap. Sori aa, tak banyak gambar. Aku malas kott nak snap2 gambar nie. Tapi lepas tu nyesal plak sebab tak banyak gambar. -.-' In case korang happen to be ada amik gambar untuk event nie, boleh tak tolong email kat aku. Please. Aku nak cuci gambar tu pastu tampal dekat dalam jamban. Boleh kan? kalau boleh, email aku kat mzneo89@gmail.com dan tolong laa jangan hantar spam atau gambar bogel korang. Aku geli dowh. 2 hari aku tak berak dibuatnya.

Ok, enuff said. Sila layan gambar dibawah. ;)

Beberapa spesis layang-layang yang diterbangkan
Yang nie aku tak tau motif aku amek gambar. -.-'

Lagi layang-layang


Gerai-gerai yang ada. Tapi fokus dekat tempat lain. -.-'

Gerai jual layang-layang. Mesti ada! hehe.

Amacam? best kan? kalau rasa best dan rasa sayang hey, sila buat lompat bintang 7 kali. Heheh. Aku gurau jer. Next year, rajin-rajinkan laa diri untuk join event nie. Huhu~ oklah, dats all folks. Nature calls. Kene berak dengan kadar segera. Babai~

Apakah personaliti kamu?

Dulu, aku selalu main kuiz didalam fesbuk. Dikala itu aku selalu jer bosan sampaikan aku buka fesbuk hanya semata-mata nak main kuiz sahaja. Ada bermacam-macam kuiz dan rata-ratanya semuanya lucu. Sedangkan masa menjawab pun dah lucu apatah lagi masa baca result. Rasa nak berak dan mengalirkan air mata pun ada. Hik3. Kelakar ah.

Tapi itu fesbuk suatu ketika dahulu. Lepas tu fesbuk dah berubah, sangatt. Takde lagi kuiz yang gila-gila macam tu. Aku tak tau laa kalau masih ada tapi recently aplikasi fesbuk sangat annoying. "Berapa persen kacak kah kamu hari ini?", "berapa ketul tahikah bakal kamu keluarkan" dan "siapakah yang bakal menjadi pasangan anda", semua tu sangat laa annoying dan tak menarik. Ptuih! rasa nak kentut jer muka orang yang buat aplikasi tu. Tak kreatif, bosan dan takde humour langsung.


Antara kuiz yang aku suka layan adalah kuiz mengenai personaliti diri. Sies, jawapan die memang kelakar. Aku sampai jawab 3, 4 kali semata-mata nak baca result die. Hahah. Korang tak pernah try ker? aku bet yang buat akaun dalam tahun 2009 dan layan kuiz gila-gila macam aku nie mesti pernah melalui benda yang sama, kan?


So, pagi tadi aku dapat tahu mengenai benda nie, what's your personality. Aku tak tau best ker tak tapi yang aku tau bile join, kita berpeluang memenangi lenovo IdeaPad. Kalau korang tak percaya, korang klik laa link tu. Jum aa cuba. Mana tau dapat IdeaPad tu. Aku tau korang tak berminat, tapi kalau dieorang nak bagi, apa salahnya mencuba, kan? huhu~

Sabtu, 29 September 2012

Aku rinduuu~

Hai semue~ berjumpe lagi kitee...

Ptuuih! macam laa ada orang yang baca dan singgah disini (ader kerr?). Seken day permulaan baru blog aku. Tak banyak perubahan dari semalam. Tengah nak repair2 pintu jamban dan pasang lampu lip lap jer. Aku doubt yang ada makhluk menyinggah dan baca entri disini. Takpe2, kesabaran itu perlu, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Eh? ter-ombak rindu laa pulakk. Haduii~

Bercakap pasal rindu, hmm... *termenung seketika sambil terkentut* ...sebenarnya aku sedang merindu. Merindukan seseorang itu sememangnya pasti. Aku rindukan dia. Tapi malangnya sekarang dia tengah dalam mode merajuk. Siesly aku tek reti nak pujuk. Memujuk is not my style tapi aku tahu aku perlu gak belajar ilmu memujuk sama macam aku perlu belajar matematik tambahan. Tak suke tapi perlu. Eh, bukan perlu tapi mesti. Korang yang ada pengalaman bercinta dan dah putus cinta sebanyak 18 kali ke atas tu, sila-sila laa bagi tips kat aku macam mana nak memujuk. Jangan bagitau aku suruh kasi minyak pengasih sudah. Aku bagi ko minum minyak M nanti! heh!

Apart from that, aku rindukan kenangan-kenangan lama dalam kes ini rindu masa saat-saat aku mula bekerja dahulu. Masa tu aku baru habis SPM. Nak tunggu result SPM, daripada duduk dirumah menghabiskan beras dan gula (harga gula dah naik woa~), baik aku tanam gajus. Ada juga hasilnya. Ada laa jgak side income, ye tak? tapi... aku tak jadi tanam gajus sebab aku takde kemahiran dalam bercucuk tanam. Benda terakhir yang aku tanam, adalah kucing jiran aku. Kesian, terbiar dirumah itu sampai laa saat die mati. Ape? ko ingat aku tanam kucing tu hidup2 ker? agak2 laa weyh! aku tak sekejam tu. Tengok muka aku yang jambu, manede kejam. Aku suwit aper (ok, sila muntah).


Tadi aku baru jer lepas submit form untuk inspection on monday. Siesly, aku tak sabar nak berhenti dari kerja aku sekarang nie (sebab aku dapat offer kerja lain). Kerja sekarang nie bukan tak best, tapi selalu sangat kena push, push, push. Push-up bra pun tak macam tu (apa kaitan?). Plus, aku tak berapa nak suka deal dengan certain people yang aku takde choice tapi terpaksa gak kene berdepan dengan dieorang. Aku terpaksa fake-kan senyuman dan tahan kentut demi menjaga hati dieorang (baikkan aku?). So, aku tak sabar laa nak berhenti which is dalam masa 2 minggu jer lagi. Masa aku tengah nak submit form tu, secara tiba-tiba kenangan lalu mengusik jiwa. Pergh! ter-KLMJ laa pulakkk. Entah macam mana, aku bole kepala hotak aku re-flash kembali scene2 semasa aku bekerja sambil tunggu result SPM dulu.

Oh, aku tak mention lagi aku keje ape. Heheh. Aku keje sebagai pump attendant jer dekat stesyen minyak Petrosains. Hamek kau Petrosains. Petronas lah! aku dulu mula sebagai pump attendant, alaa yang berdiri dekat pam sambil buat tarian bogel tuu. Tu aa keje aku. Amek duit customer, pastu  bagi cashier dan tolong customer isi minyak. Kalau ada rajin ckit, tolong cuci dieorang punya windshield dan bontot (eh?). Tapi itu depend jgak dengan tahap kerajinan tatkala itu. Keje tu best! simple cuma agak bosan laa bila menunggu. Kalau takde kenderaan, tak tau nak buat ape. Baring diatas jalan, jilat minyak yang tumpah takpun korek-korek bakul sampah, mana tau ada duit syiling yang dibuang. Itu laa yang aku buat.

Nie laa pump attendant. Hot x?
Lepas tu, kira ada dalam dua minggu sebagai pump attendant, aku di upgrade jadi cashier pulak. Sebagai cashier, feel die agak berbeza. Duduk dalam ruangan berekon (air-cond), menatap wajah monitor sampai monitor pun malu-malu bila tengok muke aku. Memula aku jadi cashier jual barang. Bukan yang amik duit untuk isi minyak. Masa jadi cashier tu, jarang laa ada customer. Bila ada orang nak beli aiskrim, newspaper atau rokok, baru aku ada keje. Tapi dalam banyak2 barang dalam inventori, aku paling benci handle yang melibatkan minyak. Bukan minyak masak, tapi minyak m, 2t, 4t dan segala. Aishh! tu laa yang paling aku lemah. Sebab apa? sebab kene rekod semua tu. Hmph! dan yang paling best, first day jadi cashier, aku dah short (rugi) RM100. Wakakakakak. Masa tu aku nebes giler. Tak tahu macam mana boleh short. Nak bayar pulak macam mana? homaiigaddd!! nasib bek laa ada duit tabung, extra hasil kutipan kakak2 cashier sebelum nie. Dapat laa gak cover. Entah berapa lama dieorang kumpul pun tak tahu. Masa tu aku rasa bersalah yang amat. Macam2 rasa yang ada. Nak kentut, nak cirit, nak nanges (eh, manede. Aku cool aper) dan rasa nak pitam pun ada. RM100 woa~ gaji pon blom lagiii!!

Itu baru first day. Seken day pun masih short jgak. Sekali lagi rasa nak pitam. Nak jer rasa aku cover muka pakai bulu ketiak. Tak tahu nak letak mana. Tapi still, kakak2 cashier dan supervisor tu tak mara aku. Bos pun tak marah. Maybe sebab aku kiut agaknya. Ish. *malu2 tapir jap*. Aku rasa masuk hari ke-4 baru aku dapat extra (untung). Itu aku tak tau macam mana. Mungkin ada customer yang bayar lebih dan lupa nak amik baki lepas beli tuala wanita. Tapi still aku tak puas hati. Aku belajar dari seorang cashier neyh. Patut aa aku selalu tengok die bawak kertas dan calculator bersama. Aku ingat machine tu tak pandai calculate. Rupanya die buat backup, kira nak make sure aa takde short yang berlaku. Lepas aku belajar dari beliau, aku dapat maintain dan neutral kan duit dimana jumlah barang yang dijual bersamaan dengan duit yang masuk. Takde short, takde extra. Masa tu bahagia tak terhingga rasanya sampai aku beli eskrem belanja staff2 yang keje shift malam (sebab aku keje shift petang so abes malam). Nak belanja kakak2 cashier yang sama shift tak dapat sebab dieorang semua dah balik. Sekelip mata jer dah hilang. -.-'

Tapi tu aa pengalaman kan. Sies aku enjoy keje tu dulu. Tak kena push, keje pun senang eventhough gaji pun tak aa besar mana. Kadang2 terfikir laa pulak asal aku tak sambung jer keje tuh. Hak3. Tapi sampai bile nak keje macam tu, ye tak? keje aku sekarang nie langsung aku tak enjoy. Eh, tipulah. Ada laa enjoy tapi hati dan mud nak bekerja tu kureng dah. Ishh, macam mana laa aku boleh teringat balik zaman-zaman tuu. Huu~

Dah aa, aku nak gi jamban jap. Nak nanges puas2 sampai keluar tahi. Until next tyme bebeh! babai~ T^T

Jumaat, 28 September 2012

Kenapakah mangkok jamban 2.0 the blog?

Soalan feberet SPM 2012.

Mangkok Jamban 2.0
Mesti korang yang mengikuti perkembangan dan pengecutan blog aku tertanya-tanya kenapa aku mendelete blog aku sebelum nie. Untuk pengetahuan korang, perkara tu aku dah jawab secara ringkas dalam entri lepas dimana aku ada nyatakan yang aku dah mendelete akaun google aku. Ya, aku tahu boleh diback-up tetapi aku nak suatu permulaan yang baru. A fresh new start. Aku nak clearkan semua perkara berbangkit yang menyerabutkan kepala hotak aku yang dah sedia ada serabut.

Gilakah atau hilang akal?

Baru lepas delete akaun google...

Gila kan? aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sangat fucked up dengan akaun lama aku yang baru jer aku bunuh lebih kurang 7 menet yang lalu. Ya, sekarang secara rasminya akaun lama aku dah mampus beserta segala-gala yang berkaitan dengannya termasuklah jgak blog aku. Well, as i said semuanya fucked up. The only way adalah aku buat akaun baru. Baru laa aku dapat bernafas dengan tenang. Jika tidak, aku rasa ibarat bernafas dalam lumpur atau pun bernafas dengan nostril yang tersumbat. Susah, sukar dan menyakitkan.

Kepada member-member blogger, don't worry be crazy sebab aku akan tetap follow up blog korang. Lepas nie aku akan follow satu persatu geng blogger yang gila-gila dan aktif. Jangan risau aa, aku akan tetap berblogging seperti biasa.

Ok lah, tak dapat nak taip panjang-panjang, banyak lagi yang nak kena uruskan. Nak pergi pejabat penghulu lagi mintak cop, tandatangan tapir jiran sebelah dan surat akuan majikan. Nanti takut tak sempat pulak. Ada masa aku apdet. Chaow!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...